
Vitamin shaklee… pertama kali aku dengar nama vitamin keluaran Shaklee ini kalau tak silap aku dalam tahun 2003. Masa tu aku tak tau pun yang ianya bagus untuk kesihatan. Tika itu aku masih berkerja makan gaji di Kemaman Terengganu.
Ceritanya bermula apabila aku terlibat di dalam satu kemalangan yang hampir meragut nyawa aku. Tertidur sewaktu memandu kereta adalah puncanya. Keretaku mengalami kerosakan teruk (total loss). Aku masih bernasib baik kerana tidak turut total loss bersama kereta aku.
Akibat kemalangan tersebut aku cedera agak teruk pada kaki kanan dan bahagian pelvic. Tulang di bahagian pelvic retak teruk. Aku terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan sewaktu di dalam proses penyembuhan yang memakan masa selama 6 bulan.
Sewaktu aku sakit itulah aku didatangi oleh saudara aku yang juga seorang doktor. Beliau merupakan ejen Shaklee dan juga pengedar produk shaklee. Banyak vitamin keluaran Shaklee dicadangkan kepada aku. Semua vitamin daripada Shaklee ini bagus untuk kesihatan terutama di masa sakit macam ni kata beliau.
Aku yang sedang sakit ni anggukkan saja kepala. Maklumla orang sakit. Mesti mau cepat sembuh. Tambahan lagi bila doktor sendiri yang cadangkannya. Terus percaya bulat-bulat. Antara vitamin keluaran Shaklee yang aku ingat yang disarankan kepada aku untuk ditelan ialah Calcium, Alfalfa, Vitamin C, Vitamin B, Vitamin E dan beberapa vitamin lagi.
Masa tu vitamin Vivix belum dikeluarkan shaklee kot aku rasa. Sebabnya aku macam tak dengar pulak dia sebut nama tu.

Aku pulak bila beliau cadang main angguk dan percaya saja. Sebabnya, mana la aku nak tau tentang vitamin – vitamin ni semua. Masa tu bukannya ada internet macam hari ni. Shaklee Online ataupun laman web Shaklee pun aku tak boleh nak layari di internet.
Nasib baik la dia tak cadangkan Herb Lax Shaklee. Kalau tak yang tu pun aku rasa aku beli jugak. Hehehehe.

Angguk punya angguk, kos semua RM600 lebih kalau tak silap aku. Ternganga kejap. Terpaku sejenak.
Aku gagahkah diri untuk bertanya: Bang, guna kad kredit boleh tak?
Dia jawab boleh. Jadi aku pun dengan paksa rela terus la bagi butiran kad kredit semua.
Akhir sekali berbotol-botol vitamin keluaran shaklee dah berada di dalam dakapan aku. Bagus untuk kesihatan kononnya. Saudara aku berlalu sambil tersenyum.
Selepas itu aku pun mula lalui detik-detik mencabar sebagai seorang pengguna vitamin keluaran Shaklee ini. Aku terpaksa menelan lebih kurang segenggam vitamin yang aku beli setiap hari. Aku kuatkan semangat atas dasar ianya baik untuk kesihatan.
Serius…! Aku kenyang dengan makan vitamin tu je setiap hari pada masa tu. Kononnya vitamin Shaklee yang aku telan tu bagus untuk kesihatan. Dah la aku ni jenis yang payah nak telan ubat.

Natijahnya tak sampai 2 minggu pun. Aku give up dan berhenti dari memakan vitamin tersebut. Semua vitamin tu aku simpan. Sayang la kononnya. RM600 lebih kot harganya.
Bertahun jugak aku simpan sehinggalah aku berpindah ke rumah baru 2 tahun selepas itu. Masa kemaskan barang untuk berpindah tu aku jumpa semula dengan vitamin – vitamin ni dan terus aku buang.
Lepas tu memang aku pandang sepi saja jika ada orang yang tawarkan vitamin Shaklee kepada aku. Bukan vitamin produk shaklee sahaja, malah produk syarikat lain juga aku malas nak dengar.
Sehinggalah beberapa tahun kebelakangan ini apabila nama Shaklee kembali meniti di bibir pengguna vitamin di Malaysia. Ada perbezaan kali ini yang aku perasan.
Ejen ataupun pengedar Shaklee di Malaysia sekarang ni aku tengok lebih bijak dan educated. Mereka lebih tahu tentang vitamin yang mereka cadang dan edarkan kepada pengguna. Mungkin ini kesan daripada latihan yang disediakan oleh pihak syarikat ini.
Pakej-pakej yang dibuat seperti pakej penyusuan, pakej diet dan sebagainya memudahkan pengguna memilih vitamin yang perlu dibeli.

Aku kembali mencari info tentang vitamin keluaran Shaklee ini apabila rakan aku sendiri yang menjadi pengedar vitamin tersebut. Melalui blognya Diary of Muhammad, aku mula mendapat sedikit sebanyak ilmu yang aku cari tentang vitamin keluaran Shaklee yang memang terbukti bagus untuk kesihatan.
Ianya ternyata berjaya membuka semula mata aku untuk kembali menggunakan produk Shaklee ini. Tambahan pula umur sudah semakin meningkat. Terasa di sana sini ada kekurangan pada jasad pinjaman Allah ini. Menyedari amanah dariNya ini perlu dijaga rapi untuk pengabdian diri kepadaNya, memang aku perlukan supplement.
Ianya sebagai salah satu usaha untuk aku kekal bertenaga dan mempertahankan sistem imunisasi diri dengan lebih kuat walaupun tidak sekuat sewaktu umur remaja dahulu.
Untuk yang baru mengenali syarikat ini, Shaklee adalah Produk Kesihatan, vitamin dan supplement yang bagus untuk pemakanan semula jadi yang mempunyai rangkaian pengedar jualan terbesar di Malaysia.
Mempunyai pakar-pakar dalam penyelidikan nutrisi yang sentiasa memastikan produk Shaklee Sentiasa Selamat, Sentiasa Bekerja, dan Sentiasa Hijau.
Di Shaklee, mereka percaya alam semulajadi adalah jawapan kepada kehidupan yang lebih panjang, sihat dan produktif.
Anda boleh dapatkan produk Shaklee dan khidmat nasihat dari pengedar sah Shaklee iaitu: YatiAdam (Perak), WinaWellness (Pulau Pinang),ElnaOmie (Johor Baharu), BondaSihat (Sabah), IzzyAdlina (Selangor),RanauHealthyVitamins (Sabah), ShanaSharafas (Selangor), VitaminSiCilik (Johor Baharu), IreneVitamin (Sabah), SihatVitamin(Seremban).
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba produk Shaklee. Sudah ramai yang menggunakan vitamin keluaran Shaklee dan merasai kesannya.

Anda Bila Lagi?
Oh Ya. Contest Bonus Akhir Tahun ini dianjurkan oleh Akma Omar dan ditaja oleh pengedar sah Shaklee serta ditaja oleh Bee Venom Malaysia, Vitamin Kesihatan, Blog Jawatan Kosong Kerja Kerajaan, Jawatan Kosong Kerajaan Terkini, Exam SPA Online, Kongsi Bersama Nora, Dunia Vitamin Resources, dan UmmiMama.
Vitamin Shaklee bagus untuk kesihatan. Jom dapatkan segera!
vitamin shaklee bagus untuk kesihatan? hmmmm.. betul ke? ni ha pengalaman aku menggunakan shaklee lama dahulu. masa tu mungkin ada di antara peserta contest masih sekolah lagi… Muhammad Firdaus Azizi belum jadi ejen hebat lagi masa ni. Hisyamudin Fadzil masa ni tgh payah nak makan ubat. Hafiz Rahim masih di sekolah.. tak tau apa2 lagi.. hehehehe
Salam bro… ini jenis yang tidak suka makan ubat atau vitamin. Pengalaman pernah guna produk Shaklee. Semoga berjaya bro dengan Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan.
sensasi2020 recently posted..Jadual Perlawanan Piala Malaysia Separuh Akhir Kedua 24 Dan 25 Oktober 2014
terima kasih bro kamil. moga anda juga mencapai target dan objektif untuk contest ini
semoga berjaya bro dalam contest ini..saya suka baca entri ini..terbaik
Hero Borneo recently posted..Video Hari Deepavali Oleh Petronas
terima kasih bro.. bro pun ada masuk kan contest ni..?
semoga berjaya bro utk kontes hujung tahun akmar omar dan penganjur…
Denaihati recently posted..Tips beli tiket termurah AirAsia
ameen.. terima kasih tuan
good luck utk contest ya. semua org ada kisah tersendiri dgn shaklee. apepun ikhtiar utk kekalkan kesihatan tue yg penting, betul tak? tak kisahlah ambil jenama apa pun, yg kita yakin dengannya. 🙂
Oja Samid recently posted..Destinasi Percutian Idaman Saya
ya betul tu.. tp supplement ni penting juga untuk badan supaya kekal sihat
Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan seisi keluarga. Pasti hidup lebih sihat ya….. bro.
hehe..
tak pernah lagi try mana-mana produk shaklee lagi..
titan recently posted..Hari-hari dapat email cinta dari Lazada.
tak perlu try kalu tak der apa2 tujuan. heheheh
Menarik Entri “vitamin shaklee bagus untuk kesihtan” ni. Semoga berjaya ya..
raudzah recently posted..Mulakan Hari Dengan Doa Ni Ya..
ameen.. terima kasih kerana datang melawat
tahniah anda buat entri yg menarik. semoga berjaya dalam contest ini.
kesihatan itu kekayaan!
kak yatiadam recently posted..VIVIX SHAKLEE
terima kasih.. ameen.. insyaallah
[…] pembakaran lemak dan dalam masa yang sama juga memantapkan lagi jisim otot sekaligus memberikan tubuh badan yang cergas dan tidak […]
Salam kenal tuan sohoque! 🙂
Syok baca entri ni..sempoi dan bersahaja 🙂
Apapun selamat berjaya ye tuan!
Shah PK recently posted..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
terima kasih kerana datang melawat tuan. entri tuan pun mantap tu…! selamat berjaya!
Semoga berjaya menang contest Shaklee ni 🙂
Malaysia Tercinta recently posted..Peraturan nombor pendaftaran, cermin gelap dan lampu Strobe
ameen.. terima kasih
Assalam…memang shaklee antara produk terbaik. Terima kasih ek sudi join & semoga berjaya
wassalam.. sama-sama.. heheheh
Kena dapatkan produk dri pengedar yang boleh advise dari cara pemakanan yang betul.Kalau main taram jer,tak memberi kesan sangat.
Norhayati Suaib recently posted..36 Penyakit Kritikal Yang Perlukan Di Beri Perhatian Serius
betul tu.. 10 tahun lalu pengedar dan ejen shaklee tidak seperti skrg yang educated
apakah produk Shaklee aman dikonsumsi untuk jangka panjang??
tips trik recently posted..Film Kolaborasi Indonesia-Malaysia Gunung Emas Almayer
bisa aja.. kerna ianya berasaskan herba kalau tidak silap
[…] Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan […]
semoga berjaya..entri best..Shaklee telah berjaya mengubah kehidupan ramai orang ke arah lebih sihat. Alhamdulillah menjadi salah seorang ahli keluarga shaklee
rokiah recently posted..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
ameen. terima kasih kerana sudi melawat blog ni ya
Prinsip saya, kalau saya beli guna duit sendiri saya akan guna sampai habis dan takkan buang sama sekali. Jika beli pakai kad kredit pula saya pastikan benda itu betul-betul bernilai untuk jangka masa yang panjang
Khairul Zamri recently posted..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
aku pun cam tu gak.. tp yg ni mmg dah tak larat nak telan bro
[…] Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan […]
produk shaklee ni bagus untuk seisi keluarga. ia juga harga mampu-milik.
jom sama2 amalkan untuk kesejahteraan di masa akan datang.
kereta sewa shah alam recently posted..Kereta Sewa Shah Alam
jom…! supplement ni bagus menggantikan vitamin di dalam badan kita
4 sehat 5 sempurna hehehehehe
iyha , saya tahu vitamin shaklee sangat cocok untuk kesehatan
android recently posted..Daftar Harga Sandal Eiger, Laptop Samsung, dan Baju Pengantin Muslim
ya.. amat cocok untuk saya juga
Nah beli lah .. berapaan ini ?
sila rujuk kepada link di dalam artikel utnuk mengetahsinya
Saya malahan baru dengar ada vitamin macam itu…