Ko memang tak ajar student ko supaya letak keywords (katakunci) kat tajuk ek?
Boleh ke entri tu naik kalau kat tajuk pun tak ada keywords?
Tu adalah antara pertanyaan rakan-rakan otai blogger (beberapa orang saja, bukan semua) apabila nampak ataupun terbaca entri aku ataupun entri rakan blogger yang pernah mengikuti kelas blog dengan aku apabila mendapati ada di antara entri yang kami tidak masukkan pun keyword pada tajuk.
Salah satunya mungkin diorang terbaca pada entri Bedak Asmak aku sebelum ini yang tiada keywords: “ekzema pada bayi” yang aku letakkan di tajuk utama entri aku.
Jawapan aku… keywords pada tajuk adalah salah satu faktor untuk menguatkan SEO sesuatu entri. Tapi ianya bukanlah satu kewajipan. Kalau ada… bagus!. Mungkin elemen SEO entri tu akan bertambah kuat. Tapi ini bukanlah bermakna tanpa keywords di tajuk entri, entri tu tak boleh ranking dalam search engine.
Hahaha.. Pendapat aku ni mungkin lain daripada otai-otai blogger. Tapi ia tidak salah. Banyak yang dah aku buktikan. Baca lagi untuk penerangan lanjut….
Ada lebih 300 faktor yang diambil kira. 300 lebih faktor ni aku sahkan masa perjumpaan dengan Wilfred Halim (Google Singapore) 4-5 tahun lepas. Lepas tu ada banyak lagi perubahan yang dibuat oleh Google dari masa ke semasa untuk memantapkan search enginenya yang pastinya lebih mengutamakan kepentingan pembaca.
Maksudnya jika sesuatu entri itu lebih bermakna dan menyenangkan pembaca serta memberi manfaat kepada pembaca, entri itu lebih disukai oleh google untuk diangkat ke ranking lebih tinggi dalam search engine.
Jadi walaupun tanpa keywords pada tajuk, boleh jer entri tu duduk kat page pertama enjin carian. Tambah lagi keywords tu bukanlah keywords panas yang sentiasa dicari pengguna google.
SEO WordPress
SEO untuk wordpress ni lebih istimewa. Tajuk sebenarnya ada dua tempat. Satu tajuk (H1) di atas entri. Satu lagi tajuk pada plugin (AIO SEO atau Yoast) yang bertujuan untuk diindex juga oleh google.
Pada aku tajuk H1 di atas entri lebih baik dibuat dengan copy writing yang lebih catchy untuk menarik perhatian pembaca untuk klik dan baca entri kita.
Manakala tajuk di ruangan plugin lebih kepada tajuk yang mengandungi keywords untuk diindex oleh enjin carian. Ini pada aku adalah satu keistimewaan yang besar yang tiada pada platform Blogger/blogspot.
Sebab tu kadang-kadang jika pembaca klik baca entri tu, tajuk entri tiada langsung sebut pasal keywords tu tetapi entri tu tetap dijumpai oleh pembaca kerana ia timbul di page pertama google.
Itulah tujuan utama kita kan.. kita nak orang jumpa entri kita di page pertama. Barulah orang tau ada entri kita tentang sesuatu perkara yang pembaca cari tu.
Keyword naik dengan Tag
Satu lagi keistimewaan wordpress ialah ia ada tag yang berfungsi sebagai salah satu cara untuk naikkan keywords. Kadang-kadang disebabkan keywords tiada di tajuk utama entri, enjin carian akan membaca (mengindex) tag yang ada keywords tersebut.
Ini adalah contohnya. Jika pembaca mencari dan menaip keywords : “nasi dagang paling best Kuala Terengganu” entri ini akan keluar di page pertama. Padahal kat tajuk utama entri tajuknya ialah: NASI DAGANG SUDUT SELERA KAK PAH MEMANG SEDAP. Tiada langsung keywords yang dicari dalam tajuk utama entri!
Tapi ini semua kita kena buat dengan sedikit setting di plugin SEO yang kita pakai.
Jadi jangan ingat walaupun entri tiada keywords pada tajuk entri tak boleh naik yer…!
P/s: Kalau nak mendalami ilmu pasal wordpress boleh hubungi aku. Kelas (bersaiz kecil) diadakan pada setiap Sabtu pertama pada setiap bulan. Boleh rujuk website MYSC
Nice info. Betul sangat.. x semstinya smua nk cte kt tajuk. Yg penting hijo. Kahkahkah.
YB Shehan recently posted..KELAS RENANG KANAK-KANAK DAN DEWASA | KELAS BELAJAR RENANG SWIMRUSH | AMPANG
heheheh.. tungler plugin ada warna warni traffic light.. ai x der warna puuun
Setuju…
Selalu gak tak letak keywords kat tajuk
Nanti orang dah tau apa kita nak citer. Tak suspen laaa gitu kannnn…
Ba ba cakk!
Nina Mirza recently posted..Akhirnya … Cuba resepi baru | Sotong Masak Orinteal.
Haaa tau x per… heheheh
Terima kasih di atas perkongsian info..
Memang tak terfikir pun dengan teknik seo yang sifu ajar…
Untuk membuktikan info ini, apa kata tuan bersaing dalam keyword yg lebih besar.. lebih banyak persaingan..
anuar recently posted..Jangan Bertangguh untuk membeli Rumah
kalau keyword yang lebih besar mungkin kalah sbb segala faktor seo diambil kira. sebab dalam statement saya, saya kata benda tu kalau buat bagus.. tapi ia bukanlah satu kemestian… harap paham maksud saya
Noted sifu. Kadang tajuk terlalu nak letak keyword pun, nanti jadi mcm pelik atau tak menarik untuk dibaca gak kan
Mama Kembar 3 recently posted..Andai Itu Kali Terakhir…
Saya perasan juga, ada web page yang ranking untuk sesuatu keyword, walhal dalam tajuk entri tersebut, tak ada pun keyword yang dimaksudkan.
Cuma bila selidik dengan lebih mendalam, keyword tersebut muncul dibeberapa bahagian seperti di meta description, perenggan pertama, H1 dan beberapa tempat lain.
sabree hussin recently posted..Belajar buat Split Test dalam penulisan artikel blog
Yup. Sbb tu saya kata tu… dekat meta description lagi kuat kesannya
owh, tak tau plak kena letak keyword kat tajuk utama. haha selama ni main bantai je letak apa2x je
Huhuhu…
Wah terima kasih tuan atas perkongsian yang amat bermanfaat ini 🙂 .
Calrase Patrick recently posted..Kerja Dari Rumah Dengan iLancee
moga bermanfaat…
Hehe, ada website kami untuk keyword yang diberi contoh. Kami setuju, yang penting artikel berkualiti.:-)
Yup setuju. Content kena berkualiti. Itu paling utama
info yg sangat menarik…nanti rasa nk beralih ke wp pulak…
Silkan tuan. Nnti kalau bljr basic seo blh contact sy
Nice post, ilmu saya bertambah dengan membaca artikel ni
alhamdulillah… terima kasih kerana sudi singgah
Ilmu yang menarik dan berguna. Tuan, kelas tuan tu dimana dan berapa yurannya?
Farah Alina recently posted..Ubat atau Suplemen. Pilihan Di Tangan Anda.
Dibangsar south
Untuk survival blog adalah penting keyword ini
Khairul Zamri recently posted..Balung Herbal Teh
yup keyword memaang penting. tp entri ini bukan psl tu.. hehehe
Keyword memanglah penting akan tetapi apabila artikel yang dibuat tidak sesuai dengan keyword yang dincar maka semuanya akan sia-sia.
keyword nan uniqe sangat di perlukan agar seo tajam dan bagus di mata google
salam blog indonesia. he