More

    Al-Fatihah, Cukupkah Jika Hanya Ditaip Sahaja?

    alfatihah untuk kematian
    Gambar hiasan. Tidak berkaitan dengan yang masih hidup maupun yang telah meninggal dunia

    Kita biasa menerima status di Facebook kita apabila ada sanak saudara, kenalan ataupun sahabat-sahabat kita ada yang meninggal dunia. Kebiasannya kita akan mengesyorkan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah untuk ditujukan kepada simati.

    Kita digalakkan membaca Al-Fatihah dan menghadiahkan kepada si mati agar si mati mendapat pahala sedeqah kita tadi. Ini mungkin akan dapat meringankan bebannya di dalam kubur.

    Jika kita melihat makna Al-Fatihah itu sendiri adalah satu doa yang amat menyeluruh. Amat besar FAdhilatnya membaca surah ini. Jika tidak masakan tidak ia dinamakan Ummul Kitab (Ibu Al-Quran). Surah Al-Fatihah juga dijadikan bacaan wajib dalam solat baik solat wajib maupun solat sunat. Tanpa bacaan A-Fatihah solat tidak sah.

    Amalan ini iaitu menghebahkan kematian di dalam facebook dan menghadiahkan bacaan Surah Al-Fatihah kepada si mati saya lihat adalah satu amalan yang amat baik sekali. setidak-tidaknya ramai yang boleh membacakan Al-Fatihah kepada si mati tadi. Orang yang membacanya juga mendapat pahala, dan si mati juga mendapat pahala yang di sedeqahkan.

    Namun persoalan saya di sini, adakah tulisan/taipan al-Fatihah di Facebook itu hanya ditulis sahaja ataupun ditulis dan dibaca samada dengan bersuara maupun di dalam hati sahaja.

    Jika hanya tulisan/taipan sahaja saya rasa pahala itu tidak sampai kepada si mati. Si penulis juga tidak mendapat pahala saya rasa. Sebab tiada belaku apa-apa bacaan. Pahala baca Quran iaitu “1 huruf 10 kebaikan” pun tidak dapat.

    Jadi, untuk ingatan kepada saya dan sahabat-sahabat pembaca semua, jika menaip perkataan Al-Fatihah itu, sebaiknya berteleku sejenak sambil membaca Al-Fatihah. Harapan kita, kita berdoa semoga pahala bacaan itu akan sampai kepada si mati dan doakan juga kepada Allah, apabila kita meninggal dunia nanti agar orang ramai akan mendoakan kebaikan untuk kita juga.

    Wallahualam.

    Latest articles

    Related articles

    4 Comments

      • Apabila ada perselisihan ulamak yg berlaku kita tidak kata yg satu pihak betul dAn satu pihak lg salah. Utk yg ilmu kurang spt kita (berbanding ulamak) kita pilihlah yg mana nak ikut berdasarkan keyakinan kita. Plg tidak yg membaca tu dpt pahala baca quran. Wallahua’lam

    Leave a Reply to Zaihasrul Zainal Abidin Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge