Home Dari Kacamatahati Berita Terkini MH370 Yang Semakin Mengelirukan

Berita Terkini MH370 Yang Semakin Mengelirukan

2
Berita Terkini MH370 Yang Semakin Mengelirukan
bersama pesawat yang digunakan untuk latihan penerbangan
gambar juruterbang kacak
bersama pesawat yang digunakan untuk latihan penerbangan

Pesawat MH370 masih misteri kehilangannya. Plot ceritanya semakin kompleks dengan adanya andaian dan teori-teori oleh “pakar-pakar” yang membuatkan keadaan semakin rumit. Terus terang aku cakap, aku dah malas nak percaya dengan segala berita yang kononnya terkini tentang MH370 daripada media sosial dan khidmat pesanan ringkas. Aku yang memang mencari berita tentang itu semakin keliru dengan limpahan berita-berita tersebut. Sukar untuk membezakan yang mana berita benar terkini dan yang mana rekaan tentang MH370 yang malang.

Aku juga sedih apabila terbaca komen-komen yang tidak bertanggungjawab daripada pengamal-pengamal media sosial yang tidak sensitif langsung tentang kesedihan yang sedang dialami oleh keluarga penumpang pesawat itu. Lebih menyedihkan apabila mengetahui ada rakan-rakan blogger yang mengambil kesempatan menulis dan menyebarkan berita yang kononnya terkini tentang pesawat itu tetapi sebenarnya belum disahkan kesahihannya. Tolonglah rakan blogger sekalian. Selidik dulu. Dalam keadaan sekarang, dengarlah daripada sumber yang boleh dipercayai. Jangan kerana kejarkan trafik blog, berita terkini yang tidak benar tentang pesawat itu disebarkan. Semakin keliru keadaan jadinya.

Apabila menyebut tentang Kapten Zahari yang sangat berpengalaman sebagai juruterbang dan telah menerbangkan pesawat berpuluh ribu jam sepanjang karier beliau, aku akan terus terkenang sewaktu aku melawat Malaysian Flying Academy di Melaka sedikit waktu dahulu.

Di sana aku didedahkan secara dekat bagaimana seorang juruterbang dilahirkan. Proses untuk mendapat lesen sebagai juruterbang bukan semudah yang disangkakan. Selain daripada ilmu Matematik dan Fizik yang terpaksa ditekankan, latihan fizikal dan praktikal juga perlu dijalani oleh kadet juruterbang.

Antara latihan praktikal yang amat mengujakan aku ialah sesi penerbangan simulasi. Terdapat satu bangunan khas untuk aktiviti praktikal simulator ini. Apa yang menariknya tentang simulator ini, ia diprogramkan dengan komputer dengan memberikan pemandangan yang seperti betul-betul di luar. Memang terasa seperti kita sedang memandu pesawat betul ketika duduk di kerusi juruterbang. Rasa pening seolah-olah pesawat betul-betul berpusing dan meluncur laju.

pesawat simulator
sedang menerbangkan pesawat simulator

Aku sempat mencuba sebagai pemandu simulator dengan lokasi program sekitar bandar Melaka. Memang ianya seperti betul. Pemandangan diluar tingkap pesawat yang seperti sebenar.

Sambil ditemani oleh seorang lagi juruterbang berpengalaman di sebelah, aku ditugaskan menerbangkan pesawat tersebut ke sekitar Bandaraya Melaka. Di suatu ketika aku diarah menuju betul-betul di atas Stadium Bolasepak Melaka. Gerun juga apabila terasa seperti pesawat tersebut akan melanggar Stadium.

Lebih kurang 10 – 15 minit aku berada di atas pesawat simulator tersebut sebelum aku diarahkan untuk mendarat pesawat tersebut. Memang terasa ianya seperti menerbangkan pesawat yang sebenar.

gambar pilot muda
tahniah… pesawat berjaya didaratkan

Menurut kadet juruterbang di situ, mereka memerlukan lama masa yang tertentu sebagai syarat untuk mendapat lesen juruterbang. Adakalanya mereka terpaksa menerbangkan pesawat simulator tersebut selama 5 jam sehari tanpa henti. Ini untuk membiasakan mereka dengan situasi sebenar yang memerlukan penerbangan masa yang lama untuk ke lokasi yang agak jauh.

gambar pliot hensem
bersama kadet juruterbang. Bukan aku yang rendah mereka yang tinggi. Hehehe

Agak sedikit menghairankan apabila pesawat MAS MH370 yang dipandu oleh seorang juruterbang yang sangat berpengalaman dan disegani rakan sejawatan, tiba-tiba ghaib begitu sahaja.

Apa-apa pun teori yang dibuat, marilah kita sama-sama berdoa agar pesawat itu dapat dikesan dan dijumpai kembali. Amat pilu apabila mengenangkan keluarga penumpang pesawat itu yang turut hilang bersama saban hari dirundung kesedihan. Moga pencarion selepas ini terhasil dengan segera. Ameen, ya Rabb.

Kepada pemerhati yang lain, doakan lah mereka. Bukannya menyulitkan lagi keadaaan dengan sebaran berita yang kononnya terkini tentang MH370. Jadilah orang yang lebih prihatin kepada nasib sesama insan.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge