Memang bukan takdir aku untuk bertemu dengan Allahyarham sehingga akhir hayat beliau. Beliau yang aku maksudkan ialah Allahyarham Azhar bin Ramli ataupun lebih dikenali dengan nama Je jai di kalangan rakan blogger.
Aku belum pernah bertemu secara bersemuka dengan beliau. Aku lebih banyak mengenali beliau melalui blognya teratakarmo.com dan entri-entri blogger otai yang aku selalu baca blognya. Hati ini selalu terdetik untuk mengenali beliau secara lebih dekat namun belum kesampaian. Mungkin kerana waktu itu aku baru sahaja mencuba hobi baru aku sebagai seorang blogger.
Sebagai blogger yang masih hijau di dalam dunia blogging, memang tidak banyak jemputan menghadiri event yang aku terima. Masa aku banyak aku habiskan dengan memikirkan untuk menulis entri baru. Banyak juga masa yang aku habiskan untuk mempelajari selok belok wordpress yang aku sedang gunakan untuk membuat blog.
Melalui banyak entri di blog eyriqazz, aku mendapat tahu yang beliau sedang menghidapi peyakit cancer dan sedang bertarung dengan maut yang sedang menanti. Masih aku ingat pada suatu hari aku mengalirkan air mata tatkala membaca cerita arwah di blog eyriqazz. Cerita bagaimana beliau bertarung dengan cancer secara rahsia. Tidak ramai yang tahu kecuali keluarga dan sahabat terdekat. Ia menguatkan lagi azam aku untuk berjumpa dan bersahabat dengan beliau.
Lama juga beliau merahsiakan penyakitnya sebelum diketahui oleh sahabat-sahabat. Aku tahu ramai blogger yang rapat dengan beliau seperti Denaihati, Kid dan lain-lain pergi menziarahi beliau di kediaman beliau. Tapi pada masa itu Tuan Denaihati dan Kid pun belum kenal aku. Jadi aku tak tau macamana nak menziarahi beliau.
Lagi satu arwah bukan kenal aku pun. Kalau aku pergi ziarah beliau seorang diri apa pulak kata beliau. apa pulak aku nak borak dengan beliau. Tak ke mati kutu aku nanti.
Dalam pada aku terfikir bagaimana dapat aku bersua muka dengan beliau, tiba-tiba aku dikejutkan dengan berita kematiannya. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tarikh hari ini di tahun 2013. Aku ingat tarikh ni pun sebab terbaca entri Kid tentang setahun pemergian Allahyarham ini.
Terkejut pun ada, terkesima pun ada, kecewa pun ada tika aku mendengar berita kematian beliau. Terdetik di hati aku:
“Memang aku tidak diizinkan oleh Allah untuk berjumpa dengannya. Apa hikmah disebaliknya ya..?”
Dalam pada akal yang cetek dan terhad ini cuba menyungkil rahsia dan hikmah disebalik kegagalan aku berjumpa dengannya untuk memberi secebis kata semangat buat bekalan perjuangan akhir hidupnya, hati aku berbisik:
“Tak mengapalah. Aku ziarah jenazah beliau dirumahnya pun dah ok dah…”
Tapi macamana aku nak pergi. Rumahnya pun aku tak kenal.Sehinggalah pada petang hari tersebut aku melihat status di Facebook tentang rancangan bloggers berkumpul di masjid Sultan Abdul Aziz Shah Alam untuk bersama-sama pergi menziarahi jenazahnya.
Malang sekali lagi untuk aku. Waktu itu aku membawa keluarga menyelesaikan suatu urusan yang penting yang tidak emmungkinkan aku pergi menyertai konvoi para bloggers tersebut.
Memang aku tak dapat jumpa arwah sehingga akhir hayatnya. Mengapa? Hanya Allah sahaja yang tahu. Namun disebaliknya aku amat yakin ada tersembunyi satu hikmah yang amat besar.
Jadi bersempena tarikh kematian Allahyarham Jejai jom kita sama-sama sedeqahkan Al-Fatihah kepada roh beliau. Moga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan golongan orang-orang yang bertaqwa dan di sisi ahli jannah yang lain. Aameen.
Al Fatihah… Moga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan golongan orang-orang yang bertaqwa ..
KiD recently posted..Setahun Sudah Perginya Teratakarmo.com
Aameen
Pernah berjumpa dgn beliau beberapa kali. Seorang yg soft spoken serta merendah diri.
azman recently posted..Wakaf Al Quran
begitulah yang diceritakan kepada sy oleh rakan2 terdekat beliau. moga rohnya aman di sana
Al-fatihah …
Sama lah, sis hanya dpt melihat allahyarham di sbb tahun lps.
Hannyabdullah recently posted..Menabung Untuk Masa Depan
moga rohnya tenang di sana. Ameen
Al-Fatihah buat Allahyarham… Saya nih lagi la tak sempat kenal. Baru lagi berjinak-jinak dengan blog.
Firdaus Azizi recently posted..Cara Percuma Untuk Guna Gambar Shutterstock di Facebook
sy pun kenal di alam maya jer.. arwah pun tak kenal saya
al-fatihah untuk beliau..
aku pun tak pernah borak dengan dia. Borak dalam blog aje la jawabnya..
titan recently posted..Buat duit dengan H12 Media.
Alfatihah… moga rohnya dikalangan para solehiin
walaupun tidak berapa kenal, semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Bahrain recently posted..Kisah Aku Dalam Masalah Pendengaran
Aameen