bercanda di pasiran pantai Batu Buruk

Rempat menarik di Kuala Terengganu

Pantai Baru buruk kuala terengganu terengganu adalah satu tempat tarikan di sekitar kuala terengganu. Pantainya yang landai dan luas mengunjur ke laut lepas menjadi tarikan pelancong ke sini. Pasirnya yang putih bersih membuatkan anda jatuh cinta pandang pertama jika bertandang ke sini.

pantai ini amat senang untuk dikunjungi. Ia terletak di tengah-tengah bandaraya kuala terengganu, bandaraya pesisir pantai. Pantai yang luas ini membolehkan pengunjung mengadakan pelbagai aktiviti secara berkumpulan (keluarga) maupun individu. Aktiviti seperti menunggang motor pantai tayar empat dan menunggang kuda memang telah disediakan dengan bayaran yuran yang amat berpatutan. Manakala aktiviti seperti bermain layang-layang boleh dilakukan sendiri tanpa apa-apa bayaran. Hanya bawa layang-layang daripada rumah ataupun beli sahaja dengan peniaga layang-layang yang banyak terdapat disekitar pantai tersebut.

Untuk menjamu selera, anda tidak perlu risau. Ii kerana di sepanjang pantai tersebut ada terdapat restoren-restoren yang menyajikan pelbagai makanan samada makanan asli negeri terengganu maupun makanan masakan panas yang biasa terdapat di restoren-restoren lain. Di samping itu juga terdapat gerai-gerai yang menjual makanan segera dan makanan laut bergoreng dengan disaluti tepung seperti udang, sotong, ikan dan ketam celup tepung.

Datang lah melawat ke pantai ini khususnya dan negeri terengganu amnya. Negeri terengganu, negeri cantik budaya menarik

Stay connected

2,721FansLike
523FollowersFollow
13,171FollowersFollow
126FollowersFollow
1,805FollowersFollow
1,155SubscribersSubscribe

Latest article

KLC Puchong, Anak-anak Pasti Suka Belajar English Kat Sini

Setiap anak mempunyai minat dan kelebihan yang berlainan. Ini memang aku perhatikan pada 3 orang anak aku. Salah satu aspek yang aku perhatikan daripada...

Nilai Persahabatan… Semakin Dewasa Semakin Berharga…

Semalam.. Memang aku sibuk betul. Kalut semacam jer. Kerja berlambak. Dateline tak terkejar. Dengan entri job lagi. Dengan job kemaskini website company lagi. Dengan...

Servis Unta Putih Untuk Ke Hatyai…

Hari ni pukul 9.30 pagi dah sampai depan Nissan Service Centre Glenmarie ni. Dah sampai masa untuk servis Unta Putih aku. Ngam-ngam waktu sebelum...