Wajarkah kita menghantar anak seawal usia 7 tahun ke sekolah agama?

Terbaca status Facebook seorang rakan tentang kewajaran menghantar anak seusia 7 tahun ke sekolah agama. Aku tulis entri ni sebab rasa tak puas bagi pendapat aku kat komen beliau. Nak tulis panjang-panjang takut orang kata melalut pulak. Sebab status tu bukan serius sangat pun. Hahaha

So aku hasilkan entri ni dulu.. untuk bebelkan pendapat aku tentang hal tersebu. Mana la tau kot-kot tulisan dan pendapat aku ni berjaya menyelesaikan masalah seseorang.. haaa gitu..!

gambar sekolah agama (sekadar hiasan)

Pada mulanya nak kongsi checklist yang aku buat sebelum aku publish sesebuah entri. Yang ni lepas ni lah aku kongsi. Sementara tu korang hadam dulu macamana nak hasilkan entri ataupun artikel menarik untuk blog korang ni dulu.

Wajar atau tidak menghantar anak seawal usia 7 tahun ke sekolah agama?

Berbalik kepada persoalan asal. Wajar atau tidak menghantar anak seawal usia 7 tahun ke sekolah agama yang tak wajib seperti sekolah kebangsaan..?

Ada 2 pendapat:

1. Tidak wajar.

Sebabnya anak tu masih kecil. Masih di peringkat aktif bermain. Dengan menghantar mereka ke sekolah agama bererti mereka perlu harungi 2 sesi persekolahan. Sesi sekolah kebangsaan dan sesi sekolah agama.

Kesian mental kanak-kanak tu. Mesti mereka penat sebab terpaksa belajar bermacam-macam kat dedua sekolah. Padahal peringkat umur mereka ni mereka masih lagi cenderung untuk bermain-main.

Dengan ertikata lain mereka ni budak sangat lagi untuk dibebankan dengan pembelajaran yang sebegitu banyak. Jadi elok la mereka ni tak perlu pergi ke sekolah agama. Sekurang-kurangnya sehingga usia mereka besar sedikit.

Lepas tu boleh la hantar semula. Masa tu mereka dah bersedia sikit sebab usia dah bertambah.

2. Wajar.

Ok jer nak hantar anak ke sekolah agama masa anak umur 7 tahun. Biar diorang belajar agama. Nak ajar sendiri, sendiri pun jahil. Penat? Nanti lama-lama biasalah diorang.

Kita dulu-dulu pun belajar jugak asas agama dan mengaji Quran ni. Balik sekolah rehat kejap terus ke rumah Mak Long Timah yang ajar mengaji tu. Cuma cara pembelajaran tu tak formal macam kat sekolah agama jer.

Pendapat aku..

Aku tak kata sokong dan tak jugak kata tak sokong. Masing-masing ada pendapat sendiri. Masing-masing tau kapasiti sendiri. Masing-masing ada masa tersendiri untuk bersama anak.

Pendapat pasti berbeza antara orang yang berkerjaya dan yang “berkerja” sebagai Surirumah ataupun yang berkerja dari rumah. Surirumah mungkin punya banyak masa untuk bersama anak-anak. Jadi elok juga jika mereka sendiri yang mengajar anak-anak.

Macam aku dan isteri, kami dedua berkerja. Jadi aku berkeputusan menghantar anak ke sekolah agama masa diorang darjah 1 lagi. Ok jer walaupun terkadang kasihan tengok diorang penat. Sampai rumah, makan… terus mengantuk diorang. Kalau kena cikgu bagi homework banyak-banyak lagi kesian.

Kenapa aku hantar..? Sebab aku nak dedahkan ilmu agama terutama yang asas seperti pengenalan membaca alquran dan segalanya tentang solat.

Bukan aku tak tau semua tu. Bukan nak riak tapi aku sendiri dibesarkan di dalam keluarga yang cukup menjaga ilmu agama. Atuk dan ayah aku imam di kampung aku. Mereka ni amat pentingkan ilmu agama. Darjah 5 aku dah khatam quran 30 juzuk. Tingkatan satu aku di hantar ke sekolah beraliran agama hinggalah ke tingkatan 5. Kemudian sambung pulak Universiti Islam Antarabangsa.

Aku nak anak aku belajar dengan lebih sistemetik. Cikgu kat sekolah agama tu terlatih. Diorang tahu macamana nak didik anak-anak kita dengan asas agama tu. So, kat rumah aku hanya gilap apa-apa yang patut sebagai sokongan apa yang mereka belajar kat sekolah agama.

Kadang-kadang aku sendiri pun dapat mengulangkaji sama apa yang aku dah terlupa sambil ajar anak tu.

Hadith tentang suruhan solat sewaktu umur 7 tahun

Teringat aku akan hadith ni:

“Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia 7 tahun, dan pukullah dia kerana (tidak) sembahyang pada usia sepuluh tahun. dan pisahkan mereka di tempat tidur.” (Riwayat Al Hakim dan Abu Daud).

Kita kena suruh dan monitor anak kita supaya bersolat pada usia 7 tahun. Cara yang paling ampuh untuk “suruh” anak kita bersolat adalah ajak mereka solat sekali berimam dengan kita. Lazimkan amalan ni. InsyaAllah mereka akan terbiasa nanti.

Kita kena jatuhkan hukuman kepada anak kita tu jika pada umur 10 tahun mereka meninggalkan solat. Nampak tak betapa pentingnya mendedahkan anak-anak dengan solat sedari umur 7 tahun.

Pandangan peribadi aku

Aku memang menghantar anak aku ke sekolah agama pada umur diorang 7 tahun (darjah 1). Kat sekolah agama tempat anak aku belajar tu ada disediakan bilik dormitary berserta almari, siap dengan kunci, untuk anak-anak singgah untuk mandi dan tukar baju.

So habis sekolah kebangsaan, anak aku akan terus ke sekolah agama dengan menaiki van yang aku bayar secara bulanan sebagai pengangkutan. Sampai di sekolah agama mereka diberi makan tengahari sebelum mandi, tukar baju sekolah agama dan mula masuk kelas untuk belajar.

Senang…! aku pun tak perlu bergegas balik untuk ambil diorang daripada tempat kerja. Tempat kerja aku bukannya dekat dengan rumah.

Aku pun tak risau keadaan keselamatan anak aku sebab dah tau mereka terus ke sekolah agama. Hanya perlu telefon van pengangkutan jer untuk pastikan mereka dah selamat ke sekolah agama. Jarak antara sekolah kebangsaan dan sekolah agama pun tak jauh…

Kesian anak-anak penat seharian belajar. Ya aku akui. Tapi setelah fikir banyak kali, aku rasa penat mereka tu berbaloi. Dengan pengisian agama yang mereka dapat… Dengan keselamatan mereka terjamin setelah pulang daripada sekolah kebangsaan.. Dengan penjimatan kos yang aku dapat.. Aku rasa menghantar anak ke sekolah agama seawal umur 7 tahun adalah lebih baik (bagi aku).

Ini sekadar pendapat aku dan aku applykan kepada kedua-dua orang anak aku. Yang bongsu baru berumur 6 tahun pada tahun baru ni nanti. Masuk darjah 1 nanti pun insyaAllah dia akan ikut jejak abang dan kakaknya.

Apa pendapat korang? Sesuai ke anak umur 7 tahun dah kena belajar di sekolah agama? Kalau tak keberatan boleh la berkongsi di ruangan komen. Terima kasih…

Show Comments

3 Comments

  1. Dkna Abza December 28, 2017
    • sohoque December 28, 2017
  2. Thenewsia December 29, 2017

Leave a Reply