More

    Ubat Selesema | Petua Tradisional Dan Ubat Moden

    Salah satu penyakit yang biasa dialami oleh manusia di seluruh dunia adalah selesema. Berjuta orang terkesan dengan virus ini saban tahun. Ia boleh menyebabkan hidung berair, hidung tersumbat, sakit kepala, batuk dan demam ringan. Ia tidak dikategorikan di bawah penyakit yang serius namun ia boleh membawa keadaan yang tidak selesa dan boleh mengganggu aktiviti harian. Sejak bertahun dahulu, manusia telah melakukan pelbagai usaha untuk mencari penawar dan ubat selesema.

    Pelbagai kajian, penelitian dan pembangunan telah dilakukan untuk mengenalpasti dan mempelajari virus-virus yang menyebabkan selesema, serta cara-cara untuk meredakan gejala yang timbul.

    Artikel ini bertujuan hanya untuk memberikan info dan pandangan mengenai berbagai jenis ubat selesema yang ada di pasaran masa kini. Kami akan cuba membicarakan beberapa kelompok utama ubat yang sering digunakan untuk mengubati selesema, termasuk ubat moden dan tradisional.

    Perlu diingat, artikel ini tidak bermaksud untuk menggantikan nasihat pakar kesihatan maupun memberi cadangan apa yang patut kalian lakukan. Jadi, jika kalian mengalami gejala selesema atau memiliki pertanyaan tentang virus berkaitan dengan selesema, kalian amat disarankan untuk meminta nasihat daripada doktor ataupun pakar perubatan yang profesional.

    Dalam artikel ini, kalian akan didedahkan dengan serba sedikit tentang apa itu selesema, apa punca selesema, cara untuk hilangkan selesema, ubat selesema yang biasa digunakan dan cara-cara merawat selesema secara tradisional.

    Apa Itu Selesema

    Selesema, dikenali juga dengan nama flu, adalah penyakit yang boleh berjangkit yang disebabkan oleh virus. Biasanya virus ini menyerang saluran pernafasan dan akan mengkibatkan gejala seperti batuk, hidung berair, sakit tekak, demam, sakit kepala, dan keletihan. Virus yang biasa menyebabkan selesema adalah virus influenza, tetapiada  juga disebabkan oleh virus-virus lain seperti Rhinovirus.

    Apa Punca Selesema

    Punca selesema adalah disebabkan oleh jangkitan virus. Virus yang biasa menyerang dan menyebabkan selesema biasanya adalah virus influenza dan rhinovirus. Virus-virus ini boleh tersebar dari orang yang telah dijangkiti melalui droplet (titisan) yang dihasilkan ketika batuk atau bersin.

    Selain itu, virus-virus ini juga boleh tersebar melalui kontak dengan permukaan yang telah tercemar oleh virus tersebut. Penyebaran selesema lebih mudah terjadi di tempat-tempat tumpuan ramai seperti sekolah, tempat kerja, atau di tempat awam.

    Faktor-faktor lain yang dapat meningkatkan risiko terkena selesema termasuklah sistem kekebalan badan individu yang lemah,  bersentuhan dengan orang yang telah dijangkiti, dan kebersihan peribadi yang tidak terjaga.

    Jadi, amat penting untuk menjaga kebersihan peribadi dan melindungi diri dengan vaksinasi untuk mencegah penyebaran dan komplikasi selesema.

    Cara Cegah dan Rawat Selesema (termasuk guna ubat selesema dari farmasi)

    Setakat ini, tiada ubat selesema yang mampu menyembuhkan penyakit secara total. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa langkah yang kalian boleh ambil untuk melegakan gejala dan mempercepatkan proses pemulihan:

    Rehat dan tidur yang cukup, ubat selesema paling mudah

    ubat selesema - rehat dan tidur

    Berehatlah. Cuba hadkan aktiviti yang berlebihan.  Rehat dan tidur yang cukup dapat membantu badan untuk pulih dan memperkuatkan sistem immune. Seeloknya tidurlah sekurang-kurangnya 7 jam.

    Minum air yang banyak

    Minum banyak air. Air suam, jus buahan, sup panas dapat membantu mengelakkan badan terhidrasi dan mencairkan lendir yang menyumbat saluran pernafasan. Cuba elakkan minuman ais jika ada batuk.

    Ambil makanan yang seimbang

    Makan makanan yang kaya nutrisi seperti buah-buahan, sayuran, dan protein membantu memperkuat sistem imun dan mempercepat pemulihan. Ambil Vitamin C juga boleh membantu mengurangkan selesema.

    Ambil Ubat Selesema di Farmasi

    Gunakan Ubat Belian Kaunter (over-the-counter)***ialah ubat-ubatan yang dijual terus kepada pengguna tanpa preskripsi dari pakar penjagaan kesihatan, berbanding dengan ubat preskripsi, yang boleh dijual hanya kepada pengguna yang mempunyai preskripsi yang sah.

    Ubat-ubat seperti antipyretics (penurun demam) dan analgesics (tahan sakit) apat membantu meredakan demam, sakit kepala, dan gejala lainnya. Ianya penting untuk mengikut arahan sukatan yang sepatutnya dan dapatkan nasihat dari pakar farmasi jika perlu.

    Ambil Lozenge

    Sifat lozenge yang berangin dapat melegakan saluran pernafasan dan membuatkan pesakit selesema selesa

    Mandi stim

    Mandi stim dapat melegakan badan daripada ketidakselesaan akibat selesema. Saluran pernafasan pun turut menjadi lancar sekaligus membuatkan badan selesa.

    Gunakan ubat pereda gejala (symptom reliever)

    Ubat Pereda Gejala selesema yang dijual dikaunter farmasi seperti decongestants (penghilang hidung tersumbat) atau Antihistamines (untuk kurangkan hingus cair dan bersin) dapat membantu meredakan gejala yang tidak selesa.

    Jaga kebersihan diri

    Cuci tangan secara teratur dengan sabun dan air mengalir. Elakkan menyentuh wajah dengan tangan yang tidak bersih, dan tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin menggunakan tisu atau bahagian lengan atas.

    Elakkan penyebaran

    Sewaktu mengalami selesema, elakkani bersentuhan ataupun berada dekat dengan orang lain untuk mencegah penyebaran virus. Tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin, dan gunakan tisu pakai buang atau tutup dengn bahagian atas siku lengan jika tidak ada tisu.

    Elakkan Berkongsi Alatan Peribadi

    Alatan peribadi seperti telefon bimbit, pen, kalkulator dan sebagainya boleh menyebabkan penyebaran virus selesema. Virus selesema yang mencemari barangan peribadi akan dapat hidup selama 24 jam. Jadi dalam masa tersebut jika berlaku sentuhan daripada pihak lain, ia boleh berpindah dan menjangkiti orang yang baru.

    Malah, bukan setakat barangan peribadi, telefon pejabat, mesin air dan tombol pintu boleh menjadi sumber utama dalam proses penyebaran penyakit. Sebab itu, basuhlah tangan dengan cara yang betul ataupun gunakan sanitizer sekerap yang boleh jika ada rakan sekerja yang selesema.

    Vaksinasi

    Mendapatkan vaksinasi influenza tahunan dapat membantu melindungi tubuh dari jenis-jenis virus influenza yang umum. Vaksinasi disarankan terutama bagi kelompok mudah dijangkiti sseperti anak-anak, warga emas, dan individu yang mempunyai kondisi penyakit tertentu.

    Petua Secara tradisional Ubat Selesema Semulajadi

    Sebenarnya orang dulu-dulu dah lama mengamalkan amalan pemakanan daripada sumber alam sebagai ubat selesema. Antara makanan dan minuman yang mereka ambil untuk mengatasi selesema secara semulajadi ialah:

    Madu – ubat selesema yang manis

    ubat selesema - madu

    Antara makanan sihat yang boleh menghlangkan selesema adalah madu. Madu juga adalah makanan sunnah di mana nabi mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Madu juga disbut di dalam AlQuran. Jadi memang tidak syak lagi, madu adalah ubat untuk banyak penyakit termasuk jangkitan selesema.

    Mengambil madu akan memberikan kesan kelegaan pada hidung, tekak, serta dada yang tersumbat dengan mukus hasil daripada jangkitan virus. Menjadikan madu sebagai ubat selesema secara semulajadi amat digalakkan kerana kesannya yang cepat dan ianya mudah untuk ditemui

    Sup Panas – ubat selesema yang lazat

    Sudah menjadi adat, jika mana-mana ahli keluarga yang sakit terutama demam selesema, emak akan menghidangkan sup panas. Tak kiralah sup ayam ke, sup daging ke atau sup kambing. Sup sayur pun boleh.

    ubat selesema - sup panas

    Ini sebenarnya bukan sekadar adat. Ia terbukti berkesan dengan ujian klinikal yang mana telag terbukti bahawa sup panas dapat membantu badan melawan jangkitan virus yang menjadi punca hidung tersumbat akibat hingus yang banyak.

    Bahan-bahan yang digunakan untuk memasak sup panas tersebut mampu untuk memperlahankan aktiviti neutrofil iaitu sejenis sel darah putih yang penting untuk sistem pertahanan dalam badan kita (sistem immunisasi).

