Hari ni bermulalah peperiksaan percubaan UPSR Iffah. Harap dia diberi kelapangan dan ilham dalam menjawab soalan. Ni gambar yang cikgu dia tolong snapkan masa jawab BM kertas 1 pagi tadi.
Ya ini hanya percubaan. Tapi ia bukannya tak penting. Keputusan Peperiksaan Percubaan ini akan masuk rekod dalam sistem bagi kegunaan untuk permohonan sekolah menengah nanti. Jadi tak boleh main-main jugak Peperiksaan Percubaan ni..
Tadi dah ada rakan-rakan terdekat turut mendoakan kejayaan Iffah. Terima kasih buddies. Manalah tau dengan asbab doa kalian, Allah permudahkan..
Apa-apa pun ibubapa juga boleh turut sama berjuang untuk anak. Iaitu dengan cara doa dan zikir moga Allah permudahkan urusan anak-anak dalam dewan peperiksaan.
Ni Abam kongsi doa yang dikongsi dalam group whatsapp. Ia adalah rentetan perkongsian Ustazah Nurhafizah Musa, di satu program di Tanjung Karang tempohari. Ia merupakan zikir dengan kekuatan Asmaul Husna.
Dalam Al-Quran surah Al A’ Raf.. ayat 180 ada memperkatakan tentang Asamul Husna ini. Buka dan carilah apa Allah kata tentang Asmaul Husna:
“Hanya milik Allah Asma’-ul Husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asma’-ul Husna itu, dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.”(QS. al-A’raaf: 180)
Zikir Ibubapa sewaktu anak sedang dalam dewan peperiksaan:
Bacalah zikir ini sepanjang anak sedang menjalani peperiksaan..
Allahumma
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid (40 kali)
Bicara hati
Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik
Allahumma –
Ya zohir (40 kali)
Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda ankku kerana Kau Maha Menampakkan
Allahumma
Ya Fatah (40 kali)
Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul
Allahumma
Ya Baari’ (40x)
Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu untuk Kau uruskan sebaik-baiknya sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya untuk menjawab dengan pimpinanmu
Ya Hadi.
Aku yaqin hanya kuasaMu sahaja Ya Allah.. aku tiada daya..
Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam zikirlah sepanjang anak exam tersebut. Bayangkan anak-anak sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak-anak dalam keadaan berwuduk masa nak pergi sekolah. Kalau wudhuk batal takpe..
Ingat tu..mak ayah kena istighfar sepanjang exam ini juga ya..
Mudah2an perkongisan ini dirahmati Allah.
Boleh juga amalkan amalan untuk ibubapa semasa anak dalam dewan peperiksaan oleh Ustaz Don yang pernah saya kongsikan ini.
[…] ada seorang bapa yang kongsikan zikir dan doa yang boleh ibubapa amalkan sewaktu anak-anak sedang berjuang dalam dewan peperiksaan. Korang bolehlah amalkan. InyaAllah berkat keagungan ayat-ayat Al-Quran dan nama Allah (Asmaul […]