Tuesday, May 30, 2023
HomeGeeks & GadjetAndroidX50 / X50 Pro, Tengok Sendiri Baru Percaya Kecanggihan Teknologi Kameranya

X50 / X50 Pro, Tengok Sendiri Baru Percaya Kecanggihan Teknologi Kameranya

Phone Photography ataupun fotografi menggunakan smartphone semakin popular di masa sekarang. Ini adalah kerana ianya mudah dan ringkas tanpa perlu mengusung camera yang jauh lebih besar saiznya berbanding smartphone.

Lagipun sekarang, dengan adanya media sosial, segalanya memerlukan kemaskini (updates) yang pantas. Dan cara terbaik untuk sentiasa ber’updates’ ialah dengan menggunakan gambar daripada smartphone.

Gambar yang lebih bercirikan ‘street photography’ lebih senang untuk menceritakan tentang apa yang kita alami sekarang untuk diupdate di media sosial lantas dapat menarik banyaknya ‘like’ serta komen.

‘Engagement’ beginilah yang dicari-cari oleh pemain media sosial lebih-lebih lagi yang bergelar ‘influencer’

Menyedari keperluan ini Vivo pantas melancarkan dan memperkenalkan siri X terbaru mereka, X50 dan X50 Pro. Secara keseluruhan, smartphone ni memang tersangat mantap..!

Rekabentuk

Smartphone ni sekali pandang jer, hati Abam dah terpaut kepada reka bentuknya. Ya lah, dah smartphone baru, ciri-ciri yang lain memang tak tau lagi. Rekabentuk luaran jer lah yang boleh tengok. Dan ianya terbaik..!

Peranti pintar siri X50 hadir dengan skrin fleksibel yang lebih langsing, lebih ringan, dan lebih tahan lama berbanding skrin tradisional. X50 adalah salah satu telefon 5G paling nipis yang pernah ada. Teknologi HDR 10+ memberikan paparan yang terang, dan AG Matte Glass menawarkan sentuhan lembut dan halus.

X50 adalah antara telefon 5G yang paling nipis di pasaran

Sekali pandang memang nampak menarik. Sebabnya nampak keseluruhan bahagian atasnya adalah skrin. Ruang antara skrin dan bingkai smartphone (bezel) sangat kecil. Ini pastinya memberikan kepuasan tontonan skrin yang optimum, samada sewaktu melayan ‘game’ maupun sewaktu menonton ‘movie’.

Kamera

Kemudian Abam ambil X50 Pro ni. Abam pegang. Abam cuba kamera dia. Gambar dalam jarak biasa, mantap! Abam try tangkap gambar dari jarak lagi dekat (micro), mantap!

Kemudian, model sebelah Abam ni yang dari tadi duk ushar-ushar Abam menyampuk: “Cuba you zoom?”

Haa memang itu pun Abam nak buat. Ditambah pulak awek yang menegur maka Abam teruskan niat dengan segera. Abam zoom.. Abam hala ke arah seorang awek lain yang sedang menikmati air di hujung dewan. Abam tetapkan pergerakan tangan supaya tidak goyang, lalu, klik..!!! Abam ‘snap’ gambarnya’.

Kemudian cepat-cepat Abam tengok hasil bidikan zoom tadi. Memang mantap. Jelas! Kalau guna tripod mesti lagi mantap ni, bisik hati Abam.

Teringin nak tahu, lantas soalan terpacul dari mulut Abam: “berapa kali zoom ni ek?”. Saja nak tanya awek tu. Padahal dalam ‘press release’ dalam fail yang Abam tadi ada jer info ni. “60 puluh kali zoom encik”, balas awek tu dengan sedikit pelat cina sambil tersenyum.

Sebenarnya kamera X50 ni terutama X50 Pro bukan ‘kaleng-kaleng’. Siri X50 mengintegrasikan teknologi fotografi profesional. Ya gambar kalian akan nampak seperti professional walaupun kalian ‘biashe-biashe’ jer.

micro gimbal dalam kamera X50

Antara yang paling best dengan kamera smartphone ni adalah fungsi anti gegarnya. Memang menakjubkan Abam. Gambar dan video yang diambil sangat stabil. Rupanya X50 Pro ini  dilengkapi dengan Sistem Kamera Gimbal yang terkemuka dalam industri, yang membolehkan pengguna mengambil gambar dan video yang jelas semasa bergerak, bahkan pada waktu malam.

Dengan model gimbal profesional bersaiz penuh, modul gimbal miniatur bawaan X50 Pro bergerak ke arah yang berlawanan dengan gerakan goyang, memberikan kestabilan yang meningkat untuk kamera utama. Sistem ini juga memperluaskan sudut putaran dan kawasan anti-goncangan dibandingkan dengan kaedah penstabilan yang popular, menghasilkan gambar yang sangat jelas. Gimbal Radar, bola animasi pada skrin yang mencerminkan pergerakan gimbal, membolehkan pengguna mengetahui apabila bingkai stabil. Algoritma motion-deblur vivo, sensor khas, dan penjejakan fokus berterusan meningkatkan lagi kejelasan imej dan video.

perbezaan kestabilan antara X50 dn telefon biasa. Jelas ketara!

Memang Siri X50 dicipta dengan pemfokusan untuk keunggulan fotografi. X50 Pro mempunyai penyediaan kamera serbaguna dengan satu kamera depan 32MP dan empat kamera di belakang (48MP Utama, 8MP Super Wide-Angle, 13MP Professional Portrait, dan 8MP 5x Telescopic). Lensa Teleskopik 5x X50 Pro juga menyokong 60x Hyper Zoom, yang menghasilkan gambar yang menakjubkan.

X50 dan X50 Pro memaparkan Extreme Night Vision (Super Night Mode) dan Starry Sky Mode yang membolehkan pengguna merakam gambar menakjubkan dari pemandangan bandar dan desa pada waktu malam, sementara  fungsi 120° Super Wide-Angle (108° setelah pembetulan distorsi) dan Super Macro membantu menghasilkan foto berkualiti profesional dalam pelbagai senario. Mod Potret vivo, yang dikuasakan oleh algoritma penyembunyian 4 lapisan, membolehkan pengguna memisahkan subjek dari latar belakang dan menerapkan kesan berasingan untuk hasil yang lebih halus.

Diringkaskan cerita, memang mantap kameranya. Tak perlu risau kalau kalian bukan juru kamera profesional. Gun kamera ni, mesti orang tak tau kalian bukan ‘terer; sangat pun pasal fotografi. Janji kalian tau ‘basic rules’ fotografi.

Prestasi

Ok lepas kamera, kita tengok pula kepada prestasinya macamana. Siri X50 juga memberikan prestasi keseluruhan yang unggul. Siri ini menyokong penyambungan 5G, yang membolehkan pengguna tetap dalam talian dengan kelajuan pantas dan latensi rendah.

Dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 765G, X50 Pro memberikan kelajuan pengkomputeran pantas dan keupayaan berbilang tugas yang lancar. Siri ini mempunyai kadar penyegaran skrin tinggi 90Hz, menampilkan gambar, filem, dan permainan yang jelas tanpa kabur.

Nantikan pelancaran rasminya

Lepas Abam up kat Facebook tempohari, ramai jugak yang tanya harga smartphone ni. Terus terang cakap, Abam tak tau. Hahaha.

Sebabnya harganya pun belum diumumkan. Sebab ianya akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 21 Julai 2020 melalui Live Streaming di Facebook Rasmi vivo Malaysia, dan harga akan dinyatakan pada masa itu.

vivo X50 tersedia dalam pilihan warna Frost Blue dan Glaze Black, vivo X50 Pro dalam Alpha Grey.

vivo TWS Earphone Neo Melengkapkan Siri X50 dengan Audio yang Memukau

Oh ya. Di masa ‘soft launch X50 dan X50 Pro baru ni, vivo turut melancarkan TWS Earphone Neo.

Ia adalah untuk memberikan pengalaman audio berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan pencinta muzik seharian. TWS Earphone Neo tanpa wayar mempunyai ciri khas iaitu Moving-Coil Unit 14.2mm untuk menghasilkan bunyi lebih kuat dan penuh, serta bio-fiber composite diaphragm untuk meningkatkan perincian audio.

vivo TWS Earphone Neo. Pic: gsmarena

Direka dengan mengkaji kepentingan keperluan pengguna, TWS Earphone Neo juga menampilkan AI Noise Cancelling untuk panggilan telefon yang lebih jelas dan beberapa kawalan pintar yang diaktifkan suara. Ini disokong pula oleh platform TWS-Generasi ke-4 Qualcomm, QCC3046, yang menawarkan latensi rendah, ketepatan tinggi, dan pengalaman mendengar yang stabil, serta teknologi Bluetooth 5.2 terkini dengan jarak maksimum 10m. Ciri-ciri canggih TWS Neo bersama dengan reka bentuk klasiknya merupakan suatu realisasi pelaburan vivo dalam peranti Internet of  Things.

antara rakan blogger yang turut menghadiri majlis pelancaran X50

Seperti siri X50, TWS Earphone Neo memperlihatkan komitmen vivo untuk membina peranti yang berpusatkan reka bentuk yang meningkatkan kualiti kehidupan pengguna.

Vivo TWS Earphone Neo kini boleh didapati di Malaysia dengan harga RM359. Pelanggan dapat membeli vivo TWS Neo Earphone di semua kedai konsep vivo, peniaga sah, rakan kerjasama, dan platform e-dagang seperti Lazada, Shopee, dan vivo Store (http://www.vivostore.com.my).

‘Earphone’ ini tersedia dalam dua pilihan warna – Starry Blue dan Moonlight White – untuk pengguna memilih mengikut gaya peribadi masing-masing.

Nak info lanjut? Kalian boleh lawati laman Facebook atau laman web rasmi vivo.

Loading

RELATED ARTICLES

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1