Wajib Ke Unit Trust Consultant Jumpa Client Dia 3 Bulan Sekali…?

1
1969

Pertanyaan di atas diajukan oleh rakan blogger, YB Shehan di Facebook. Dak Shehan ni puuun. Dah tau kawan dia ni Unit Trust Consultant (UTC), whatsapp jer la direct. Huh..

Maybe beliau nak dapatkan jawapan daripada orang lain jugak kot. Sambil-sambil tu boleh kekalkan engagement di FB. Huhuhu. Pengamal Media Social la sangat.. Hahaha..

Kat status beliau tu aku ada bagi jawapan ringkas. Benda-benda ilmu financial macam ni kadang-kadang susah nak terang kat Socmed ni. Malas nak menaip pun ya jugak.

Tapi reason paling valid tak boleh terangkan kat Socmed ni ialah, syarikat pengurusan unit trust sendiri (dalam kes aku, Public Mutual) tidak menggalakkan consultantnya explain tentang produk kewangan ni kat Socmed.

Sebabnya, dengan explaination dan ruang lingkup yang sangat terhad, macam interpretasi orang boleh buat dengan statement bertulis kita. Benda ni boleh membawa kepada ‘misleading’ dan sangat tak sihat kepada industri unit trust.

Ada regulation yang dibuat oleh industri unit trust pasal ni sebenarnya. Kalau didapati melanggar etika tu, consultant boleh ditamatkan perkhidmatan.

Sebab tu aku sangat berhati-hati untuk update info pasal unit trust ni. Kena double check apa yang ditulis. Setakat general info pasal unit trust tanpa membuat kenyataan ikut opinion sendiri ok jer.

Wajib ke UTC jumpa client setiap 3 bulan

Ok berbalik kepada soalan di atas.

Jawapan secara direct untuk soalan tu adalah: TIDAK WAJIB. Tidak ada syarat yang di tetapkan oleh industri maupun syarikat pengurusan unit trust supaya consultantnya perlu jumpa clientnya 3 bulan sekali..

Cuma…

Kalau UTC tu tau tentang selok belok unit trust, dia memang akan pergi berjumpa clientnya 3 bulan sekali (Untuk kes pelaburan unit trust menggunakan Skim KWSP).

Kenapa..?

Ada 2 sebab:

Sebab PERTAMA

Untuk memastikan pelaburan unit trust clientnya mendapat return ataupun pulangan yang ‘competitive’.

Salah satu teknik dalam pelaburan unit trust untuk mendapat pulangan yang lebih cepat dan lebih tinggi ialah pelaburan tersebut hendaklah dibuat secara berkala.

Ini bermakna selain daripada pelaburan permulaan (initial investment), pelaburan tersebut perlu ditambah secara tetap setiap 3 bulan (dalam kes pelaburan menggunakan skim KWSP). Ini adalah supaya dana pelaburan tersebut mendapat tambahan unit yang maksimum supaya ia dapat memberikan distribution (jika ada) yang maksimum.

regular investment adalah salah satu cara yang sangat bagus untuk mendapatakan pelangan yang hensem dalam unit trust

Perlu diingat, distribution (ataupun biasa disebut dengan term dividen oleh orang biasa, walaupun kedua term tersebut tidak memberikan makna yang sama) unit trust dibayar bergantung kepada jumlah unit yang terkumpul dalam tahun berakhir sebelum distribution diumumkan.

Ini bermakna akaun yang mempunyai banyak unit, akan berpotensi mendapat lebih distribution/dividen.

Contohnya (angka adalah andaian sahaja) :

Dana XYX:
Jumlah unit terkumpul: 60,000 unit
Kadar distribution: 6 sen per unit
Jumlah distribution (dalam RM) yang pemegang unit dapat: 60,000 X 0.06 = RM3,600

RM3,600 hasil distribution ini akan dimasukkan semula ke dalam akaun dana XYZ tersebut seperti berikut:

Distribution: RM3,600
Harga semasa selepas distribution (angka adalah andaian sahaja): RM0.8 per unit
Unit yang ditambah kepada unit sedia ada: 3,600/0.8 = 4,500 unit

Jadi.. Jumlah Unit dana XYX yang baru (selepas distribution) adalah :

unit sedia ada: 60,000 unit
unit yang dapat daripada distribution: 4,500
Jumlah keseluruhan unit semasa (selepas distribution): 60,000 + 4,500 = 64,500 unit

untuk distribution tahun hadapan (jika ada) akan berdasarkan unit yang baru 64,500 unit, jika tiada penambahan unit kepada dana XYZ tersebut.

Jadi, untuk dapatkan lagi banyak unit penambahan pelaburan perlu diadakan secara regular. Untuk pelaburan unit trust menggunakan skim KWSP, pemegang unit layak untuk mengeluarkan duit KWSP daripada AKAUN 1 nya untuk ditambahkan ke dalam dana yang dia ada SETIAP 3 BULAN.

Ini bermakna dalam setahun pemegang unit boleh mengeluarkan wang daripada KWSP Akaun 1 untuk tujuan ini sebanyak 4 kali.

Untuk client/pemegang unit mengeluarkan duit KWSP, ia bukanlah semudah lafaz dimulut. Wang kita di KWSP dijaga rapi oleh KWSP. Untuk sebarang urusan pengeluaran, pemegang unit wajib menggunakan borang khas yang dikeluarkan oleh KWSP sendiri.

Borang tersebut wajib diturunkan cop jari kiri dan kanan dengan terang. Urusan ini (cop jari pada borang pengeluaran KWSP) tidak boleh dilakukan sebelum masa pengeluaran. Maksudnya UTC tidak boleh arahkan client menurunkan cop jari untuk urusan pengeluaran akan datang. Ianya satu kesalahan besar.

Jadi untuk menjaga akaun client supaya kekal pertumbuhan unit serta nilainya, UTC PERLU berjumpa dengan client untuk dapatkan cop jari untuk menolong membuat penambahan pelaburan.

Kalau UTC tersebut memang betul-betul jaga akaun pelaburan clientnya ia akan berjumpa client setiap 3 bulan untuk urusan ini. Kalau yang tak jumpa client untuk penambahan tu aku rasa ia tidak serius menjaga akaun pelaburan clientnya. Kecuali memang client tak mahu jumpa. Ataupun UTC mempunyai sebab-sebab lain yang tidak memungkinkan untuk berjumpa clientnya.

Sebab KEDUA

Pendapatan UTC bergantung kepada amaun investment yang dibuat oleh client-clientnya. Banyak orang melabur dengan dia, banyaklah komisen yang dia dapat.

Ada banyak lagi komisen yang boleh UTC dapat selain itu sebenarnya seperti daripada ‘career benefit’, overriding group sales dan lain-lain. Yang ini aku akan terangkan dalam kelebihan menjadi UTC nanti.

Jadi kalau UTC tu adalah UTC sepenuh masa yang mencari rezeki dengan unit trust, memang dia ada target bulanan berapa jumlah pelaburan yang dia perlu dapat daripada client (sedia ada ataupun baru) untuk mengekalkan pendapatannya.

Jadi adalah sesuatu yang kurang bijak jika dia tidak datang berjumpa dengan client untuk memberi laporan tentang prestasi semasa akaun clientnya sambil mengambil cop jari untuk pengeluaran KWSP yang baru untuk penambahan pelaburan.

Ini income awak kot. Kenapa awak tak datang jumpa untuk dapatkan income?

Full Time atau Part Time?

Kebiasaanya yang tak datang jumpa client untuk tolong bagi info dan laporan prestasi dana pelaburan serta ambil cop jari ni adalah UTC part time. Maksudnya dia ada income lain yang menyara kehidupan dia. Income unit trust ni adalah income tambahan baginya.

UTC full time kebiasaannya akan menjaga akaun pelaburan clientnya dengan baik

Sebab tu dia tak kesah mana pun ada ke tak income daripada unit trust ni.

Ataupun UTC tersebut adalah UTC baru. Yang mana dia sendiri tak betul-betul paham tentang nature dan teknikal unit trust ni. Dia tak paham kenapa perlu dia tolong client untuk tambahkan pelaburan.

Ataupun dia takut sebab ekonomi semasa yang agak rapuh sekarang. Kalau ini sebabnya, memang confirm dia tak paham akan unit trust ni.

Sebabnya dalam keadaan pasaran yang agak slow macam ni la seronok untuk explain kepada client untuk tambah pelaburan. Sebabnya rata-rata harga unit dana rendah. Apabila unit rendah (harga unit murah), sebarang pelaburan yang dibuat dengan nilai tertentu akan mendapat unit yang lebih banyak berbanding dengan harga yang tinggi/mahal dulu.

Aku akan terangkan juga secara lebih terperinci tentang ini di entri yang lain.

Jadi apa nak buat kalau UTC dah lama tak datang jumpa. Aku sambung dalam next entri ya. Panjang sangat dah. Bukan korang jer, aku pun dah berpinar mata ni.. Hahaha…

Loading

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge