Dua hari lepas, bila aku nak taip posting blog aku tiba-tiba aku dapati Visual Editor aku tak ada. Semua kosong. Lapangan untuk menaip ada tetapi bila ditaip tak nampak apa-apa. Tapi kalau aku press “ctrl+A” apa yang aku taip tu sebenarnya ada. Cuma tak kelihatan pada mata kasar je.
Bila Visual Editor tak ada, macamana nak menaip. Ya tak? Oh ya korang tau tak apa itu Visual Editor? Visual Editor adalah item-item yang berada dalam bulatan dalam gambar dibawah:
Visual Editor ditunjukkan dalam bulatanSebelum ni wordpress aku tak pernah pun ada masalah. Bila aku selidik, rupanya benda ni terjadi selepas aku upgradekan wordpress aku ke versi baru minggu lepas. WordPress yang aku guna sekarang adalah yang terkini iaitu versi 3.4.1.
Jadi bila Visual Editor tiba-tiba hilang, apa lagi panik la aku. Macamana nak buat posting, ye tak?
Kemudian banyak la aku cuba apa yang dicadangkan dalam forum wordpress. Antara yang aku buat:
- Tukar Theme kepada theme yang lain. Hasilnya: tidak berjaya!
- Deactivate plugin “TinyMCE Advance Editor ” yang aku installed. Hasilnya: Tidak Berjaya!
- Delete terus plugin “TinyMCE Advance Editor “. Hasilnya: tidak berjaya!
- Deactivate semua plugin yang aku installed. Hasilnya: tidak berjaya!
Last sekali setelah aku hampir buntu, aku terjumpa komen Forumer wordpress. Dia suggest supaya cuba install plugin “Use Google Libraries”. Lepas jumpa plugin tu, aku terus install dan activate. Hasilnya: Tadaaaa!!! Visual Editor aku kembali seperti sediakala.
Pelik kan? Apa kaitannya Google dengan semua ni? 😆 . Tapi apa aku kesah… Janji blog aku kembali seperti sediakala.
Jadi, kepada rakan blogger yang guna wordpress sebagai platform, dan ada masalah seperti aku, boleh lah cuba cara yang aku buat. At least korang dapat save masa. Tak bazirkan masa seperti aku yang telah mencuba macam-macam cara. Save la masa dalam 30 minit.
Selamat mencuba dan selamat ber”blogging”!