More

    Robert Kiyosaki Rich Dad Poor Dad Kini Bankrupt Dad

    Beberapa hari yang lalu saya terbaca tentang kisah saman sebuah syarikat yang bertanggungjawab membuat promosi buku-buku karya Robert Kiyosaki iaitu The Learning Annex. Dalam penghakiman tersebut mahkamah telah memutuskan kes tersebut dimenangi oleh The Learning Annex. Dan Robert Kiyosaki melalui salah sebuah anak syarikatnya telah diarahkan untuk membayar $24 million kepada The Learning Annex dan pengasasnya Bill Zanker. Dengan itu Robert Kiyosaki telah memfailkan bankrupt kepada salah satu syarikatnya itu.

    Saya sebenarnya salah seorang peminat hasil karya Robert Kiyosaki. Gaya bahasa yang mudah dan tidak berbelit-belit, ditambah pula dengan idea-idea yang praktikal menarik minat saya untuk terus mengikuti buku-buku tulisan beliau. Tidak keterlaluan saya katakan, buku “Rich Dad, Poor Dad” karangan beliaulah yang bertanggungjawab memotivasikan saya untuk meninggalkan kerja “makan gaji” dan menceburi bidang perancangan kewangan secara fulltime.

    Jadi, setelah perkara ini terjadi apa persepsi kita kepada Robert Kiyosaki? Adakah idea-ideanya selama ini tidak boleh dipakai lagi? Kalau mengikut opinion kawan saya MrJocko, beliau telah pun meragui Robert Kiyosaki kerana perkara ini.

    Ini pandangan saya. Pernahkah anda mendengar tentang ungkapan berikut: “Ikut apa yang doktor nasihat, tapi jangan ikut apa yang doktor amalkan”. Ini kerana bukan semua doktor mengamalkan perkara-perkara yang baik sahaja.

    Saya bagi contoh, seorang doktor yang perokok. Beliau sudah semestinya akan menasihatkan pesakitnya supaya berhenti merokok kerana merokok membahayakan kesihatan. Namun beliau sendiri yang merokok apabila berada di rumah misalnya. Jadi nasihat doktor ini memang boleh dipakai. Tetapi tabiat merokok doktor tadi tak perlulah kita ikut.

    Sama kesnya dalam situasi Robert Kiyosaki ini. Beliau melalui ideanya memberi nasihat kewangan kepada pembaca. Namun mungkin disebabkan beberapa amalan yang mungkin kurang sihat dari sudut kewangan menyebabkan beliau terpaksa menerima nasib sebegini. Untuk kes ini Robert Kiyosaki membuat kesilapan untuk tidak membayar royalti kepada syarikat The Learning Annex yang bersama-sama mempromosikan buku-buku karya beliau. Sedangkan satu perjanjian pembayaran royalti telah ditandatangani sebelum itu.

    Tambahan pula beliau hanya mengisytiharkan bankrupt untuk satu syarikat itu sahaja. Perlu diingat syarikat enterprise sahaja yang mempunyai satu entiti di antara syarikat dan tuan punya syarikat. Sedangkan syarikat Sendirian Berhad mempunyai entiti berlainan antara syarikat dan pemunyanya. Untuk makluman syarikat beliau yang lain masih beroperasi.

    Untuk ini saya masih lagi meminati karya Robert Kiyosaki. Idea-ideanya amat praktikal untuk diamalkan. Pengisytiharan bankrupt hanyalah kepada syarikat beliau yang satu itu sahaja. Harta peribadi dan syarikat lain beliau tidak terlibat.

    Latest articles

    Related articles

    3 Comments

    1. Saya rasa apa yang dia praktikkan adalah apa yang beliau tuliskan dalam buku beliau, iaitu mengguna syarikat bagi menanggung segala liabiliti bukan dirinya.

      Bagi saya, ideanya tetap boleh diguna pakai. Sebab ilmu yang dikongsikan tetap ilmu yang bermanafaat. Sebagai seorang manusia memang tidak lari dari membuat silap. Bukan gitu?
      daddydee recently posted..Casio G-Shock GB-6900 Bluetooth EnableMy Profile

    Leave a Reply to Macamana nak jadi kaya dan apakah bisnes yang perlu saya ceburi Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge