More

    Wad Paediatric Qaseh Terbaik, Syukur Ada Medical Card

    Susulan demam panas sehingga suhu badan mencecah 39.9C Ifza terpaksa dimasukkan ke wad. Demam panas ni amat bahaya bagi bayi kerana ia boleh mengakibatkan bermacam-macam kesan yang lain seperti serangan saraf dan lain-lain.

    Kami pilih KPJ Damansara Specialist Hospital sebab di sini lah Ifza dilahirkan. Abang dan kakaknya pun semuanya mendapatkan rawatan disini.

    Pukul 12 malam hari Rabu yang lalu Ifza dimasukkan ke wad selepas dirujuk oleh klinik tempat kami dapatkan rawatan awal.

    Rawatan pre-hospitalised: Ifza dibungkus dengan selimut supaya tidak dapat bergerak untuk diambil sample darahnya
    2013-04-11 01.24.40
    Menangis kesakitan akibat dicucuk jari untuk diambil sample darah
    2013-04-11 01.28.53
    darah sedang diambil sampelnya
    Tangan yang sudah siap berbalut

    2013-04-11 01.36.19

    Oleh kerana demam campak adalah penyakit yang pantas merebak, Ifza terpaksa diletakkan di wad yang berasingan. Wad Paediatric Qaseh ada menyediakan bilik kategori tersebut.

    Aku dah sedikit panik. Ini adalah kerana wad tersebut setahu aku menuntut kos yang agak tinggi. Namun aku terpaksa akur kerana wad kategori tersebut hanya ada di wad Paediatric Qaseh sahaja.

    2013-04-11 02.16.22
    Wad kanak-kanak Paedriatic Qaseh

    2013-04-11 02.16.36 2013-04-11 02.17.07

    Melangkah sahaja aku ke wad tersebut, hatiku begitu sejuk. Wad tersebut memang hebat. Setakat ini, inilah wad yang paling cantik yang pernah aku masuk.

    Pemandangan dalam wad Paedriatic Qaseh
    Pemandangan dalam wad Paedriatic Qaseh

    Suasananya dibuat mengikut mood kanak-kanak bersesuaian dengan wad tersebut yang dikhaskan untuk kanak-kanak. Daripada warna dinding dan pintu bilik sehinggalah hiasan mural dan lukisan semuanya bertemakan citarasa kanak-kanak. Malah kaunter jururawat pun direka seperti kepala keretapi dan dinamakan “nurses station”. Turut dimuatkan didalam wad ini ialah bilik permainan kanak-kanak yang dilengkapi dengan alat permainan seperti yang terdapat di taman permainan seperti gelunsur, jongkang jongket mini, kuda mainan dan sebagainya.

    2013-04-11 02.18.08
    Kawasan khas untuk kanak-kanak meninggalkan penghargaan mereka
    2013-04-11 14.12.35
    Nurse Station

    2013-04-11 14.12.09 2013-04-11 14.13.09 2013-04-11 14.13.21

    Masuk sahaja di bilik berasingan Ifza, hatiku terus terdetik: “waaah, cantiknya bilik wad ni…, macam hotel:. Lantas beberapa keping foto bilik dirakam dan terus dimuatkan ke dalam instagram dan facebook.

    2013-04-11 02.19.16 2013-04-11 02.34.46 2013-04-11 02.35.14 2013-04-11 02.35.36 2013-04-11 02.36.21 2013-04-11 02.36.41 2013-04-11 02.37.15 2013-04-11 02.41.28 2013-04-11 02.41.53 2013-04-11 02.42.46 2013-04-11 02.43.12

    Memang berbaloi la tinggal kat wad ni. Selain daripada bilik yang mewah, menu makanan juga best. Setiap hari satu senarai menu akan diberi dan kita hanya perlu tandakan menu apa yang kita hendak untuk sarapan, makan tengahari minum petang dan makan malam. Menunya pula sangat best seperti chicken chop, Fish and Chip, dan lain-lain menu masakan western dan juga masakan kita.

    2013-04-12 09.45.10 2013-04-12 09.47.04 2013-04-11 13.40.01 2013-04-11 13.39.37

    Alhamdulillah, Ifza hanya mendapatkan rawatan di situ selama 2 hari sahaja. Namun begitu kosnya mencecah RM2,000 lebih. Memang aku tidak langsung komplen kos tersebut dengan layanan baik, wad yang cantik dan selesa ditambah lagi dengan menu makanan yang hebat.

    2013-04-11 13.51.25

    Alhamdulillah, kami sebagai ibubapa Ifza dapat memberi yang terbaik untuk anak kami setakat ini. Namun semua itu tidak mungkin kami mampu beri jika kami tidak menyertai pelan takaful medical card. Di sini baru aku tahu betapa pentingnya kita memiliki medical card untuk kita dan keluarga kita.

    Jadi yang belum ada pelan medical card ini, saya amat sarankan supaya memilikinya segera. Contact hamba Allah ini dengan segera. InsyaAllah beliau dapat membantu dalam mencadangkan medical card terbaik untuk anda dan keluarga anda.

    Latest articles

    Related articles

    10 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge