More

    Kelas Belajar Buat Blog dan Asas SEO di Kuala Terengganu, Siapa Berminat?

    Semalam ada lagi pertanyaan tentang kelas belajar buat blog di Kuala Terengganu. Dulu ada jugak yang tanya melalui emel. Tapi sebab aku tak balik ke Terengganu dalam masa yang dikehendaki dia yang bertanya tu diam sampai sekarang.

    Sebenarnya aku memang ada niat nak buat kelas tu kat sana. Tapi aku ni sejenis yang malas nak buat iklan besar-besaran ni. Kat Kl ni pun aku buat atas permintaan jer. Tak der pun aku iklankan memana. Ada la aku tulis kat blog pasal kelas tu. Tapi tu la. Aku tak bersungguh mana pun.

    Yang banyak aku dapat selain daripada mereka jumpa entri aku kat enjin carian Google, adalah bekas pelajar yang cadangkan. Diorang yang refer kawan-kawan untuk datang belajar. Banyak juga orang jumpa entri diorang tentang kelas belajar buat blog yang aku adakan hampir setiap bulan tu. Kebanyakan keyword berkenaan kelas tu dipelopori oleh bekas pelajar yang pernah datang ke kelas aku. Syukur lah..

    So kali aku rasa aku kena buat jugak kelas tu. Kesian gak orang yang bertanya. Lagipun cuti sekolah ni aku memang kena balik kampung untuk berjumpa dengan client unit trust aku kat Kuala Terengganu tu. Alang-alang boleh buat kelas terus untuk yang berminat untuk belajar buat blog dan asas SEO.

    Tempat dah ada sebenarnya. Kawan aku ada yang jadi manager kat salah satu restoran besar kat Kuala Terengganu tu. Kat atas premis tu ada satu bilik khas yang dibuat untuk meeting. Siap ada tempat pancar slide lagi. Aku dah berbincang dengan kawan aku tu pasal nak buat kelas ni.

    Dia setuju jer dengan syarat segala makan dan minum sepanjang kelas belajar asas seo dan buat blog yang biasanya diadakan seharian tu dibeli daripada premis restorannya. Aku memang tak der masalah dengan syarat tu. So kiranya tempat untuk kelas tu dah confirm dah kat Kuala Terengganu tu.

    So semalam aku sempat berbincang dengan rakan yang whatsapp bertanya soalan tentang kelas tu supaya dia cari lagi beberapa orang untuk turut sama di kelas yang bukan saja menunjukkan cara buat blog malah macamana cara menulis dengan berkesan juga akan turut diajar. Setakat ini dia bersetuju. Cuma tarikh jer aku belum confirmkan.

    kelas belajar buat blog ni akan dibuat secara santai sambil minum kopi

    Aku pun akan turut mewarwarkan kepada rakan taulan tentang hal ini kot-kot ada yang berminat nak datang kelas tu. Harap perancangan ni jadilah. Boleh la aku berbakti dan panjangkan silaturrahim dengan rakan-rakan di Kuala Terengganu pulak.

    So kalau korang ada terbaca entri ni, korang bolehlah contact aku ya.. Emel aku: sohoque@gmail.com. Nanti aku masukkan dalam list peserta. Kalau korang tahu ada rakan-rakan korang cari kelas macam ni pun bagitau diorang supaya hubungi aku segera.

    Oh ya aku tak mahu ramai. Paling ramai 5 atau 6 orang dah cukup. Kalau ramai payah aku nak tumpu sorang-sorang. So ni kira pengumuman aku la ni. Hehehe. Jom datang ke kelas belajar buat blog dan asas SEO di Kuala Terengganu…!

    Latest articles

    Related articles

    4 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge