Semua orang terutama bagi peminat bolasepak pastinya memasang impian untuk menyaksikan sendiri Kejohanan Bolasepak Piala Dunia FIFA 2014 yang akan berlangsung di Brazil sekitar bulan Jun 2014 nanti. Di samping dapat menyaksikan sendiri bintang-bintang bolasepak dunia yang menjadi pujaan selama ini, bertandang ke Brazil pastinya memberikan pengalaman percutian yang bakal menjadi kenangan selama-lamanya.
Ada satu cara yang membolehkan anda ke sana dengan mudah dan PERCUMA. Caranya ialah dengan bermain permainan video bolasepak di atas talian. Game yang yang dimaksudkan ialah Pertandingan Visa Financial Football. Permainan video bolasepak ini yang diasaskan dengan kolaborasi di antara Visa dan AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) ini telah masuk tahun kedua semenjak ianya dilancarkan dengan jayanya pada tahun lepas. Pada tahun 2013, ia dilancarkan sempena dengan kejohanan Piala Konfederasi yang juga diadakan di Brazil iaitu di Rio De Janeirio.
Pemenang utama pertandingan Financial football pada tahun lepas adalah Zul Aswat Bin Hamdan, 34, daripada Negeri Sembilan. Pertandingan ini telah memenuhi impian beliau untuk membawa isterinya menyaksikan Perlawanan akhir Piala Konfederasi 2013 di Rio de Janeiro, Brazil.
“Kami amat berbesar hati untuk meneruskan kerjasama dengan AKPK dalam komitmen untuk memajukan usaha pendidikan kewangan di Malaysia dan untuk mencapai matlamat kami melengkapkan rakyat Malaysia dengan pengetahuan kewangan yang kukuh yang akan membantu mereka meningkatkan kemahiran dari segi kewangan sepanjang hayat mereka. Berdasarkan kejayaan pertandingan ini pada tahun 2013, kami berharap untuk membawa pendidikan kewangan kepada lebih ramai orang dengan memanfaatkan populariti sukan yang paling popular di dunia ini, “kata Encik Stuart Tomlinson, Pengurus Negara (country manager) Visa, Malaysia pada pelancaran program ini pada 12 mac 2014 di Grand Hyatt Kuala Lumpur.
“Untuk hampir dua dekad, Visa telah membangunkan program celik kewangan di seluruh dunia untuk membantu mengajar individu bagaimana untuk berbelanja, menyimpan dan bajet yang lebih bijak dan bertanggungjawab. Saya percaya Pertandingan Financial Football Malaysia 2014 yang kami lancarkan hari ini akan menarik minat rakyat Malaysia. Seperti tahun lepas, Pertandingan ini amat menghiburkan kerana ia mengajar asas-asas kewangan,” tambah En Tomlinson.
Kempen Celik Kewangan di Malaysia:
Untuk membantu pengguna dan pelajar dari semua peringkat umur mempelajari keperluan kewangan peribadi, Visa telah menjalin usaha sama dengan pengguna utama, pendidik, dan institusi kewangan untuk membangunkan program Praktikal Kemahiran Wang. Di practicalmoneyskills.com dan whatsmyscore.org, pengguna, pendidik, ibu bapa, pelajar dan penggubal dasar boleh mengakses sumber-sumber pendidikan percuma, termasuk artikel kewangan peribadi, permainan dan rancangan pendidikan.
Kemahiran Kewangan praktikal sepanjang hayat ini ialah pendidik yang dimajukan dan pendidik yang diluluskan, dan program ini telah sampai kepada berjuta-juta pelajar di seluruh negara. Visa juga bekerjasama dengan negeri dan kerajaan persekutuan untuk bersama-sama menaja acara-acara berasaskan komuniti seperti inisiatif-inisiatif kewangan Bola Sepak di seluruh negara.
Visa Financial Football Malaysia 2014
Jangkamasa pertandingan:
- 12th March 2014, 00:00AM sehingga 16th April 2014, 23:59PM
Peserta Yang Boleh Mengambil Bahagian
- berumur 18 ke atas
- Warganegara Malaysia
- Pemastautin Tetap
- atau yang memegang status Malaysia sebagai Rumah Kedua pada masa kemasukan.
Hadiah Pertandingan:
Visa akan menganjurkan Grand Final selepas Tempoh Peraduan berakhir. 10 penyertaan dengan skor tertinggi akan dipilih untuk mengambil bahagian dalam Grand Final. Peserta dengan markah tertinggi akan memenangi lawatan untuk dua orang ke Piala Dunia FIFA 2014 Pusingan 16 di Brazil.
Pemenang tempat ke-2 hingga ke-5 Grand Final akan memenangi barangan Sony dan Adidas.
Manakala pemenang tempat ke-6 hingga ke-10 Grand Final, masing-masing akan memenangi barangan pek Adidas.
Hadiah Mingguan
Penyertaan dengan skor tertinggi setiap minggu akan memenangi sijil Simpanan Premium BSN (BSN SSP) bernilai RM1,000.
Cara-cara untuk bermain:
- Lawati www.my.financialfootball.com
- Daftar Dan Login
- Klik “Play The Game” dan pilih “Single Player”
- Bersedia untuk mulakan permainan
- Pilih tahap soalan (Mudah – Sederhana – Sukar)
- Jawab soalan dengan betul untuk teruskan permainan
- Jaringkan Gol untuk menang
- Paparkan skor anda
- Cara pemarkahan (skor)
Menang 500 mata Jaringkan gol 1,000 mata setiap jaringan Jawapan betul untuk tahap sukar 100 mata untuk satu Jawapan betul untuk tahap Sederhana 50 mata untuk satu Jawapan betul untuk tahap Mudah 25 mata untuk satu Tanpa Bolos(contoh: Minima 1 gol yang dijaringkan dan tiada gol yang dijaringan balas daripada pihak lawan sepanjang) Skor akhir X 2(terpakai selepas semua mata) Jadi, kepada peminat bolasepak semua, ini adalah peluang untuk anda menang dan melancong ke Brazil untuk menonton kejohanan Bolasepak Piala Dunia FIFA 2014. Di samping itu anda akan dapat mempelajari ilmu tentang pengurusan kewangan yang amat berguna untuk masa depan anda.
Permainan dan pertandingan ini amat menarik dan sangat berbaloi untuk disertai. Saya telah menyertai, anda bila lagi…!
pergh…ni peluang nak ke brazil ni…thanks boh! =)
tp ambe lemah betullah main game ni..lame dah tak main…hoho
hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #55 Kelebihan berpagi-pagian!
bukan main game mcm biasa tu boh. yang ni kena jawab soalan pengurusan kewangan untuk main game tu..
Hurmmm….dapat tambah pengetahuan pasal kewangan jugak nie….bagus la contest nie
Hazman Fadzil recently posted..Voucher PERCUMA RM150 TGI Friday’s Malaysia untuk rakyat MALAYSIA !!!
seronok gak jawab soalan pengurusan kewangan tu kan?
jawab soalan berkaitan kewangan.. mesti mencabar minda…
KiD recently posted..Visa Financial Football Menuju ke Piala Dunia Brazil 2014
yup.. untuk aku dia mcm kelas revision dgn apa yang aku belajar selama ni
kena try ni.. BRAsil..mu tunggu aku datanggg..
kena try bos. mana tau menang…
Kena try bos. Tuah ayam nampak di kaki, tuah nat din?
Saya kena join ni. Mana tau rezeki saya.. Tapi tak sangka juga visa akan buat contest seperti ini.
James See recently posted..Supernatural (2013) Season 9 Episode 2
Macam mana boleh tidak tahu peluang ke brazil nie??hehe…thanks for sharing..
Mohd yazed recently posted..Panduan Bermain Bowling
ni sponsored post. diorg yg sediakan info ni. aku pon baru tau.. tp mmg best game ni. blh tambah knowledge psl financial
Alhamdulillah.. My brother Zul Aswat Hamdan menang Grand Prize untuk kali kedua, dua tahun berturut-turut.
waaahhhh.. ya ka? tahniah!!! wow best nya!!! kim salam kat dia ya