Rutin Sahur Aku Berubah Dengan Susu kambing ETSUMELL  Choco Dengan Tambahan OAT

Akhirnya En K datang mendampingi

Aku memang jenis yang dari kecil suka makan nasi. Maksud aku aku tak boleh dalam sehari tak jumpa nasi. Rasa macam tak sempurna jer hidup. Kalau bulan puasa macam ni, berbuka puasa memang wajib lah jamah nasi. Sahur pun aku kena makan nasi. Kalau tak otak ni akan psycho aku menjadikan perut aku kejap jer terasa lapar hanya sebab tak makan nasi.

Haaa sebab tu la badan aku jadi “tough” semacam jer macam sekarang ni. Hehehehe. Susah aku nak kurus kalau memang minat pada nasi sebegitu rupa.

Tapi sekarang ni aku terpaksa kurangkan nasi. Ini setelah aku mengalami sakit pelik secara tiba-tiba.

Suatu hari tu aku bangun tidur dan terasa badan aku lain macam. Kepala pusing. Terasa lantai yang aku pijak ni tinggi rendah. Macam duduk dalam bot di tengah lautan bergelora pun ya jugak. Rasa terumbang ambing.

Tangan terutama jari jemari pulak terasa kebas. Aku cuba tahan dan bersabar sehari dua kot-kot penyakit ni hilang dengan sendiri. Tapi hampa. Akhirnyaa aku terpaksa mengalah dan terpaksa berjumpa doktor.

ujian kolestrol

gambar google

Dipendekkan cerita, tahap kolestrol dalam darah aku berada di dalam keadaan yang agak membimbangkan. Bacaannya 7.68 jauh daripada tahap normal 5.0. Symptom yang aku rasa tu adalah disebabkan paras kolestrol yang tinggi. Akhirnya di usia 4 siri, En K datang mendampingi…!

Setelah berbincang dengan doktor, aku terpaksa mengubah gaya pemakanan aku. Banyak yang doktor sarankan. Salah satunya ialah mengurangkan pengambilan nasi disamping bersenam dan beberapa perkara yang lain.

Bersahur tanpa nasi

Puasa tahun ni adalah puasa pertama aku dengan gaya pemakanan yang baru. Masa berbuka aku dahulukan dengan 3 biji kurma dan sesenduk nasi. Waktu sahur pula aku amalkan memakan oat dan minum air sahaja. Nasib baik la aku ok jer dengan oat ni. Tak der masalah sangat. Cuma kena pandai pelbagaikan cara hidangan supaya tak terasa makan benda yang sama jer setiap hari.

Susu Etsumell

Sejak minggu lepas sahur aku jadi lebih ceria dan menarik apabila aku diperkenalkan dengan susu Etsumell (Etsumell).

Setelah seminggu mencuba dan melihat kepada ramuan dan bahan-bahannya, aku dapati ada beberapa perkara menarik yang aku berkenan dengan ramuan susu ini.

1. Susu kambing

Semua tahu ini makanan sunnah. Nabi amalkan meminum susu kambing. Kalau nabi sendiri yng amalkan, pasti ada suatu keistimewaan padanya, ya tak?

Susu kambing ni terkenal dengan khasiatnya yang kaya sehingga ia dikatakan susu terbaik selepas susu ibu. khasiat dari susu kambing yang rendah lemak dapat membantu sistem penghandaman, menghindarkan masalah sembelit, meningkatkan selera makan dan membekalkan nutrien penting pada tubuh.

2. Oat dan Kurma

Ia boleh dijadikan pengganti nasi sebagai makanan asas. Terbukti ia boleh mengenyangkan dan membekalkan tenaga untuk jangka masa yang lama. Ia juga boleh mengurangkan kolestrol dalam darah.

3. DHA/Kismis/Madu

Bahan-bahan ini boleh membantu meningkatkan IQ dan EQ kanak-kanak.

4. Rasa Choco

Susu kambing dengan rasa Choco dapat membuka selera anak yang tiada selera waktu bersahur

5. Manna Gum/Gam Arab

Ramuan ini menguatkan imunisasi badan ibu dan anak agar tidak mudah terkena penyakit

Alhamdulillah. Hari ni dah lebih seminggu kita berpuasa. Aku berjaya lalui hari-hari tanpa memakan nasi (waktu bersahur) dengan jayanya. Sebenarnya aku baru sedar bahawa makan oat dan mimum Etsumell ni kenyangnya lebih lama daripada makan nasi. Serius cakap. Seharian berpuasa, aku tak rasa lapar pun.

kadang-kadang masa berbuka pun aku minum Etsumell

Satu lagi yang bestnya, dengan amalkan Oat dan Etsumell ni aku tak rasa terlalu kenyang macam kalau aku makan nasi. Biasanya kalau makan nasi, terasa nasi tu kat tekak jer lepas sahur tu. Rasa tak selesa jer. Silap-silap masa gosok gigi boelh termuntah balik. Tapi dengan Etsumell rasa biasa jer. Tak der pun masalah tu semua. Perut pun tak terasa sendat sangat.

Siapa jer boleh minum Etsumel?

Etsumell ni sesuai untuk seisi keluarga. Kanak-kanak pun boleh minum, mak ayah pun boleh amalkan. Anak aku si Iffah tu ok jer minum susu ini. Rasa coklat tu best katanya.

“bestnya susu ni papa.. rasa coklat lah” ~ Iffah

Cuma anak aku ni selera dia sama macam aku dulu. Sahur pun dia berselera makan nasi. Selepas makan baru dia pekena segelas susu Etsumell.

Berbeza dengan tahun-tahun lepas, tahun ni aku tengok Iffah macam rileks jer berpuasa. Tak seperti tahun-tahun yang mana beliau sering mengadu lapar.

Ni ada satu lagi keistimewaan Etsumell. Ia juga sesuai untuk ibu mengandung ataupun yang sedang menyusukan anak. Bahan-bahan dalam Etsumell boleh meransang hormon susu ibu. Ia juga mampu membekalkan tenaga sepanjang hari untuk ibu kekal cergas. Susu ini juga boleh menguatkan imunisasi badan ibu dn anak agar tak mudah terkena penyakit.

Etsumell daripada pandangan aku

Susu ini memang terbaik. Tak terasa langsung yang aku minum ni adalah susu kambing. Terasa macam minuman coklat jer. Bahan-bahan dalam susu ini yang penting sebenarnya. Campuran susu kambing, oat, kurma, kismis, DHA dan madu ni memberi khasiat penting untuk badan. Tanpa bahan perasa dan pewarna tiruan, susu ini sesuai untuk seisi keluarga malah untuk wanita hamil dan sedang susukan bayi juga.

Fakta mengatakan bahawa Susu kambing adalah merupakan susu terbaik selepas susu ibu dan ia adalah minuman sunnah. Pasti ada keberkatannya.

Mana nak cari Etsumell?

Korang boleh usha info kat media sosial etsumell ataupun terus hubungi nombor di bawah:

Faacebook: Etsumell susu kambing Hq
Instagram: etsumell_hq
Contact : +6011-23451742

Note: Pihak pengurusan ETSUMELL mencari EJEN / STOCKIST / DROPSHIP seluruh Malaysia dengan keuntungan 25-35% #etsumellsfamily.

Yang berminat boleh hubungi nombor di atas dengan pantas ya..!

Selamat menunaikan ibadat puasa tanpa letih dan lesu…!

16 Comments

  1. Nina Mirza June 6, 2017
    • sohoque June 6, 2017
  2. weldan June 7, 2017
  3. zik June 7, 2017
    • sohoque June 9, 2017
  4. mas saari June 7, 2017
  5. reezluv June 7, 2017
    • sohoque June 9, 2017
  6. nofan June 8, 2017
  7. titan June 12, 2017
  8. Amirul June 13, 2017
  9. qaseh June 15, 2017
  10. RAIHANAH AHMAD June 18, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: