More

    Doa dan Petua Memulakan Perjalanan

    Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam Jumaat.

    Sebelum ini aku amalkan membaca doa ini sebelum aku makan ataupun minum. Terutamanya di restoren-restoren baru yang yang aku singgah. Dengan meniatkan supaya Allah menghindarkan daripada musibah seperti santau dan perbuatan khianat yang lain, doa ini dibaca 3 kali dan ditiupkan ke air ataupun makanan yang akan aku santap.

    Semalam aku terbaca di halaman salah satu group Facebook yang aku sertai bahawa doa ini juga ampuh sebagai doa dan petua sebelum memulakan perjalanan ataupun musafir. Doa ini diajarkan oleh Ustaz yang juga pengamal perubatan Islam yang disegani iaitu Ustaz Haron Din.

    Doanya ialah:

    doa jauh musibah

    Caranya ialah sebelum memulakan perjalanan ambil masa sejenak membaca doa ini sebanyak 3 kali. Jika sewaktu membaca doa ini ada gangguan yang membuatkan kita terhenti membaca seperti deringan telefon, orang memanggil dan sebagainya, diisyaratkan kepada kita supaya menangguhkan sebentar perjalanan kita.

    Tunggulah sekejap sekadar 5 minit kemudian bacakan sekali lagi doa ini tadi sebanyak 3 kali. Jika pembacaan kali ini lancar maka bolehlah kita memulakan perjalanan dengan membaca doa musafir yang biasa dibaca itu pula. Jika masih lagi ada gangguan, disarankan supaya menangguhkan terus perjalanan kerana boleh jadi ia adalah isyarat kepada kita akan adanya musibah ataupun perkara yang tidak diingini diperjalanan.

    Doa ini boleh diamalkan pada setiap waktu sebagai usaha permintaan kita kepada Allah agar dijauhkan daripada musibah maupun bencana kepada diri dan juga keluarga.

    Selamat beramal dengan doa ini.

    Latest articles

    Related articles

    14 Comments

    Leave a Reply to zufar Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge