More

    Jimat Sungguh Pelan Digi Prepaid Digi Prepaid dengan add-on RM28 internet plan ni…

    Title “Blogger” sahaja tak cukup dalam dunia hebahan dan pengiklanan digital sekarang. Blogger kena upgrade diri jadi Social Media Influencer. Dengan kata lain, blogger perlu naikkan followers dan engagement media sosialnya seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Ini yang aku tengah usahakan sekarang. Aku tau ia bukan perkara yang senang untuk dicapai, Tapi aku sedang berusaha ke arah itu.

    Dalam profail aku pun aku dah masukkan semua tu. Sekarang Facebook friends aku di Facebook.com/sohoque dah penuh 5,000 friends. Aku tengah kumpul followers pulak. Sambil-sambil tu aku tengah giat naikkan Likers di Page facebook.com/AbamSohoque. Likers page tu sekarang baru 1,700 lebih. . Nak tarik Like di page sekarang bukan macam dulu. Dulu senang. Sekarang susah wooo…! Page-page lain pun banyak bersaing dengan page kita.

    Twitter pulak walaupun dah tak sepopular dulu, ia ada peminat tersendiri. Dan hebahan di Twitter ni biasanya lebih senang untuk viral dengan fungsi retweetnya yang amat mudah. Jadi Twitter pun tak boleh diabaikan. Twitter aku (www.twitter.com/sohoque) setakat ni ada 1,500 lebih followers.

    Dalam banyak-banyak media sosial akaun Instagram aku la yang paling ramai followers. Tapi nak dapatkan like dan komen berpeluh jugak…

    blogger dan media social tak dapat dipisahkan

    Kumpul followers satu hal. Nak naikkan engagement satu hal lagi. Pada aku, nak kumpul followers tak susah mana kalau nak dibandingkan dengan nak naikkan engagement. Untuk buatkan respons like dan komen yang banyak daripada followers, content kita kena benar-benar lebih daripada sekadar content yang normal. Gambar yang cantik juga amat penting untuk engagement terutama di Instagram.

    Untuk itu, nak tak nak aku kena sentiasa berdamping dengan media sosial di samping tidak melupakan blog aku. Semuanya aku kena update. Dan sudah semestinya aku kena sentiasa bersambung dengan internet. Line internet yang kuat dan laju menjadi satu kemestian untuk tidak merencatkan aktiviti aku di media sosial.

    Jadi aku kena pilih plan yang betul-betul bagus dan jimat untuk menyenangkan aku buat semua kerja influencer ni. Dan lepas survey punya survey, aku dah jumpa satu plan yang mantap yang amat sesuai dengan tugas aku.

    Digi Prepaid dengan add-on RM28 internet plan

    Bab kelajuan internet, dengan Digi memang dah tak jadi isu. Semua orang tau pasal ni. Memang berdesup perginya…! Cuma segala data tu nak kena bayar. Haaa kat situ concernnya. Tapi itu dulu…

    Sekarang dengan add on RM28 sahaja, pengguna Digi Prepaid boleh menikmati Internet dengan kelajuan tinggi 5GB. Dan yang bestnya lagi ialah, pelan ini juga datang dengan penggunaan data Facebook secara PERCUMA setiap bulan. Nah…! Semuanya menepati ciri-ciri yang aku cari untuk sesuaikan dengan tugasan aku. So tunggu apa lagi… #JomInternet dengan #DigiPrepaid..

    Korang pun sama…

    Aku rasa korang pun sama macam aku walaupun korang bukan blogger dan cuba jadi media sosial influencer macam aku. Sebabnya penggunaan FB ni sekarang dah jadi sebahagian daripada hidup kita. Kalau dulu FB ni hanya sekadar suka-suka dan untuk menghubungkan rakan-rakan yang berjauhan, kini fungsi FB lebih daripada itu.

    Untuk peniaga online, FB ni macam satu kewajipan untuk mereka. Ada yang dah buat jutaan ringgit nilai jualan di FB. Dengan FB diorang ni dapat fokus terus kepada sasaran pelanggan mereka.

    Untuk pelajar, dengan FB juga mereka boleh mendapatkan bahan untuk research dan assigment mereka. Untuk remaja, mereka boleh akses terus kepada minat mereka di FB termasuk hiburan dan sebagainya.

    Pendek kata, Sebut sahaja peringkat umur dan pekerjaan, FB dah jadi amat sinonim dengan kita semua. Fungsi messenger pada FB membolehkan kita berhubung terus seperti fungsi mesej yang lain seperti Whatsapp dan telegram. Segalanya menjadi amat pantas!

    Jadi dengan plan ni, memang kita boleh dapatkan penjimatan yang amat ketara. Bayangkan semua yang aku sebut pasal FB kat atas tadi korang boleh dapatkan secara percuma sahaja. Memang jimat!!!

    Facebook aku.. Korang dah follow?

    Malah bukan itu sahaja. Hiburan lain juga korang boleh akses dengan pelan ini walaupun bukan percuma macam FB. Korang boleh akses youtube, youtube gaming, Twitch, iflix, Astro Go, tonton, Viu, dimsum, spotify, joox dan smule tanpa bersusah payah dengan kelajuan yang korang dapat dengan pelan ni.

    Ok. Aku tak nak bebel banyak. Kalau korang nak penjimatan data dengan bayaran yang amat rendah, korang boleh terus ke www.digi.my/islive. Korang baca sendiri info kat situ supaya korang tak berlengah lagi untuk gunakan plan digi prepaid ni

    Latest articles

    Related articles

    14 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge