Saturday, May 20, 2023
HomeDari KacamatahatiWikipedia | Daripada Meminta-minta Lebih Baik Letak Iklan...

Wikipedia | Daripada Meminta-minta Lebih Baik Letak Iklan…

 

Aku, kalau nak cari info rasmi tentang sesuatu benda, aku lebih suka cari kat Wikipedia. Sebabnya laman sesawang ni pada aku lebih menjurus kepada pencarian info secara lebih rasmi. Dan hasil carian yang aku perolehi nanti tak bercampur dengan blog dan laman sesawang lain.

Kalau info yang aku cari tak ada kat Wikipedia baru aku Google dan pilih laman web atau blog yang sesuai untuk aku cedok info yang aku cari.

google masih lagi menjadi sumber pencarian utama di internet

Dulu tak banyak juga info ataupun maklumat boleh diambil kat Wikipedia. Tambah lagi kalau kita cari menggunakan katakunci dalam Bahasa Malaysia. Namun sekarang dah banyak info yang boleh dipercayai daripada laman sesawang ini***.

Ramai yang merujuk kepada Wikipedia ni sebenarnya. Bayangkan dengan trafik yang banyak macam tu, Wikipedia membuka ruang untuk iklan… Google Adsense misalnya.. fuuuh banyak tu income masyuuuk..!

Tengok contoh Youtube Upin dan Ipin cukup. Pendapatan daripada iklan Google Adsensenya pasti beribu-ribu sebulan. Sebabnya channel Youtube Upin dan Ipin adalah antara yang paling banyak dilawati bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia dan segenap pelusuk dunia.

Tadi aku bukak Wikipedia untuk cari maklumat tempat yang bakal aku lawati di New Zealand bukan September nanti. Dengan mood travel dah mula terasa memang la rajin mencari itu dan ini. Hahaha

Tapi hari ni pelik sikit. Wikipedia keluarkan skrin ni:

Wikipedia minta sumbangan pelawat

Dengan ertikata lain ia mintak sumbangan. Katanya sebab dah la ia beroperasi tanpa menyewakan tapak iklan atau dengan ertikata lain tanpa pendapatan, kos pun diorang tanggung sendiri.

So kali ni diorang dah start mintak sumbangan. Hurmmm macam pelik jer. Lepas tu ayat-ayat dia macam mengugut pulak. Hish… aku ni pantang ayat-ayat gini orang tulis.

Tapi ok jer. Tak bayar pun boleh terus layari lamannya untuk cari info. Cuma permintaan macam ni agak mengganggu sikit. Annoying kata orang kampung aku.

mesti akan ada orang yang kurang senang kalau dah minta sumbangan gini. Annoying…

Mungkin ini juga perancangan Wikipedia. Ya la kalau mintak macam ni, ada jer orang yang akan bayar kepada diorang. Bayangkan seorang bayar RM10… Ambik 1% dah yang sudi bayar daripada keseluruhan pengunjungnya. Berapa banyak dah diorang buat duit. Dan jika ini betul maka bijak lah permainan diorang.

Pada aku… pandangan aku la ni… tak payah la nak mintak-mintak gini. Ko letak jer iklan yang tidak mengganggu pengunjung. Dapat jugak pendapatan kat ko. Orang yang datang cari info pun aku rasa tak terkesan setakat ko letak iklan yang tak ganggu diorang.

Lain la kalau iklan tu popup bagai. Keluar kotak like bagai yang tak hilang selagi orang tak klik like. Haaa yang memang kena blacklist la Wikipedia. Hhahaha.

Aku sendiri pun suka klik iklan-iklan ni. Banyak jugak aku boleh tau promosi-promosi semasa. Contohnya macam honda. Banyak diorang gunakan iklan Google utk promot model kereta baru mereka dan rebate yang ditawarjan.

Rajin jer aku klik iklan honda ni. Hahaha.

Lagi satu, kalau mintak sumbangan macam ni nampak Wikipedia dah kurang ikhlasnya dalam menyediakan info kepada dunia. Nampak dah standardnya tak kelas. Macam laman sesawang biasa pulak main mintak-mintak sponsor ni.

Apa kata korang… wajar ke Wikipedia minta sumbangan macam tu?
Tanya pendapat jer. Mohon jangan kecam abam ya… Heheheh..

Bye…

Loading

RELATED ARTICLES

6 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1