More

    Gangguan Bekalan Air di Klang/Shah Alam

    Syabas telah memaklumkan di dalam laman sesawangnya bahawa akan terdapat gangguan bekalan air di tarikh dan kawasan seperti berikut:

    Tempoh
    14 Mar 2012 08:00 am Hingga 15 Mar 2012 08:00 pm
    *SYABAS ingin memaklumkan tempoh masa gangguan bekalan air tersebut dianggarkan selama 36 jam iaitu bermula pada jam 8.00 pagi, 14 Mac 2012 (Rabu) sehingga 8.00 malam, 15 Mac 2012 (Khamis). Senarai kawasan yang terlibat adalah seperti di Lampiran A. Sebagai persediaan, semua pengguna di kawasan tersenarai di lampiran A adalah dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan tersebut. Walau bagaimanapun, sebahagian kawasan daripada 7 wilayah terlibat khususnya kawasan rendah berkemungkinan akan terus mendapat bekalan air dalam tempoh tersebut tanpa sebarang gangguan bekalan air kerana mendapat sumber daripada loji-loji rawatan yang lain termasuk LRA SSP2, SSP3, Sungai Langat dan Sungai Semenyih serta simpanan dalam kolam-kolam air yang tersedia.  
    Sebab Gangguan
    Lain-lain  
    Keterangan
    Kerja-kerja penggantian ‘Sluice Valve’ bersaiz 800mm pam No. 7 di Rumah Pam Air Mentah (RWPH), pengantian ‘Delivery Sluice Valve’ bersaiz 1350mm pam no.7 dan ‘Suction Butterfly Valve’ bersaiz 1450mm di Rumah Pam Air Bersih (TWPH) dan serta kerja-kerja penyenggaraan ‘Feeder’ elektrikal No.1 oleh pihak pengendali Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Selangor Fasa 1 (SSP1), iaitu Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH).
    Kawasan Terlibat
    1. Seluruh Kawasan Sunway Kayangan
    2. Seluruh Kawasan Subang Impian ( Jalan Pulau Indah)
    3. Seluruh Kawasan Sunway Suria
    4. Seluruh Kawasan Puncak Perdana
    5. Seluruh Kawasan Sungai Kapar Indah
    6. Seluruh Kawasan Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kg. Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya,
    Bukit Kapar dan kawasan sekitar
    7. Seluruh kawasan Kg. Delik Kanan
    8. Seluruh Kawasan Kg. Delik Kiri
    9. Seluruh Kawasan Kg. Delik Dalam
    10. Seluruh Kawasan Kg. Delik Baru
    11. Seluruh Kawasan Kg. Sungai Udang
    12. Seluruh Kawasan Jalan Sg. Bertik
    13. Seluruh Kawasan Jalan yadi
    14. Seluruh Kawasan Jalan Batu Unjur
    15. Seluruh Kawasan Jalan Kim Chuan
    16. Seluruh Kawasan Taman Kim Chuan
    17. Seluruh Kawasan Taman Bayu Perdana
    18. Seluruh Kawasan Flat Sri Angkasa
    19. Seluruh Kawasan Vista Indah Apartment
    20. Seluruh Kawasan Bandar Puteri
    21. Seluruh Kawasan Bandar Ambang Botanic
    22. Seluruh Kawasan Taman Kota Permai
    23. Seluruh Kawasan Bandar Botanic
    24. Seluruh Kawasan Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2
    25. Seluruh Kawasan Flat Pendamar Indah
    26. Seluruh Kawasan Taman Sentosa
    27. Seluruh Kawasan Bandar parklands
    28. Seluruh Kawasan Kg. Idaman
    29. Seluruh Kawasan Taman Gembira
    30. Seluruh Kawasan Jalan Raja Lumu
    31. Seluruh Kawasan Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A
    32. Seluruh Kawasan Rumah Teres Teluk Gedung Indah A
    33. Seluruh Kawasan Flat Pandamaran Indah
    34. Seluruh Kawasan Kg. Pandamar
    35. Seluruh Kawasan Jalan Tengku Badar
    36. Seluruh Kawasan Persiaran Raja Muda Musa
    37. Seluruh Kawasan Jalan Kastam
    38. Seluruh Kawasan pandamaran
    39. Seluruh Kawasan pandamaran jaya
    40. Seluruh Kawasan Taman Telok Gedung Besar
    41. Seluruh Kawasan Sobena Jaya, Pendamar  
    Maklumat Tambahan
    Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan [PUSPEL] menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan>, dan hantar ke 39222. Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan “facebook” dengan menaip “puspel” atau “puspel syabas”.  
    p/s: nampaknya kawasan rumah aku pon terlibat ni..

    Latest articles

    Related articles

    1 Comment

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge