
Salam dan selamat sejahtera.
Wajarkah ustaz azhar idrus (UAI) kahwini isteri ke 3? Itulah topik yang hangat dibincangkan dk beberapa group whatsapp aku.
Ada yang setuju dan ada yang tidak bersetuju.
Yang bersetuju berpendapat tak apa lah UAIÂ mampu. Lagipun dia ulamak yang tersohor masa kini. Jadi dari segi nafkah zahir dan batin tidak menjadi masalah untuk dia berlaku adil.
Ramai juga yang tidak bersetuju dengan tindakan UAI ini. Antara hujah mereka ialah:
- Pandangan masyarakat yang akan memandang serong kepada UAI. Masyarakat melayu ini jika seseorang berkahwin satu atau dua, masih normal. Tapi jika seseorang menambah isteri ke 3 atau 4, dia mungkin akan dikatakan menunjuk-nunjuk.
- Popularity UAI mungkin akan menurun selepas perkahwinan ini. UAI yang ramai pengikut kerana ceramah agamanya yang menarik dan penuh isi dikhuatiri akan hilang pengikut terutamanya daripada kaum wanita yang mungkin tidak setuju dengan tindakan UAI
- UAI ini ulamak yang dikenali ramai. Jika orang biasa yang kahwin ramai tidak menjadi masalah. Malah jika artis sekalipun mungkin tidak menjadi buah mulut sangat. Lihat sahaja pelakon, pelawak dan dee jay radio Salleh Yaakob. Beliau mempunyai 4 orang isteri, tetapi tidak menjadi buah mulut orang pun. Dikhuatiri UAI akan dipandang serong oleh oleh masyarakat
- Apa tujuan UAI tambah isteri yang ke 3. Adakah kerana nafsu lelaki semata-mata? Jika niat beliau nak kahwin untuk tolong wanita tersebut kenapa mesti kahwin dengan anak dara? Kenapa tidak cari sahaja janda-janda ataupun ibu tunggal yang memerlukan pertolongan baik dari segi sokongan kewangan juga sokongan moral
Ada juga yang tidak bersetuju dengan cara UAI meraikan majlis pernikahannya. Ia tidak mencerminkan seperti apa yang UAI sebut dalam ceramahnya.
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
Pertama:
Dalam Al-Quran (sumber hukum utama) kata boleh/harus kahwin 4. Tapi dengan SYARAT mesti kena adil. Kalu tidak terimalah hukuman daripada bagi orang/ketua keluarga yg tidak adil. Firman Allah:
“…maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil diantara (isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja…”
(Surah An-Nisa’ 4 : 3)
Keterangan terperinci hukum ini telah dijelaskan oleh amalan Nabi di mana baginda menikahi anak dara (seorang sahaja – aisyah) dan janda (ramai). Pengajaran: dibolehkan untuk menikahi janda atau anak dara. Kalau nak menolong janda ataupun yang miskin itu adalah lebih afdhal.
Kedua:
Yang mana kita nak ikut. Pandangan masyarakat (yang belum tentu ikut syariat) ke ataupun pandangan Allah? Balasan syurga atau neraka Allah tidak ikut pandangan orang ramai ya.. ;). Lagipun jika kita buat sesuatu kerana makhluk kita dikira riak juga tau.
Ketiga:
Kadang-kadang bab agama ni tak boleh fikir dengan akal fikiran manusia biasa semata. Ikut je Al-Quran dan sunnah kata. Amat besar hikmah disebaliknya tu.
Keempat:
Dah. Ni bab furu’ sahaja. Banyak lagi bab pokok yang perlu dan lebih penting untuk dibincang. Contohnya kenapa kadang-kadang kita leka dan malas untuk solat berjemaah.
Itulah perangai masyarakat kita. Suka sangat memperbesarkan isu-isu sebegini. Bincang sikit-sikit tak apa la. Ini berhari-hari duk bincang, macam dah tak ada isu lain dah.
Kalau bab poligami ni aku lebih suka baca entri kat blog ini. Pandangan penulisnya lebih telus aku rasa. Betul tak Kak Siti?
Wallahua’lam bissawaabi
kita tidak boleh menutupi mulut seseorang tu pabila mereka berkata2. Kita perlu menegur dan memperbetulkan apa yang salah pada kata2nya..
Setiap orang ada pandangannya tersendiri..
Jadi 1 lelaki itu berhak mngahwini 4 orang perempuan janji dia sanggup berlaku adil dengan keempat2 isterinya..
cikRa recently posted..Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus ( UAi ) yang Ke Tiga ..
ya Cik Ra. keyword dia adalah ADIL. dan adil itu amat berat tanggungannya.. pemimpin (termasuk suami) yang tidak adil ada balasannya nnti.
ntahlah..sy pun tak faham..kenapa nak pertikaikan perkahwinan UAI. Dah sampai jodoh dia..kahwin lah..dah ketentuan dia kawin 3 ..kenapa nak pertikai qada’ dan qadar.
Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Progress Rumah : Sempat Siap Tak Sebelum Aidilfitri?
betul ibu mifzal. sy pon sama pendapat dengan anda
kalau ustaz ke, org biasa ke, tak salah nak kawin 4 pun. yg jadi masalah bila cakap je boleh adil, tapi bila dah kawin, tak mampu bersikap adil. itu kot sebeanrnya yg buat pompuan ni serik.. agaknya lah, tak tahu betul ke tak.
tak perlu jadi isu rasanya, cukuplah kita doakan UAI mampu berlaku adil dan lebih baik berdakwah.. tak gitu?
fiezaradzi recently posted..Kaitan Penyu Dengan Labah-labah & Pesawat Dengan Kereta Kebal
ya betuuuul!!!
kalau ternyata mampu dan boleh berlaku adil, apa salahnya.
khairil recently posted..Lampu Diperbuat Daripada Kaset Yang Mengimbau Nostalgia (7 Gambar)
Ya betul tu tuan
Adil ni datang dalam berbagai bentuk, untuk isteri pertama, kedua dan ketiga, tak semestinya, sama rata dari segi perbelanjaan dan sebagai nya. Kalau isteri2 redho dengan nafkah yg suami bagi, insyallah ADIL ada di situ 🙂
InsyaAllah. Sungguh jelas pencerahan drop bro azman. Dah blh praktik dah tu
Kita doakan saja yang terbaik untuk UAI :). Setiap yang berlaku dalam kehidupan kita ada terkandung hikmah yang tak tercapai dek akal. Life is to short to deal with negative people and perception 🙂
Rahimah al-Idrus recently posted..Alhamdulillah, Italy here I come 🙂
ya amat bersetuju!!!
salam…papepon tahniah la ustaz…walaupon saya ni bujang dan masih lagi mencari calon isteri…saya doakan ustaz bahagia bersama isteri tersayang…amin