More

    Doa Selepas Solat Fardhu Rumi Dan Arab

    Antara waktu yang mustajab doa ataupun waktu yang doa mudah untuk diperkenankan Allah adalah doa selepas solat fardhu. Ada beberapa waktu lagi yang sangat disarankan supaya ummat Islam memperbanyakkan doa. Bilakah waktu tersebut? Ikuti kupasan ini sehingga akhir untuk perincian lanjut tentang doa terutama doa selepas solat fardhu rumi dan juga dalam bahasa Arab.

    Maksud Doa

    Dari sudut bahasa:

    Perkataan doa berasal dan dipetik dari perkataan Bahasa Arab. Pengertian Doa dari sudut bahasa membawa erti  ‘seruan’, panggilan, ajakan atau permintaan.

    Dari sudut istilah syarak:

    Manakala dari segi syara’ pula, ia bermaksud ‘memohon kepada Allah SWT dengan meminta kebaikan dari sisiNya dengan penuh ketulusan hati dan penuh pengharapan. 

    Pengertian ini ada disebut oleh Allah dalam di dalam al-Quran dengan beberapa ayat. Antaranya adalah firman Allah:

    Maksudnya “ Berdoalah kepadaku, nescara akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”

    (Ghafir: ayat 60)

    Adab-adab Berdoa

    Banyak adab-adab dalam berdoa. Mungkin boleh dibincangkan di masa mendatang. Secara ringkasnya adab-adab berdoa boleh diringkaskan seperti berikut:

    1. Niat melakukannya Ikhlas kerana Allah taala
    2. Mengangkat kedua belah tangan
    3. Memuji Allah
    4. Berselawat
    5. Rendahkan suara ketika berdoa
    6. Menghadap kiblat (jika bukan imam solat)
    7. Memilih waktu mustajab doa

    Waktu Mustajab Doa

    Ada beberapa waktu yang disarankan oleh Islam untuk ummatnya banyakkan berdoa. Berikut adalah waktu-waktu mustajab doa yang dimaksudkan:

    Antara azan dan Iqamat
    Berdoalah pada waktu solat terawal ini. InsyaAllah Allah akan kabulkan.


    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Doa di antara azan dan iqamat tidak tertolak.”(Hadis Riwayat At Tirmidzi dan Abu Daud).

    Hari Jumaat

    Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Allah bagi keistimewaan kepada Hari Jumaat.

    Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik hari di mana matahari terbit adalah hari Jumaat. Jadi banyakkanlah berdoa pada hari Jumaat.

    Dalam hal ini, terdapat beberapa perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai waktu mustajab doa yang dimaksudkan:

    Ada pendapat ulama’ yang mengatakan ia bermula pada awal pagi Jumaat hingga terbit matahari. Ada juga mengatakan, ketika khatib duduk di antara dua khutbah.

    Daripada semua pendapat tersebut, pendapat ini disepakati sebagai yang paling kuat iaitu pendapat yang mengatakan waktu sesudah solat Asar hingga Maghrib.

    Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya dalam hari Jumaat ada waktu mustajab apabila pada waktu itu seorang Muslim berdoa kepada Allah pasti dimakbulkan doanya. Waktu yang dimaksudkan itu ialah sesudah solat Asar.” (Riwayat Ahmad)

    Ketika bersahur dan berbuka

    Bangun untuk bersahur amat digalakkan kepada ummat Islam yang bakal melaksanakan ibadat puasa keesokan harinya, baik puasa wajib ataupun puasa sunat.

    Baca: Niat Puasa Ganti

    Ini adalah kerana dengan bersahur ini Allah bagi banyaknya keberkatan. Ini termasuklah dimakbulkan doa.

    Begitu juga dengan waktu berbuka. Rebutlah peluang untuk berdoa diambang waktu berbuka puasa. Hentikan segala aktiviti lain 5-10 sebelum azan Maghrib untuk fokuskan kepada doa kita.


    Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : “Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)
     

    Malam Lailatul Qadar

    Ini semua orang tahu. Malam yang penuh keberkatan. Malam yang menyamai dengan pahala beribadat selama 1000 bulan.

    Rebutlah peluang yang datang hanya sekali setahun ni. Carilah dan berdoa bersungguh. InsyaAllah Allah kabulkan permintaan kita.


    Kita tahu malam Lailatul Qadar ini ada dalam salah satu malam dalam bulan Ramadhan. Tapi kita tak tahu malam yang mana satu. Untuk ini, ada satu hadith yang boleh dipakai untuk kecilkan lagi skop pencarian Lailatul Qadar kita:

    Rasulullah SAW bersungguh-sungguh mencari malam Lailatulqadar iaitu pada sepuluh hari terakhir Ramadan. Rasulullah menegaskan: “Sesiapa yang melakukan ibadat pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan keikhlasan hati, maka diampuni dosa-dosanya yang lalu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Di Sepertiga Terakhir Malam

    Bangunlah bertahajjud. Mengadulah nasib kita kepada Allah di kala insan lain sedang enak diulit mimpi. Panjatkanlah doa dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas kepada Allah. InsyaAllah, Allah akan kabulkan. Ini janji Allah:

    Dari Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah SAW bersabda, “Di malam hari terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim memanjatkan doa pada Allah berkaitan dengan dunia dan akhiratnya bertepatan dengan waktu tersebut melainkan Allah akan memberikan apa yang ia minta. Hal ini berlaku setiap malamnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

    Ketika Hujan

    Rasulullah SAW bersabda “Doa tidak tertolak pada dua waktu, iaitu ketika azan berkumandang dan ketika hujan turun.” (Hadis Riwayat Al Hakim)

    Hari Arafah ketika musim haji

    Hari Arafah merupakan saat di mana ummat Islam dari serata dunia berkumpul di Padang Arafah. Mereka berkumpul untuk mendekatkan diri dengan Allah dalam pelaksanaan ibadah haji.

    Rasulullah SAW telah memuliakan hari Arafah dengan perkataan: “Tidak ada sehari pun yang lebih istimewa di sisi Allah daripada hari Arafah.”

    Pada Hari Arafah, Allah turun ke langit bumi mempertontonkan kemuliaan kaum Muslimin kepada para malaikat seraya berkata:

    “Wahai para malaikat, lihatlah hamba-hamba-Ku. Mereka datang kepada-Ku dengan penuh usaha dari pelbagai penjuru dunia, mengharapkan keredhaan-Ku dan perlindungan daripada seksa-Ku.

    “Tidak ada satu hari pun di mana Allah membebaskan hamba-hamba-Nya daripada neraka selain hari Arafah.” (Diriwayatkan oleh Abu Ya’la, Bazzar, dan Ibnu Khuzaimah)

    Doa selepas solat fardhu

    Kelebihan Doa selepas solat fardhu dan dalil hadith dan AlQuran

    Setiap yang disuruh oleh Allah samada secara terus di dalam Al-Quran maupun melalui nabiNya, pasti ada hikmah dan kebaikan disebaliknya. Hkmah ini ada yang tercapai dek pemikiran kita lalu kita nampak kebaikannya.

    Ada hikmah yang kita tidak nampak dan tidak terfikir oleh akal fikiran kita yang terhad. Namun bagi kita yang muslim ini, kita yakin semuanya di bawah kekuasaan Allah yang maha Bijaksana. Semuanya adalah qada’ dan qadar yang telah direncanakan Allah. Dari sini datanglah redha dan pasrah.

    Begitu juga halnya dengan doa terutama doa selepas solat fardhu ini. Ia ada kelebihannya yang tersendiri.

    Ada beberapa hadith yang menyebut tentang perihal doa. Antara:

    Abu Umamah berkata bahawa Rasulullah pernah ditanya tentang apakah doa yang paling didengari Allah. Rasulullah SAW menjawab:

    “(Doa yang paling didengari ialah) ketika satu pertiga malam yang terakhir dan ketika selesai solat fardu.”

    (HR al-Tirmizi)

    Terdapat juga hadis iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, mafhumnya:

    ” Jika salah seorang dari kalian selesai menunaikan solat maka mulakanlah (doa selepas solat ) dengan mengagungkan dan memuji Allah. Kemudian berselawat ke atas Nabi dan barulah berdoa selepas itu apa yang dia ingini.”

    Selain dari hadis di atas, terdapat juga ayat dalam Al-Quran yang menyatakan kelebihan berdoa iaitu:

    Allah swt berfirman:

    وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

    Maksudnya: Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

    (Surah Ghafir: 60)

    Ayat-ayat di atas menunjukkan kepada kita bahawa doa merupakan senjata yang sangat kuat bagi umat Islam. Kita boleh berdoa pada bila-bila masa sahaja untuk memohon perkara dari Allah SWT. Namun lebihkannya di waktu-waktu yang mustajab doa seperti yang dinyatakan di atas.

    Doa daripada hadith

    Oleh itu, berdasarkan nas-nas yang dinyatakan, dapat disimpulkan, antara doa yang kerap dibaca oleh Baginda Rasulullah SAW ialah, antaranya:

    • Menurut hadis daripada Anas R.A:

    رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

    MaksudnyaYa Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”

    • Menurut hadis daripada Anas R.A dan Ummu Salamah R.Anha:

    يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

    Maksudnya“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”

    Walaubagaimanapun, ini bukan bererti bahawa doa itu hanya terbatas kepada doa-doa tersebut, akan tetapi kita digalakkan untuk mengamalkan semua doa yang ma’thur sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran dan hadith-hadith yang sahih.

    Doa daripada AlQuran

    Di bawah adalah doa-doa yang diambil daripada AlQuran. Ada banyak lagi doa daripada AlQuran, Cuma di sini sekadar disebutkan 5 sahaja:

    رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

    1. Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, pasti kami termasuk orang-orang yang rugi. (Surah Al-A’raf: 23)

    رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ وَإِلاَّ تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُن مِّنَ الْخَاسِرِينَ

    2. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung denganMu untuk memohon kepadaMu sesuatu yang aku tidak memiliki ilmu tentangnya. Dan sekiranya Engkau tidak mengampuniku dan menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan termasuk orang-orang yang rugi. (Surah Hud: 47)

    رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِناً وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ

    3. Wahai Tuhanku, ampunilah aku dan ibu bapaku, dan orang yang memasuki rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman lelaki dan perempuan. (Surah Nuh: 28)

    رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ. رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

    4. Wahai Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepadaMu dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. (Surah Al-Baqarah: 127-128)

    رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء

    5. Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku. (Surah Ibrahim: 40)

    Contoh-contoh doa selepas solat fardhu terpilih serta maknanya (doa selepas solat fardhu rumi)

    Hsdlsa

    xSDSS

    Latest articles

    Related articles

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge