Zakat@FAMILY, Kempen Terbaru LZS Yang Bakal Meningkatkan Kesedaran Berzakat Rakyat Selangor

0
294

Pelbagai usaha telah dirancang dan dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya di Selangor untuk membayar zakat. Walaupun usaha ini giat dilakukan, masih ramai ummat Islam di Selangor yang lalai ataupun masih belum faham tentang zakat mengakibatkan ramai yang tercicir daripada melakukan ibadah yang wajib ini.

Jujurnya, LZS wajar diberikan pujian kerana di sebalik kata keji dan tohmahan tidak berasas daripada sesetengah pihak yang terpaksa mereka hadapi dalam memakmurkan zakat dan menyantuni asnaf, mereka tetap berusaha memberi kesedaran tentang zakat ini.

Pelbagai kempen dilancarkan untuk meningkatkan kutipan zakat dan dakwah serta hebahan maklumat zakat di Selangor.

Kempen Terbaru LZS

Kempen terbaru LZS adalah Zakat@FAMILY. Kempen ini kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat bagi melengkapkan tanggungjawab di dalam sesebuah keluarga. Bayaran zakat boleh ditunaikan oleh ketua keluarga, penjaga atau wali untuk diri sendiri dan setiap individu yang masih di bawah tanggungan atau jagaannya dalam sebuah institusi kekeluargaan muslim di Selangor.

Kempen ini antara lain adalah bertujuan untuk memberi kefahaman yang lebih meluas kepada ummat Islam di seluruh negeri Selangor. Ia memberi penekanan kepada setiap ketua keluarga, penjaga ataupun wali untuk memastikan taksiran zakat dan pembayaran zakat ke atas setiap individu di bawahtanggungan dan jagaan mereka.

Kempen ini dijangka akan meningkatkan lagi kutipan zakat kerana ia akan memastikan setiap individu dalam sebuah keluarga Muslim di Selangor dapat menunaikan kewajipan zakat ke atas harta yang mereka miliki.

Perlu diingat bahawa kewajipan zakat bergantung kepada harta yang dimiliki dan bukannya berdasarkan kepada status umur atau kewarasan pemilik harta (akil baligh atau mukallaf). Sebab itu kempen ini lebih menekankan kepada ketua keluarga untuk memastikan taksiran dan pembayaran zakat tanggungan mereka.

Apa yang ketua keluarga kena buat

Ok rileks. Simple jer. Sebagai ketua keluarga korang kena pastikan setiap tanggungan dan diri sendiri mengisi dan melengkapkan borang taksiran zakat individu (i-Touch) untuk :

  1. Diri Sendiri
  2. Pasangan
  3. Tanggungan
  4. Individu di bawah jagaan

Dah selesai buat taksiran zakat di atas, korang sebagai ketua keluarga perlu mengisi borang “Zakat@FAMILY”.

Setelah korang tahu kelayakan kewajipan zakat dan jumlah zakat bagi setiap ahli keluarga atau penjaga, korang perlu memastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri, pasangan, tanggungan atau individu di bawah jagaannya.

Panduan Pemilik Harta, Tanggungjawab Taksiran dan Tanggungjawab Pembayaran“Zakat@FAMILY”

Panduan Pemilik Harta, Tanggungjawab Taksiran dan Tanggungjawab Pembayaran“Zakat@FAMILY” adalah seperti berikut :

BIL PEMILIK HARTA TANGGUNGJAWAB PEMBAYARAN ZAKAT
1 Individu mukallaf Diri sendiri
2 Pasangan (bekerja atau tidak bekerja) Diri sendiri
3 Anak atau individu yang belum mukallaf dan masih menjadi tanggungan ketua keluarga Ketua keluarga (bapa, ibu atau wali)
4 Anak yatim Ibu / bapa
5 Anak yatim piatu Penjaga / Wali
6 Anak angkat / Anak tiri Bapa kandung/ ibu kandung / penjaga
7 Orang Kelainan Upaya (bukan mukallaf) Bapa kandung / ibu kandung / penjaga
8 Ibu bapa dan ahli keluarga yang sudah uzur, nyanyuk, gila dan tidak lagi mampu menguruskan harta mereka sendiri Anak/Penjaga
9 Anak tidak sah taraf Ibu kandung/ Penjaga

Jenis-jenis harta yang terlibat bagi pentaksiran dan pembayaran “Zakat@FAMILY”

Jenis-jenis harta yang terlibat bagi pentaksiran dan pembayaran “Zakat@FAMILY” adalah seperti berikut :

1. ZAKAT HARTA PENDAPATAN
Nota : Taksiran ini merangkumi tolakan had kifayah yang layak dilakukan bagi setiap individu agar tidak berlaku pertindanan dan mengetahui kelayakan membayar zakat.

  1. Hasil penggajian & upah
  2. Hasil-hasil bebas & profesional
  3. Hasil al-mustaghallat
  4. Hasil pemberian & sumbangan

2. ZAKAT HARTA BERASASKAN NISAB EMAS
Nota : Taksiran yang dilaksanakan adalah bagi menentukan kelayakan kewajipan zakat bagi setiap individu yang memiliki harta berasaskan nisab emas.

  1. Emas.
  2. Wang simpanan
  3. Saham dan pelaburan  

Untuk kefahaman yang lebih jelas, jemput tonton video ini:

KEBERKATAN DALAM HIDUP BERKELUARGA bersama Ustaz Khairul Azhan Ahmat

🔴 [LIVE] KEBERKATAN DALAM HIDUP BERKELUARGA bersama Ustaz Khairul Azhan AhmatRancangan : Tanya Ustaz ZakatTajuk : Keberkatan Dalam Hidup Berkeluarga"Nyatakan soalan anda di ruangan komen"SHARE. LIKE. KOMEN #LZS #tanyaustazzakat #lembagazakatselangor

Posted by Lembaga Zakat Selangor on Sunday, 20 October 2019

Untuk kemaskini dan info terkini, korang boleh juga bertandang ke:

Facebook LZS: Zakat Selangor

Pandangan Abam, kempen ini sangat bagus untuk memberi kesedaran berzakat kepada masyarakat Islam di Selangor. Idea di sebalik kempen ini juga sangat bagus kerana ia merupakan serampang 2 mata.

Pertama ia adalah satu bentuk dakwah kepada masyarakat Islam tentang kewajipan berzakat yang merupakan salah satu rukun Islam. Kedua, kutipan zakat akan bertambah kerana ketua keluarga memainkan peranan utama dalam menentukan pembayaran zakat untuk setiap ahli keluarga dan tanggungannya.

Moga kempen ini dapat memberikan impak besar kepada semua dan seterusnya akan lebih menguntungkan semua pihak baik di dunia maupun di akhirat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here