    Kesannya, mukus yang terkumpul dan membuatkan rongga nasal tersumbat akan mencair dengan lebih pantas sekaligus melegakan hidung, mulut, tekak dan dada pesakit.

    Bawang Putih – ubat selesema yang padu

    Bawang Putih terkenal dengan bahan semulajadi dengan sifat antioksidan yang sangat kuat. Ini salah satu daripada ubat selesema yang telah diamalkan sejak zaman berzaman. Ia memnolong untuk badan melawan jangkitan virus yang menyebabkan selesema sekaligus menyembuhkannya.

    ubat selesema - bawang putih

    Cuma sedikit masalah dengan Bawang Putoh ni ialah, tidak semua orang suka tahan dengan bau dan rasa Bawang Putih ini. Ia akan lebih ketara di kalangan kanak-kanak. Untuk mengelakkan perkara ini, kalian boleh mencampurkannya ke dalam masakan seperti sup panas dan sebagainya.

    Jika kalian mampu, kalian boleh sahaja memakan Bawang Putih dengan begitu sahaja. Cuma perlu diingatkan, rasa dan bau Bawang Putih ini agak kuat yang mana ia mungkin menyebabkan tekak anda terasa mual dan menjadi punca muntah.

    Oh ya.. Kalian boleh makan Bawang Putih bersama madu. Ia boleh mengurangkan rasa Bawang Putih.

    Halia – ubat selesema dan buang angin

    Satu lagi ubat selesema amalan orang dulu-dulu adalah pengambilan Halia. Orang dulu-dulu biasanya mencampurkan halia yang ditumbuk ke dalam minuman dan makanan, khas untuk orang yang sedang sakit seperti selesema. Herba ini terkenal kerana kebolehannya menghilankan rasa sejuk di dalam badan dan mengeluarkan angin dalam badan.

    Menurut University Health News (UHN), Halia bukan sahaja berupaya melegakan selesema, malah ia turut membantu menghilangkan rasa mual atau muntah dengan bau dan aromanya yang menyamankan.

    Sekarang tidak susah lagi. Kalian boleh dapatkan halia yang telah diproses menjadi serbuk di pasaran. Campur sahaja setengah sudu the ke dalam minuman atau makanan ketika kalian bergelut dengan selesema. Malah mengamalkannya di masa sihat juga amat digalakkan untuk membuang angin di dalam badan.

    Baca juga: Halia dan Lemon Boleh Hilangkan Buncit

    Sirih – ubat selesema daripada India

    Amalan memakan Sirih agak sinonim di kalangan orang melayu di masa lalu. Adat ini dibawa daripada masyarakat India.

    Seperti Madu dan Halia, memakan Sirih ini rupanya bukan sekadar adat. Ia telah terbukti sebagai salah satu cara mengubati jangkitan selesema.

    Di dalam daun sirih, terdapat sejenis minyak yang mengandungi phenol bernama chavivol. Minyak ini boleh bertindak sebagai antiseptik. Antiseptik inilah yang membantu badan untuk melawan virus selesema.

    Selain dikunyah, Sirih juga boleh diekstrak dan disapu pada hidung dan dada agar mukus atau hingus cepat cair.

    Yogurt – ubat selesema dari susu

    ubat selesa yogurt

    Seperti yang diketahui umum, Yogurt mengandungi probiotik penting, atau ‘bakteria baik’, yang boleh membantu melawan bakteria jahat yang membawa penyakit.

    Dengan mengambil Yogurt sebagai makanan, sistem pertahanan badan akan bertambah kuat.

    Oren – ubat selesema bervitamin C

    Selalunya jika mengalami gejala selesema atau demam seperti rasa seram sejuk, kita akan mengambil vitamin C untuk melawan dan mencegahnya sepaya tidak berlarutan.

    ubat selesema - oren

    Sebenarnya kajian masih lagi dijalankan untuk membuktikan dan merumuskan bahawa vitamin C benar-benar boleh membantu mengurangkan gejala bawaan selesema. Namun tidak salah jika mencuba kerana ada banyak kes, mengambil vitamin C memang benar-benar dapat kurangkan selesema.

    Vitamin C boleh didapati di dalam buah-buahan masam seperti buah oren. Sekarang Vitamin boleh di dapati di dalam dalam bentuk tablet yang boleh larut dalam air sperti Redoxon dan lain-lain jenama seumpamanya.

    Oh ya. Usha risau dengan pengambilan banyak vitamin C kerana ia larut di dalam air. Jadi yang mana lebihan vitamin C yang tak digunakan dalam badan akan disalurkan keluar melalui pembuangan air kencing.

    Keledek

    Satu lagi sumber vitamin C yang tinggi adalah Keledek. Selain itu, keledek juga mengandungi Vitamin A. Vitamin A ini boleh membantu meningkatkan immunisasi badan. Vitamin A penting untuk mengurankan mukus yang mengalir dalam hidung dan tekak. Ini adalah garis pertahanan pertama.

    Pada masa yang sama pengambilan protein juga perlu diambil bersama vitamin A. Ianya amat penting untuk menguatkan sistem pertahanan badan.

    Teh hijau

    Seperti juga Bawang Putih, the hijau yang sangat digemari oleh orang-orang di negara Jepun dan Korea terkenal dengan antioksidanya. Ia juga terkenal sebagai makanan yang mengandungi bahan ‘Catechin’ di dalamnya.

    Catechin adalah antioksidan yang telah terbukti membantu dalam pencegahan virus, terutamanya apabila kalian sudah dijangkita virus selesema.

    Baca: Cara Legakan Pernafasan Dengan Cendawan Susu Harimau

    Jenis-jenis Ubat Selesema

    Clarinase

    Ubat selesema ini berbentuk tablet dan diformulasikan khas untuk hidung tersumbat (ada decongestant). Tidak menyebabkan mengantuk, ubat ini adalah antara yang paling popular bagi pesakit sinus.

    Chloramine

    Ubat selesema ini di dalam bentuk syrup. Ia sesuai untuk hidung yang berair sahaja (tidak tersumbat). Walaubagaimanapun ubat ini boleh menyebabkan mengantuk.

    Peace syrup

    Juga di dalam bentuk syrup, ubat selesema ini khas untuk hidung tersumbat (ada decongestants) dan ia juga boleh menyebabkan mengantuk.

    Polarax syrup

    Seperti Chloramine, syrup ini sesuai untuk hidung yang berair sahaja (tidak tersumbat) dan ubat ini juga boleh membuatkan pesakit mengantuk.

    Adezio

    Jenis syrup. Untuk hidung yang berair sahaja (tidak tersumbat) dan ia tidak menyebabkan pesakit mengantuk.

    Ezede-D

    Ubat selesema jenis syrup. Ia sesuai untuk hidung tersumbat (ada decongestants) dan tidak menyebabkan mengantuk juga.

    Carinox

    Ubat selesema berbentuk tablet untuk hidung tersumbat (ada decongestants) dan tidak menyebabkan mengantuk. Ubat ini juga antara yang popular di kalangan pesakit selesema.

    Simtec

    Berbentuk tablet, Ubat selesema ini tidak menyebabkan mengantuk. Dengan harganya berpatutan dan menjadi kegemaran di kalangan pesakit selesema.

    Telfast

    Berbentuk tablet, Ubat Selesema yang paling tidak terasa mengantuk. Ia masih baru di pasaran, keberkesanannya cepat dan tahan 24 jam. Ia boleh diambil sebelum makan

    Corifed

    Ubat selesema berbentuk tablet untuk hidung tersumbat (ada decongestants) – Sebabkan mengantuk.

    Loratadine

    Harga murah dan dihasilkan di dalam bentuk tablet. Ubat selesema ini tidak membawa kesan mengantuk.

    Itulah antara ubat selesema yang biasa terdapat di pasaran. Ia boleh di beli di kaunter-kaunter farmasi. Namun, sebelum membeli kalian dinasihatkan supaya mendapat nasihat doktor ataupun pakar kseihatan terlebih dahulu. Ini kerana bukan semua individu sesuai dengan ubat-ubat yang disebutkan di atas.

    Seperkara yang perlu diambil perhatian, ubat-ubatan yang mengandungi decongestants biasanya tidak sesuai untuk mereka yang mengidap penyakit Darah Tinggi. Ia boleh menaikkan lagi darah tinggi jika golongan tersebut mengambilnya.

    Jadi, sila dapatkan nasihat doktor ataupun pakar kesihatan telebih dahulu.

    Kesimpulan.

    Penyakit Selesema ini ialah penyakit yang sangat biasa di kalangan kita. Ada banyak jenis selesema. Ada selesema ringan dan ada yang berbahaya.

    Penyakit yang mudah berjangkit ini boleh dibendung dan dipercepatkan proses penyembuhannya dengan mengamalkan petua-petua trasional dan ubat selesema seperti di atas.

    Apa yang penting, kita perlu mendapatkan nasihat doktor dan pakar perubatan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mengambil ubat-ubatan yang banyak terdapat di pasaran. Ini adalah kerana tidak semua ubat selesema tersebut sesuai dengan badan kita terutama yang ada penyakit seperti darah tinggi dan sebagainya.

    Bukan manusia jer yang kena selesema. Binatang peliharaan pun boleh kena. Baca artikel ni juga: Selsema Kucing

    Latest articles

    Related articles

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge