More

    Solat Dan Terjemahannya – Applikasi Android Di Google Play

    Applikasi Solat dan Terjemahannya
    Applikasi Solat dan Terjemahannya

    Untuk sesiapa yang tidak mengetahui ataupun sudah terlupa akan makna bacaan dalam solat, kini ada applikasi android di Google Play yang memaparkan makna bacaan dalam solat iaitu Solat Dan Terjemahannya.

    Jika sebelum ini saya mengesyorkan applikasi android INI, applikasi Solat Dan Terjemahannya ini tidak kurang pentingnya.

    Antaramuka 1

     

    2

    Ia memaparkan makna-makna bacaan wajib di dalam solat. Makna perkataan demi perkataan yang diberi membuatkan pengguna lebih senang untuk mengingati makna bacaan tersebut.

    Antaramuka 3

    Antaramuka 4
    Turut memuatkan bacaan dan makna doa selepas azan

    Applikasi ini turut memaparkan 2 sujud yang biasa dilakukan di dalam solat, iaitu Sujud Sahwi dan Sujud Sajadah.

    Sujud Sahwi dilakukan apabila kita terlupa melakukan perbuatan sunat yang dituntut dalam solat seperti tahiyyat awal, bacaan qunut dan sebagainya.

    Bacaan Sujud Sahwi
    Bacaan Sujud Sahwi

    Manakala Sujud Sajadah pula dilakukan apabila terjumpa bacaan (ayat Al-Quran) yang dibaca dalam solat yang sunat dilakukan sujud selepas membacanya.

    Cara install:

    – Pergi ke Google Play di Smartphone Android anda

    – Cari applikasi Solat Dan Terjemahannya

    – Klik Install

    – Siap!!!

    Selamat mencuba applikasi Solat Dan Terjemahannya ini. Moga ianya dapat membantu anda memahami makna-makna bacaan di dalam solat dan seterusnya menjadikan solat anda lebih khusyuk dan berkualiti di hadapan Allah.

     

    Latest articles

    Related articles

    8 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge