More

    Cara Terbaik Menjadi Blogger Berkesan

    Setiap blogger terutama blogger yang baru sering tertanya-tanya, bagaimanakah cara terbaik menjadi blogger berkesan.

    Ada beberapa tips yang dikongsikan oleh salah seorang panelis forum sewaktu di MITBCA 2013 baru-baru ini. Beliau adalah Kiruba Shankar Sivaraman, CEO – Business Blogging dari India. Dia juga adalah penulis buku dan majalah.

    profail kiruba shankar
    Profail Kiruba Shankar

    Antara tips beliau kepada bloggers tentang apakah cara terbaik menjadi blogger berkesan ialah:

    1. Free Write.

    Tulislah secara bebas. Tulis sahaja apa yang terlintas di kepala kita. Cara begini katanya lebih jujur kepada pembaca dan lebih menjimatkan masa kerana kita tidak terikat dengan had-had penulisan tertentu.

    Secara praktikalnya, beliau telah memberikan sekeping kertas dan mengarahkan audience menulis tentang bagaimana cara menjadi blogger berkesan. Masa yang diberikan ialah selama 5 minit. Peserta diarahkan menulis apa sahaja yang terlintas di fikiran tentang tajuk yang diberi.

    Buktinya, secara purata peserta dapat menyiapkan penulisan sebanyak 200 – 300 patah perkataan dalam masa yang diberikan. Dan jumlah patah perkataan itu sudah memadai untuk menulis satu entri di blog. Dan ianya menepati teknik SEO agar keyword yang dimasukkan tidak menjadi terlalu padat.

     

    2.   Be a producer and not a consumer.

    Seeloknya penulisan kita adalah original. Lahir daripada dalam diri kita sendiri. Jangan sesekali membuat “cut and paste” daripada penulisan orang lain.

    Penulisan kita sebolehnya biarlah “fresh”. Idea kita adalah datang terus dari kita tanpa merujuk mana-mana penulisan lain di blog orang lain.

    Waktu yang paling baik untuk menghasilkan penulisan yang “fresh” adalah di awal pagi sejurus selepas bangun dari tidur.

    Ramai bloggers yang silap katanya. Ramai bloggers yang apabila bangkit dari tidur mereka mulakan dengan membaca dan membalas emel, membaca dan meng”update” status Facebook dan membaca dan menulis tweet di Twitter.

     

    3. Ambil (Snap) gambar (foto) dan video dan terus terbitkan di blog.

    Letakkan tajuk yang sesuai mengikut kata kunci (keyword) yang diingini.

    Foto dan video adalah media yang paling original kerana mereka dapat menceritakan sendiri tentang apa-apa tentangnya yang kadang-kadang kita sendiri tidak dapat cerita.

     

    4. Muat naik foto yang tidak terlalu besar saiz failnya.

    Foto yang failnya bersaiz besar akan menyebabkan blog menjadi perlahan apabila pembaca memuat naik pagenya.

    Blog yang perlahan untuk dimuat naik akan menyebabkan pembaca pergi kerana tidak mahu menunggu. Menurut beliau, blog yang mengambil masa lebih daripada 7 saat untuk dimuat naik sudah dikira lambat.

    Jadi pastikan blog kita dapat dimuat naik sebelum 7 saat. Kecilkan saiz foto dan kurangkan plugin yang tidak perlu yang menyebabkan kelambatan muat naik tersebut.

     

    5. Blog masih dan amat relevan untuk menyampaikan cerita, maklumat ataupun mesej kepada pembaca.

    Berbanding dengan page di Facebook, blog amat relevan untuk pembaca mencari maklumat. Ini adalah kerana blog akan di”index” oleh Google dan Bing manakala page tidak di”index”.

    Ini bermakna jika seseorang ingin mengetahui tentang sesuatu perkara dan mereka mencarinya di internet dengan menggunakan kata kunci yang tertentu, Google dan Bing akan membawa kepada entri anda yang diterbitkan di blog.

    Itulah cara terbaik menjadi blogger berkesan yang dikongsikan oleh Kiruba Shankar, blogger daripada India ini. Moga kita mendapat sesuatu daripada perkongsian tersebut.

    Wallahua’lam.

    Latest articles

    Related articles

    45 Comments

      • balik kerja di waktu senja
        balik kerja tergesa gesa
        terima kasih ummi sudi bertanya
        tp sayang tak faham soalannya

        dua tiga empat lima
        apa nak tanya sebenarnya?
        huhuhu

        • Salam Jumaat 🙂

          Maksud Ummi…

          Duduk bersantun bersama puteri,
          Entahkan bangsawan entahkan perasan;
          Blog berpantun dengan tema tersendiri,
          Entah menawan entahkan berkesan.

          Cara Ummi nak elaborate sesuatu tajuk dengan dalam bentuk pantun, adakah berkesan dalam penyampaian…ok kaa 😀
          UmmiKami recently posted..Pantun Terlebih…My Profile

          • makan kuini sambil berpiknik
            di bawah mentari tinggi segalah
            blog pantun ummi memang unik
            tp nak jawab pantun yg jadi masalah

            blog ummi mmg unik
            tp bila org nak komen dengan berpantun jugak, itu yg jd masalah. tidak semua org pantas berpantun. huhuhu

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge