Tapir
Korang tau kan binatang yang dinamakan Tapir ni? Ada jugak yang panggil Tenuk. Ada yang panggil Cipan. Haa nama-nama tu sama jer. Ia merujuk kepada mamalia yang lebih kurang sebesar Babi Hutan dewasa, mempunyai badan berwarna hitam dan putih, dan mempunyai belalai pendek.

Haiwan yang sedang diancam kepupusan ini biasa aku tengok di kaca TV. Ada pernah sekali dulu aku tengok masa melawat Zoo Negara. Tapi beberapa hari yang lepas aku berpeluang melihat mamalia ini secara lebih dekat. Cuma sedikit terkilan sebab aku masih belum berjaya menyentuh dan menggosok badannya.
Ya.. Kalau korang ikuti Facebook dan Instagram aku, ada banyak aku update tentang lawatan aku bersama bloggers dan pihak media ke Rezab Hidupan Liar Jabatan Perhilitan Sungai Dusun. Trip ini dianjurkan oleh Watsons Malaysia (Watsons) yang begitu mengambil berat tentang haiwan yang semakin hari semakin pupus ini.
Kempen “We Hug Tapir”
Bersempena dengan Hari Tapir Sedunia yang disambut setiap 28hb April setiap tahun dan menyedari akan hakikat betapa pentingnya menjaga dan memulihara spesis haiwan “rare” ini, Watsons (di bawah jenama NATURALS) dengan kolaborasi bersama Pocotee & Friends dan The Ecotourism and Conservation Society Malaysia (ECOMY) telah melancarkan kempen “We Hug Tapir”. Kempen ini bertujuan untuk memberi info kepada rakyat Malaysia khususnya generasi akan datang tentang kepentingan menjaga dan memulihara khazanah Malaysia, hutan dan hidupan liar.
Eh korang tau tak sebenarnya ni pasal Hari Tapir Sedunia ni? Mesti ada yang tak tau kan? Sebab hari ni tak diberikan cuti umum. Hahaha..
Kempen yang dilancarkan daripada 27 Mac sehingga 23 April ini telah berjaya memperolehi RM30,524 hasil daripada penjualan produk Naturals. Setiap pembelian produk ini, RM1 akan dimasukkan ke dalam tabung kempen ini. Mock Cheque derma ini disampaikan di majlis ringkas “Sehari bersama alam semulajadi dan Tapir” di Rezab Hidupan Liar Jabatan Perhilitan Sungai Dusun, Selangor. Tempat yang kitorang pergi ni la..

Dana ini akan disalurkan ke program khas pendidikan alam sekitar untuk kanak-kanak sekolah yang terletak di Taman Negara, tempat tinggal Tapir Malaysia. Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran dan info kepada kanak-kanak sekolah tentang mamalia ini dan juga tentang kepentingan menjaga dan melindungi haiwan liar.
Sehari bersama alam semulajadi dan Tapir
Di Rezab Hidupan Liar Jabatan Perhilitan Sungai Dusun ini selain daripada majlis ringkas penyampaian mock cheque daripada Watsons, kami juga dibawa melawat tepat Tapir dipulihara. Terdapat sepasang Tapir dan anaknya yang masih kecil dan juga seekor tapir dewasa yang lain di sekatan (kandang) lain. Kami diberi taklimat sambil menyaksikan aktiviti memberi makan kepada Tapir.
Antara yang diinfokan kepada kami adalah tentang kepupusan mamalia ini. Antara sebab utama kepupusannya adalah habitatnya yang telah dirosakkan oleh kita sendiri untuk memberi laluan kepada kemajuan.
Di Selangor sendiri contohnya, kepupusan mamalia ini adalah amat kritikal. Tak banyak dah haiwan ni dapat dijumpai di hutan-hutan simpan di sini. Sebab itulah pendidikan tentang pemuliharaan mamalia ini perlu diajar kepada rakyat Malaysia seawal usia.
Setelah itu kami dibawa memasuki pinggir hutan, tempat yang selalu dilawati Tapir. Di sini kami, pihak bloggers dan media diberi peluang menanam sendiri anak pokok Nangka. Pokok Nangka dan pokok pandang angin adalah antara pokok yang daunnya menjadi makanan kegemaran Tapir. Harapnya pokok yang aku tanam tu akan membesar dengan jayanya dan menjadi sumber makanan bagi Tapir nanti. So ada la jugak usaha aku dalam memulihara spesis mamalia ni.
Pengalaman yang menyeronokkan
Haaa seronok..! Dapat tengok Tapir secara lebih dekat. Dapat info pasal Tapir dan yang paling membanggakan dapat menolong serba sedikit dalam usaha Jabatan Perhilitan memulihara Tapir, salah satu spesis haiwan yang hampir pupus bukan sahaja di Malaysia, malah di dunia.

Jika tiada usaha yang serius dilakukan, aku percaya spesis mamalia ni akan pupus memandangkan habitatnya yang semakin hari semakin banyak dicerobohi dan berdasarkan bilangan serta statistiknya yang semakin berkurangan.
Kesian generasi kita akan datang kalau perkara ni terjadi. Tak dapat dah diorang nak kenal apa itu Tapir.
Korang pun kalau nak menyumbang ke arah usaha murni ini boleh jer berbuat demikian. Korang boleh alert dengan kempen-kempen yang dianjurkan seperti kempen “We Hug Tapir” yang dianjurkan oleh Watsons ni, dan membeli barangan yang ditawarkan.
Sebahagian daripada belian korang tu nanti akan diasingkan dan disumbangkan ke dalam dana untuk memulihara haiwan yang hampir pupus seperti Tapir dan sebagainya.
So bersamalah kita menghargai dan memulihara khazanah alam kita..!