gambar pesawat terbang malaysia flying academy

Juruterbang Wanita Di Malaysian Flying Academy

Apabila anakku Iqbal menyatakan bahawa cita-citanya ingin menjadi seorang juruterbang ataupun pilot, aku mula mencari info tentang kerjaya tersebut. Antara tanda tanya yang bermain di fikiran ialah di mana dia harus belajar. Ada ke kolej khas untuk melahirkan juruterbang kat Malaysia ni. Apakah syarat-syarat untuk belajar menjadi juruterbang. Syarat dari segi pendidikan, syarat dari segi fizikal dan sebagainya. Berapa kos untuk belajar untuk mendapat lesen juruterbang. Semuanya aku inginkan jawapan.

Bagai si mengantuk disorongkan bantal, aku terus bersetuju apabila ditawarkan tugasan untuk membuat liputan ke Malaysian Flying Academy (MFA)yang terletak di Lapangan Terbang Batu Berendam Melaka.

Rupa-rupanya sudah lama MFA ini ditubuhkan. Ia mula ditubuhkan pada tahun 1983 dan sejak itu ia menjadi institusi utama dalam mengeluarkan juruterbang-juruterbang muda yang berkebolehan dan berkelayakan sebagai seorang juruterbang yang cekap. MFA adalah akademi utama yang mengeluarkan juruterbang berlesen di Malaysia. Selain daripada MFA terdapat 2 lagi akademi penerbangan di Malaysia. Masing-masing terletak di Kota Baharu dan Langkawi.

gambar bilik mesyuarat

Blogger dan wartawan diberi taklimat oleh Pengetua MFA

Walaupun juruterbang wanita mula menerbangkan pesawat pada 40 tahun yang lalu, juruterbang wanita masih lagi tidak ramai jumlahnya di dunia. Daripada 130,000 orang juruterbang di dunia, hanya 4,000 orang adalah juruterbang wanita.

Angka tersebutlah yang mahu diubah oelh MFA. Ia mahu menempa kejayaan dalam melahirkan lebih ramai juruterbang wanita.

Inilah masanya untuk gadis-gadis remaja menyedari bahawa tanggungjawab menerbangkan pesawat tidak bergantung kepada jantina malah mereka juga boleh mencapai apa yang mereka cita-citakan,

Ramai gadis tidak sedar bahawa menjadi seorang juruterbang wanita adalah satu pilihan pekerjaan buat mereka dan kita (MFA) mahu mengubah persepsi tersebut dan menolong mereka dalam menceburi banyak peluang pekerjaan di dalam industri ini,

ujar Pengetua MFA, Kapten Stephen Michael Terry.

gambar pengetua Malaysia Flying Academy

Kapten Stephen Michael Terry

Dalam 3 dekad yang lepas, MFA telah berjaya melatih dan terus melatih juruterbang-juruterbang untuk syarikat penerbangan utama seperti Malaysia Airlines, singapore Airlines, AirAsia, Silk Air, Jetstar Airways dan Air Mauritius serta Rejimen Udara daripada Polis DiRaja Malaysia.

gambar pelajar malaysia flying academy

bakal-bakal juruterbang

Alumni juruterbang MFA datang daripada pelusuk dunia seperti daripada Australia, Porugal, Perancis, Hungary, Maldives, Mauritius, Myanmar, Iraq, Iran, Libya, Emirates Arab Bersatu, India, Indonesia, Sri Lanka, Taiwan, Thailang, Hong Kong, Finland, japan, Oman, Yemen, singapore dan negara Malaysia sendiri.

Sehingga kini seramai 47 juruterbang wanita telah menamatkan latihan daripada MFA. 3 orang lagi bakal menamatkan latihan pada bulan Mac 2014 yang akan menambahkan angka bilangan kepada 50 orang juruterbang wanita.

gambar pilot wanita

3 bakal juruterbang yang bakal menamatkan pembelajaran pada bulan Mac 2014. (dari kiri) Sima Ghanouni Moghaddam, Lim Ju lian dan Nuzhat Tabassum Islam

3 orang bakal juruterbang bertauliah ini ialah Lim Ju Lian, Nuzhat Tabassum Islam, dan Sima Ghanouni Moghaddam.

Lim Ju Lian, berasal daripada Kuala Lumpur berpendapat bahawa menrbangkan pesawat memberikan beliau suatu kepuasan dalam diri. Beliau yang berusia 24 tahun adalah pemegang ijazah dalam Grapic Design mahu membina keberanian dan kekuatan dalam diri dan beliau menemuinya di dalam kerjaya ini yang mencabar dan penuh persaingan.

Nuzhat Tabassum Islam, 20 tahun, gadis yang berasal daripada Bangladesh telah bercita-cita menjadi seorang juruterbang semenjak di bangku persekolahan lagi. Beliau mula meminati kerjaya ini apabila sering mendengar cerita tentang juruterbang yang begitu mengujakan daripada guru sekolah menengahnya yang berpengalaman menjadi juruterbang tentera.

Seorang lagi bakal menjadi juruterbang wanita dalam masa terdekat ialah Kadet Sima Ghanouni Moghaddam. beliau yang berasal daripada Tehran adalah pemegang Diploma Sains dan pemegang ijazah dalam bidang biology dan bahasa Jerman. Gadis berusia 31 tahun ini sebelum ini berkerja sebagai Pegawai Jualan di sebuah syarikat pengeluar kenderaan eletrik, tetapi cita-citanya yang selalu ingin terbang di awan biru membuatkan beliau menjejakkan kaki di MFA ini.

Jadi kepada gadis di luar sana yang sukakan cabaran dan mempunyai keberanian, kerjaya anda mungkin di sini. Untuk memasuki MFA ada kelayakan akademi minima yang diperlukan. Calon juruterbang mestilah belajar di dalam aliran sains dan mendapat 5 kredit dalam 3 mata pelajaran pilihan iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Fizik.

gambar pesawat terbang malaysia flying academy

Salah sebuah pesawat yang digunakan dalam latihan

Satu lagi perkara yang harus dirancang dengan rapi untuk memasuki MFA ini ialah tentang kos pendidikan. Kos pembelajaran untuk menjadi seorang juruterbang yang bertauliah ialah sebanyak lebih kurang RM270 ribu untuk sesi selama 18 bulan. Ini termasuk semua perkara seperti penginapan hostel yang berhawa dingin, makanan dan bantuan pembelajaran. Kos menjadi agak tinggi adalah disebabkan kos minyak pesawat yang berkualiti tinggi dengan berharga tinggi.

Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi:

Ms. Chua Airin
Malaysia Flying Academy Sdn Bhd
Email: enquiries@mfa.edu.my
Tel: 06-3174026

Anda bioleh juga melawat laman web MFA di www.mfa.edu.my ataupun boleh ke page Facebook MFA: https://www.facebook.com/malaysianflyingacademy untuk info lanjut.

114 comments

    • sohoque 5 February, 2014 at 09:24 Reply

      hahaha.. bro nak ambik lesen lps.. tp bro nak keje susah sikit sbb mas, airasia, malindo tak nak pilot umur lebih 30 thn. kalau aku ok la sbb muda lagi

  1. shorty 7 June, 2014 at 11:53 Reply

    nak tanya..kalau aliran sastera still bole apply course ni tak? sye umur 18 thun plus..syarat ketinggian minimum brape ye?

    • sohoque 7 June, 2014 at 14:14 Reply

      aliran sastera rasanya tak boleh dik.. sbbnya kat sini nnti akan belajar Fizik. jika adik nak tahu dgn lbh lanjut adik boleh la menghubungi nombor telefon yang tertera dalam entri tu

      • Aina 10 June, 2014 at 12:09 Reply

        saya 17 tahun, dlm aliran perakaunan.. Tp saya juga ada subject add science, add math & science biasa.. agak2 dua subjek science tu membantu x utk saya masuk MFA?

  2. Aina Fatini 9 June, 2014 at 23:49 Reply

    umur saya skarang 17 tahun.. cita2 nk jadi pilot mmg ada sjk azali lagi.. Tp, saya skarang ni dlm aliran perakaunan, tp ada subjek add science dan add math.. try mintak aliran sains, Tp skolah kejam sgt x bagi tukar.. agak2 dgn subjek add science tu membantu x?

  3. Aina 10 June, 2014 at 10:23 Reply

    saya skarang ni 17 tahun. cita2 nk jadi pilot tu mmg wujud sjk azali lagi.. Tapi, saya dlm aliran perakaunan.. Plus, saya juga ada subjek add science & science biasa.. mintak tukar ke aliran sains ekstrem, skolah kejam Sgt x bagi tukar.. so agak2, dua subjek science biasa & add science tu membantu x?

  4. Aina 10 June, 2014 at 10:38 Reply

    saya 17 tahun, aliran perakaunan.. Tp saya juga ada subjek add science, add math, science biasa.. agak2 subjek add science dan science tu membantu x untuk saya masuk MFA?

  5. Sya 10 June, 2014 at 11:07 Reply

    saya 17 tahun, dlm aliran perakaunan.. Tp saya juga ada subjek add science, add math, science biasa.. agak2 subjek add science dan science tu membantu x untuk saya masuk MFA?

  6. Jaiho 28 June, 2014 at 19:49 Reply

    Nak tanya, berapa lama ambil masa utk belajar jadi pilot ni ? Dan syarikat apa yg tawarkn pilot wanita ?

  7. Atiqah 26 July, 2014 at 01:20 Reply

    Kalau aliran sastera, boleh tak apply jadi pilot? Saya 17 baru nak ambik spm tahun ni. Sbb saya tak ambik add math & sains tulen. Saya cuma ada sains je, boleh ke?

    • sohoque 31 October, 2014 at 14:51 Reply

      kalau bukan aliran sains susah dik. sbb nanti kat akademi tu diorang akan kena belajar subjek sains. kalau tak de basic susah. buat elok2 ya. saya doakan adik berjaya masuk ke aliran sains

  8. Precilla 29 December, 2014 at 22:01 Reply

    Saya skrg berumur 15, next year baru nak masuk form 4 dan sya dpd masuk kelas sains tulen. Teringin sgt nak jadi pilot tpi mslahnya sy ni pki cermin mata.. mcm mna ni? 🙁

  9. Hazieq 5 January, 2015 at 03:09 Reply

    Asalaimualaikum abg nak tanya , saya minat nak jadi pilot , kalau lepas SPM bulan 3 nantii keluar, pastu nak apply MFA kan ? Apa syarat kelayakan dia ? Ada tak biasiswa untuk jadi Pilot atau kita mtak dgn MAS suruh dia tanggung dan nanti kerja dgn MAS ? Sekurang kurangnya berapa tahun total nak jadi pilot yg bawak kapal terbang yg ke luar negara? Memperoleh gelaran Captain ?

    • sohoque 5 January, 2015 at 10:18 Reply

      syarat kelayakan ada dinyatakan dlm post ni. tentang biasiswa adik kena cari. ada je MAS bg biasiswa dulu. tp tak tau la skrg mcmana. dgn masalah MAS yg sedang reshuffle skrg ni..

      apa2 pun adik blh hubungi no yg sy bg tu utk keterangan lanjut.

      moga adik berjaya dlm mengejar cita-cita adik sbg pilot

  10. Afiq 2 February, 2015 at 12:05 Reply

    Salam. Saya baru lepasan spm. Kalau rabun sikit boleh ke jadi pilot? Saya tahu pilot tak boleh rabun. Tapi sebab saya minat sangat. And syarat nak masuk MFA ape erkk?

    • sohoque 2 February, 2015 at 12:33 Reply

      wassalam afiq. kat dlm tu sy ada tinggalkan nombor untuk dihubungi. afiq blh telefon dia dan tanyakan apa2 sahaja tentang kerjaya pilot ni.

      moga afiq berjaya mengejar cita-cita afiq

  11. Nabilah Mustadza 9 February, 2015 at 09:59 Reply

    mcm mana kalau kat sekolah amik bidang elektik then masuk poli pun smbung elektrik ? masih ada peluang ka untuk sambung ijazah dalam bidang penerbangan nie? mohon pencerahan 😀

    • sohoque 9 February, 2015 at 11:07 Reply

      heheheh.. kalau ada ambik subjek yg dinyatakan di atas boleh jer. apa2 pun anda boleh hubungi nombor dalam post ni untuk bercakap sendiri dengan pihak MFA. terima kasih

  12. Huzairi 29 March, 2015 at 19:33 Reply

    GHari tu ada gak try mohon form application ..tpi sy baru form 4 aliran sains tulen. Bila sy ckp sy masih form 4…dia respon ‘serahkan keputusan anda kepada kami apabila anda sudah memeperoleh keputusan spm anda’… agak2 boleh ke dpt?

    • sohoque 30 March, 2015 at 15:01 Reply

      kalau keputusan mengikut syarat yang mereka mahukan mesti boleh punya. cuma adi kena fikirkan tentang kos pembelajaran pula lps tu. sbb kos nya agak tinggi juga

  13. ieyra 1 April, 2015 at 20:37 Reply

    Saya teringin nk jd pilot..tp saya skolh pondok..saya spm thn ni..spm saya pon hnya math,sains,bm,bi,sejarah..yg 4 lg agama pnya subjek la..blh ka nk jd pilot???..trtanya2 jgak la

  14. ieyra 2 April, 2015 at 00:22 Reply

    Saya tringin nk jd pilot..tp sy skolh pondok..thn ni saya ambil spm..mata pelajarn spm yg saya ambil math,sains,bm,bi,sejarah..yg 4 lg subjek agama pnya la..fizik xada..agak2 blh ka nk jd pilot???..trtanya2 jgak la..

    • sohoque 2 April, 2015 at 10:42 Reply

      rasanya jika tiada subjek sains spt syarat yg dinyatakan, agak mustahil utk masuk ke akademi tu. apa2 pun untuk kepastian adik boleh berhubung dgn pihak akademi melalui no hubungan yg terdapat dalam artikel. tq

      • kamal 19 March, 2016 at 16:10 Reply

        Huhu hahaha kau ni broo.. jgn lah takutkan dioRang

        Ni haaa pilot nak cakap..
        korang apply ja dulu tapi yang penting kena 7A ke atas untuk biasiswa..

        • sohoque 21 March, 2016 at 12:49 Reply

          hehehe.. aku tak takutkan pun bro.. aku tulis berpandukan apa yg diberi utk aku tulis sewaktu lawatan aku ke sana. dan aku pun tak tau sebetulnya apa requirement sebenar diorg. sbb tu pd komen aku aku cakap call diorg tanya yang sebetulnya…

  15. anas 15 June, 2015 at 00:46 Reply

    Bro nk tnye,sye nie ada diploma accountant,sye ada bsic sains sahaja tpi xdr fizik ngan chemistry…kalo sye nk apply bleh lepas x…

  16. Harris 15 June, 2015 at 21:29 Reply

    Slm abang,sya dari aliran sains biasa,boleh x kalau sya nk masuk mfa?n subjek apa yang perlu diambil untuk menjadi pilot?

    • sohoque 16 June, 2015 at 09:25 Reply

      jika ada belajar subjek spt yg saya bgtau dalam artikel di atas, blh la… kalau tak, cuba call no contact yg diberi. tanyakan kpd pihak akademi sendiri

  17. Azwin khadijah 21 July, 2015 at 21:19 Reply

    Macam mne nak apply untk msuk academy klu dh dpt result spm.? And lulus bi,bm,fizik,sains tu bole ke klu gred b/c?

  18. Nabieha 7 August, 2015 at 15:04 Reply

    Saya pelajar tingkatan 4 .belajar di kelas aliran akaun . Adakah saya masih berpeluang untuk menyertai MFA ? Dan apakah subjek yg saya wajib lulus ?

  19. Anonomyous 22 August, 2015 at 20:02 Reply

    Assalamualaikum..saya minat sgt bidang nih..tp saye dpt twaran bidang kjruteraan sivil..kalau saya apply boleh x?tp agak2 ade sediakan tajaan x?
    Tqq..

  20. Ainn 9 November, 2015 at 22:50 Reply

    Sy aliran sains juga. Tapi sains sukan aa. Tk ambil fizik. Just bio. Nmpknya apply jd FA jelah . Nk ckp rendah tk ckup tinggi tk juga. 167 cm je. Haha.

  21. Chanyeol Liya 12 February, 2016 at 13:03 Reply

    Assalamualaikum~ saya aliya, tahun ni baru form 4..saya tak dapat ambil aliran sains tulen gara gara result pt3 saya yang amat mengecewakan..jadi, saya dimasukkan ke aliran MPV, grafik berkomputer yang ada subjek sains biasa..agak agaknya, saya layak ke masuk dengan aliran yang saya duduki sekarang? tolong bagi respon..saya minat sangat sangat..bila berpeluang melayari internet, saya selalu cari laman yang berkaitan dengan kerjaya pilot ni..hehe

    • sohoque 15 February, 2016 at 11:25 Reply

      jika mengikut syarat yg telah ditetapkan, agar sukar sedikit peluang anda. namun sudilah kiranya cuba menghubungi no telefon pengurusan utk bertanya. mana lah tau ada peluang terhidang buat anda. moga anda berjaya dlm mengejar cita-cita

  22. Haziq 5 March, 2016 at 13:44 Reply

    Kalau sy aliran ict boleh ke? Ict tu pasal komputer.tapi kelas tu ada tambahan add math,fizik,kimia n ict.boleh ke masuk?

  23. Haziq 8 March, 2016 at 17:13 Reply

    Biology tidak diperlukan kan utk menjadi pilot? Sbb cikgu sy kata hanga memerlukan mt,bi,bm,fizik,add math,sains n kimia sy x pasti

  24. Rezz 23 May, 2016 at 20:28 Reply

    Assalamualaikum abg, nk tnya saya tingkatan 4. Cita cita saya memang nk jdi pilot. Tpi saya kelas perdagangan tak ambik addmath dgn fizik. Just ambik math dgn sains biasa. Boleh ke kalau saya nk apply?

  25. najihahothman 18 July, 2016 at 23:37 Reply

    Salam, saya aliran account tapi ada addmaths boleh ke nak apply ni. Agak agak lepas tak? Sebab dlm addmaths pun ada fizik.

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: