More

    WeChat Pay MY Smart Order, Order Menu Kat Restoran Mamak Di Hujung Jari Jer…

    Ya.. hari ni aku terpaksa mengaku yang aku terlalu memandang rendah pada applikasi WeChat. Ya lah, selama ni aku ingatkan applikasi ni hanya untuk bebudak remaja chatting merapu jer. Rupanya WeChat ni dia ada fungsi WeChat Pay MY yang membolehkan kita membayar melalui smartphone kita jer.

    Aku baru sedar yang WeChat lebih daripada itu, setelah aku dapat tahu tentang penjimatan untuk membeli minuman Starbucks dan membeli belah di Pusat Pakaian Hari-Hari masa bulan puasa bebaru ni. 

    Sempat la aku install dan guna pocket money dia tu. Best jugak guna WeChat ni sebenarnya.

    WeChat Pay MY Smart Order

    Semalam, aku attend lagi event WeChat Pay MY ni. Kali ni mereka memperkenalkan perkhidmatan terbarunya, iaitu ‘Smart Order’ yang pertama seumpamanya di Malaysia. Smart Order adalah cara yang lebih praktikal serta mudah untuk restoran mamak melayani pelanggan mereka. 

    Dari kiri: Mr Jason Siew, CEO WeChat Pay Malaysia, YB Chong Chieng Jen, deputy minister of domestic trade and consumer affairs of malaysia, , and Dato Jamarulkhan, owner rangkaian Syed Bistro turut hadir di majlis WeChat Pay MY Smart Order.

    “WeChat Pay MY adalah penyelesaian pembayaran yang ringkas, selamat dan mudah dengan pelbagai lapisan perlindungan keselamatan untuk semua pengguna dan peniaga Malaysia daripada pelbagai sektor termasuk membeli-belah, makan, pengangkutan, penghantaran, hiburan dan banyak lagi. Perlindungan keselamatan yang ditawarkan oleh WeChat Pay MY mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa secara ketat. Pengguna dikehendaki memasukkan kata laluan pembayaran 6 digit peribadi untuk memberi kebenaran pembayaran. WeChat Pay adalah perkhidmatan pembayaran yang ditawarkan oleh Tencent Holdings Limited dan perkhidmatan pembayaran tempatannya di Malaysia didaftarkan di bawah WeChat Pay Malaysia Sdn. Bhd., yang merupakan penerbit wang elektronik yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).”

    Sebelum ni kalau korang ke restoran mamak, nak order pun kadang-kadang kena tunggu. Tambah lagi kalau restoran mamak yang jadi tumpuan ramai. Tambah lagi masa yang korang pergi tu ada siaran langsung bolasepak. Haaa jenuh jugak lah angkat tangan untuk panggil staf restoran untuk ambil order.

    Tapi dengan applikasi ini, masalah tersebut dah tak ada lagi. Sebabnya korang boleh order makanan yang korang nak dalam smartphone korang jer. Menu yang dipaparkan siap dengan gambar dan harga. Lepas pilih menu tu, korang boleh terus bayar melalui applikasi tersebut. 

    Lepas korang klik bayar/pay tu korang akan diminta untuk memasukkan 6 digit no pin untuk Langkah keselamatan. Lepas tu order korang tu terus dicetak di dalam resit di kaunter bayaran restoran. Dari situ pekerja restoran akan menyediakan menu mengikut order korang dan akan menghantar terus ke meja korang.

    Cara order menggunakan WeChat Pay MY Smart Order

    Ok. Korang boleh tengok video ni untuk mendapat gambaran jelas macamana nak order menu menggunakan WeChat Pay MY. Mudah jer. Sekali tengok sure korang dah tau.

    cara order menu restoran mamak guna WeChat Pay MY Smart Order
    cara buat pembayaran dengan WeChat Pay MY Smart Order

    Promosi sempena pelancaran dan restoran yang menyediakan perkhidmatan Smart Order

    Sempena pelancaran WeChat Pay MY Smart Order ni, sebarang pembelian minima RM8 di dalam satu resit, pengguna akan diberi diskaun RM3 untuk bil tersebut. 

    Promosi ini akan berakhir pada 31 Julai 2019. So Korng jangan lepaskan peluang ini tau..!

    Promosi ini hanya terpakai di restoran-restoran yang mengambil bahagian dalam sistem Smart Order ini sahaja setakat ini. Restoran-restoran tersebut adalah seperti senarai di dibawah:

    Johor

    1. 1.18C Café, Pontian, Johor
    2. 2.Larkopi, Skudai, Johor
    3. 3.Red Vege, Pulai, Johor
    4. 4.The Metallic Kitchen, Bukit Indah, Johor
    5. 5.The Metallic Kitchen, Mount Austin, Johor

    Selangor

    1. 1.ABC Foods Corner (Balakong)
    2. 2.ABC Foods Corner (Desa Petaling)
    3. 3.ABC Foods Corner (Puchong)
    4. 4.ABC One Bistro (Brickfields)
    5. 5.ABC One Bistro (PJ)
    6. 6.Syed Bistro Kelana Jaya
    7. 7.Syed Bistro Lembah Keramat
    8. 8.Syed Bistro PJ
    9. 9.Syed Bistro Puchong
    10. 10.Syed Bistro Shah Alam Sek 11
    11. 11.Syed Bistro Shah Alam Sek 14
    12. 12.Syed Bistro Shah Alam Sek 9

    Kuala Lumpur

    1. 1.Ishin Japanese Restaurant, KL
    2. 2.Syed Bistro Bangsar
    3. 3.Syed Bistro Dang Wangi, KL

    Ipoh

    1. 1.Como Café Ipoh
    2. 2.U 2 Caffe, Ipoh

    Penang

    1. 1.Syed Bistro Penang
    2. 2.The Lightbulb Café Penang
    3. 3.US Pizza Greenlane
    4. 4.US Pizza Bukit Mertajam
    5. 5.US Pizza Raja Uda
    6. 6.US Pizza Summerton
    7. 7.Winter Warmers Coffee & Teahouse (Straits Quay)
    8. 8.Winter Warmers Coffee & Teahouse (AEON Mall Alma)
    9. 9.Winter Warmers Coffee & Teahouse (All Seasons Place)
    10. 10.Winter Warmers Coffee & Teahouse (Autocity)
    11. 11.Winter Warmers Coffee & Teahouse (Gurney Plaza)
    12. 12.Winter Warmers Coffee & Teahouse (Queensbay Mall)
    13. 13.Winter Warmers Coffee & Teahouse (Sunway Carnival)

    Perkhidmatan Smart Order akan tersedia di pedagang yang mengambil bahagian di sekitar Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang. Untuk maklumat lanjut, log masuk ke halaman FB WeChat Pay MY di: www.facebook.com/WeChatPayMY.official/ 

    Kenali WeChat dengan lebih mendalam dan muat turun aplikasi ini di WeChat.com.

    Layari Laman FacebookWeChat Malaysia

    Komen Abam Hoq

    Aku memang menyokong Penuh kewujudan perkhidmatan seperti ini. Sebabnya aku adalah salah seorang yang selalu lepak kat restoran mamak. Baik lepak untuk makan, lepak untuk buat kerja-kerja penulisan malah aku ke restoran mamak kadang-kadang sebab appointment aku dengan client aku buat kat sana. Tengok bola pun ku suka layan kat restoran mamak.

    So, adanya cara pembayaran dan applikasi macam ni memang sangat memudahkan aku. So aku tabik la dengan WeChat Pay MY ni sebab menjadi pioneer dalam perkara ini.

    Lepas ni lebih seronok la lepak kat mamak..

    Latest articles

    Related articles

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge