More

    Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Mulakan Penulisan Blog

    Salam.

    Seorang sahabat pernah menyatakan hasrat untuk berkecimpung secara kecil-kecilan dalam arena penulisan blog.

    Dia pernah minta khidmat nasihat dan tunjuk ajar aku macamana nak menulis blog daripada kosong.

    blogging

    Aku pun mengajak beliau untuk mengeteh untuk aku menunjuk cara membuat dan mendaftar blog. Tetapi dek kerana kesibukan masing-masing hasrat murni kami tertangguh hingga ke saat ini.

    Pernah aku menelefon beliau untuk sesi mengeteh semasa aku ada masa lapang di hari minggu beberapa minggu selepas beliau melahirkan hasrat itu. namun jawapannya:

    “Tak pe lah dulu bro. Aku rasa belum urgent lagi la. Lagipun aku tak tau nak tulis apa kat blog tu.”

    Lalu niat itu tergantung di awangan sehingga sekarang.

    Jadi, bilakah masa yang sesuai untuk mulakan penulisan blog?

    Pada pandangan aku kalau orang yang baru nak menceburi bidang penulisan blog ini, tak perlu tangguh sebenarnya. Daftar domain dan nama blog dulu. Minta nasihat orang yang dah lama dalam arena blogging tentang nama yang telah kita pilih. Ini adalah kerana nama blog yang sesuai juga akan menumbang kepada traffic ke blog kita pada masa akan datang. Ia termasuk dalam ilmu SEO.

    seo

    Satu lagi jika kita lambat mendaftar nama domain, ada kemungkinan orang lain akan guna nama domain yang telah kita pilih tersebut. Tambahan lagi jika nama domain tersebut nama yang selalu disebut-sebut.

    Tentang perkara apa yang hendak ditulis dalam blog kita, ia akan datang sendiri nanti. Tulislah apa-apa yang kita nak tulis diawal pembukaan blog kita. Cuma jangan copy paste artikel orang sudah. Aku pun dulu tulis tanpa apa-apa niche. Main tulis jer apa yang nak tulis.

    what niche

    Namun lama kelamaan artikel aku lebih terarah dan tertumpu kepada niche tertentu. Setelah membaca artikel INI, aku pun melimitkan kategori yang aku tulis kepada beberapa kategori. Menjadikan ia sebuah blog yang ada niche tersendiri.

    Blog sohoque.com sekarang menulis dan berkongsi tentang  tentang tips, petua dan doa dalam islam; tips blogging; diary financial consultant; isu semasa; peluang pekerjaan dan liverpool fc sahaja. Perkara-perkara lain hanya akan di kongsikan dalam Facebook sahaja.

    Niche-Blogging

    Kemudian kita dah boleh mula membuat blogwalking dan meninggalkan jejak di blog-blog orang lain. Ini akan membantu menarik traffic dan mengenalkan blog kita kepada masyarakat di luar sana.

    Lama-kelamaan apabila kita terjumpa niche blog kita, orang dah mula mengenali blog kita. Dan pada masa itu pastinya pengikut sudah pun bertambah ramai.

    Jadi, jawapan kepada soalan bilakah masa yang sesuai untuk mulakan penulisan blog ialah mulakannya SEKARANG! Jangan bertangguh untuk memulakan penulisan blog jika ada minat kearah itu. Kebiasaannya orang yang bertangguh akan semakin lama semakin jauh daripada niatnya. Hanya niat yang ada, perlaksanaannya entah kemana.

    Jom blogging!

     

    Latest articles

    Related articles

    15 Comments

    Leave a Reply to kozumi_ro Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge