More

    Kemenangan Berturut Turut Buat Liverpool

    Liverpool vs Sunderland
    Liverpool vs Sunderland

    Liverpool menang lagi. Kemenangan berturut turut buat Liverpool kali ini dengan menewaskan Sunderland dengan kemenangan 3-0 di Anfield.

    Kemenangan berturut turut buat Liverpool di tahun baru ini dilihat amat penting dalam menyuntik semangat anak buah Brendan Rodgers ini untuk menghadapi perlawanan getir menentang Manchester United pada hujung minggu ini.

    Liverpool bermain dengan kemas dalam perlawanan ini. Gol pendahuluan diperolehi melalui Raheem Sterling yang membuat satu tendangan lob ke arah pintu gol setelah mendapat umpanan daripada cantik daripada Suarez.

    lob yang cantik daripada Raheem Sterling
    Bola lob yang cantik daripada Raheem Sterling

    Gol kedua dan ketiga adalah hasil jaringan Luis Suarez yang bermain dengan begitu baik dalam perlawanan tersebut.

    Luis Suarez menjaringkan dua gol pada perlawanan ini
    Luis Suarez menjaringkan dua gol pada perlawanan ini

    Apa yang menarik untuk gol ketiga Liverpool selain daripada penyudah yang baik daripada Suarez ialah hantaran umpanan yang baik dan tepat daripada ketua pasukan Steven Gerrard. Ternyata kemahiran yang mengangkat Gerrard sebagai antara pemain tengah terbaik dunia masih lagi berbisa.

    Hantaran daripada Steven Gerrard masih lagi memukau
    Hantaran daripada Steven Gerrard masih lagi memukau

    Daniel Sturridge yang baru tiba di Liverpool daripada kelab Chelsea hanya menyaksikan sahaja perlawanan tersebut daripada luar padang.

    Dua gol dari Luis Suarez itu juga memberi isyarat kepada Daniel Sturridge bahawa penyerang utama bagi pasukan Liverpool adalah masih lagi Luis Suarez. Seandainya Brendan Rodgers mengamalkan posisi kegemarannya iaitu 4-2-3-1 satu penyerang mestilah direhatkan. Dan melihat kepada prestasi Luis Suarez sekarang, Daniel Sturridge lah yang akan berada di bangku simpanan. Melainkan Daniel Sturridge diletakkan di bahagian sayap.

    Dengan 2 gol tersebut Luis Suarez telah menjaringkan sebanyak 15 gol di Liga Perdana Inggeris. Pejaring kedua terbanyak selepas Robin Van Persie.

    Kepada yang belum menyaksikan gol-gol Liverpool dalam perlawanan tersebut boleh berbuat demikian dengan klip di bawah:

    http://youtu.be/AVcSMUucFrc

    Klip ini amat menghiburkan. Selain daripada memaparkan gol-gol yang cantik daripada pasukan Liverpool, pengulas sukannya juga turut mencuri tumpuan dengan komen yang begitu bersemangat!

    Latest articles

    Related articles

    2 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge