Gambar Sheila Amzah juara Asian Wave

Contest SEO Eridy Pentas Menguji Ilmu SEO

gambar contest SEO

Contest SEO seperti yang sedang dianjurkan oleh blog Eridy ini amat bagus untuk disertai

Contest SEO yang dianjurkan oleh blog eridy ini ialah contest SEO terbaru aku rasa. Itu pun setelah diberitahu oleh beberapa rakan blogger tadi. Mula-mula terasa macam malas juga untuk sertai contest ini , tetapi apabila melihat kepada barisan hadiah-hadiah yang disediakan agak boleh tahan, aku mengambil keputusan untuk mencuba nasib. Perasaan malas yang datang tu bukan apa. Aku sebenarnya ada banyak sangat entri yang perlu disiapkan. Ada entri berbayar. Ada entri yang tidak berbayar tetapi aku rasa perlu ditulis sebab ia termasuk di dalam niche blog aku yang mengutarakan hal-hal bersangkutan dengan gaya hidup (lifestyle) dengan mikro nichenya tentang perancangan kewangan dan gadjet. Jadi terasa diri ini amat sibuk. Kononnya la.

Sebenarnya ada macam-macam teori tentang ilmu SEO ni yang aku dengar dan baca. Sejak aku mula berblogging beberapa tahun yang lalu, antara perkara yang membuatkan kepala aku bersarang dengan kekeliruan adalah tentang ilmu ini lah. Sejak itu aku mula mencari fakta sebenar. Aku mencari bahan bacaan tentang ilmu ini. Aku mula mengikuti tulisan-tulisan blogger otai untuk aku mengkaji cara SEO mereka. Aku mula mengikuti contest SEO untuk menguji sejauh mana ilmu ini yang aku telah hadam. Adakah ia berkesan atau tidak. Namun segalanya masih di awang-awangan aku rasa. Contest yang terkini aku sertai ialah Contest SEO anjuran blog Eridy ini.

Menyedari hakikat bahawa berguru dengan guru yang mursyid adalah cara yang terbaik, aku mula mencari guru. Akhirnya aku berjumpa dengan apa yang aku cari di Akademi Denaihati. Alhamdulillah, segala kekeliruan tentang ilmu ini yang bersawang akhirnya sedikit demi sedikit terungkai. Walaupun aku tidaklah sehebat blogger otai yang lain, namun sekurang-kurangnya aku tahu apa yang aku buat.

Menyertai contest SEO seperti yang dibuat oleh blog eridy sebenarnya amat bagus. Sebabnya ia akan menolong kita untuk mengasah ilmu SEO yang telah kita pelajari. Dengan kata kunci yang diberi kita akan berusaha mengoptimumkan kata kunci tersebut untuk berada di kedudukan teratas di enjin carian Google.

Gambar Sheila Amzah juara Asian Wave

Kalau Sheila Amzah boleh jadi juara Asian Wave, kenapa aku tidak boleh jadi juara Contest SEO oleh blog Eridy ini? (hehehe. Relevan kah ayat ini)

Disamping itu kita boleh membaca entri-entri peserta lain dan belajar macamana mereka mengoptimumkan kata kunci yang diberi. Lain blogger lain cara mereka menulis dengan elemen SEO cara mereka. Ini semua akan dapat memberi ilham kepada kita. Yang baik kita jadikan pelajaran, yang kurang baik kita jadikan pengajaran.

Blogger kekeringan idea? Sebenarnya jika kita sudah lama dalam dunia blogging dan tahu apa yang kita buat, kita tidak akan kering dengan idea. Banyak yang kita boleh tulis di dalam blog kita. Salah satunya dengan mengambil kesempatan dengan menyertai contest seperti ini. Ia boleh mengasah skill SEO kita disamping menolong membantu menjayakan contest blog Eridy.

Menyertai contest seperti ini juga akan menolong menjemput trafik ataupun pelawat ke blog kita. Peserta lain akan membaca tulisan kita dan ini secara otomatik akan memberi kita trafik yang kita perlukan.

Satu sebab mengapa aku suka menyertai contest seperti ini ialah aku boleh mencabar diri sendiri untuk mensasarkan kedudukan teratas di dalam enjin carian Google. Di sini kita boleh tahu di mana kedudukan kita berbanding dengan blogger otai yang sudah popular di dunia blogging Malaysia. Kelebihan kita ialah kita underdog. Kita boleh jadikan mereka sebagai tanda aras kita. Keputusan jika memihak kepada kita Alhamdulillah. Jika tidak, kita masih boleh mendapat ilmu.

Oh ya sedikit mengenai contest SEO oleh blog Eridy ini:

Masa Contest:

Tarikh pendaftaran / penyertaan dibuka : hari ini sehingga 11 Disember 2013 .
Tarikh pendaftaran ditutup : 11 Disember 2013
Contest bermula : 12 Disember 2013 sehingga 30 Disember 2013

Hadiah-hadiah Contest:

Tempat pertama : RM200 x 1
Tempat kedua : RM 100 x 1
Tempat ketiga : RM 80 x 1
Saguhati : RM 20 x 6

Apa yang anda perlu buat:

  • Buat satu entri dengan menggunakan kata kunci: Contest SEO Eridy
  • Tajuk entri adalah bebas menggunakan kreativiti sendiri

Cara pemilihan pemenang contest:

Pemenang akan dipilih berdasarkan kedudukan entriΒ yang paling tinggi Β di enjin carian Google dengan kata kunci yang diberikan. Carian akan dibuat dengan Google.com menggunakan private browsing.

entri paling atas dalam google search ataupun enjin carian google

kedudukan entri teratas memang didambakan oleh pengamal-pengamal SEO terutama yang menyertai contest SEO anjuran Eridy ini

Jom sama-sama memeriahkan contest SEO yang dianjurkan oleh blog Eridy ini. Good luck buat semua peserta.

117 comments

  1. Kamil Salleh 4 December, 2013 at 17:51 Reply

    Assalamualaikum sohoque. Takut saya bila nama anda tertera di contest seo eridy ni…pasal last minit sertai contest seo klinik cinta hari tu..terus dpt menang, Apapun kita memcuba…rezeki masing2. Semoga bro…berjaya. Insya Allah.
    Kamil Salleh recently posted..Contest Seo EridyMy Profile

  2. Sofinah Lamudin 11 December, 2013 at 11:34 Reply

    Hi…salam kunjungan…saya dari contest yang sama…good luck!

    singgah sini,klik2, baca2, hehe..

    jom http:/ /tiny.cc /jengukblogsayapula πŸ™‚

    Entry terbaru saya, TEMPAH LOGO MURAH : http:/ /tiny.cc /tempahlogomurah

    Salam kenal antara blogger.
    Sofinah Lamudin recently posted..Contest SEO EridyMy Profile

  3. Blogger Top Star 23 December, 2013 at 22:44 Reply

    Salam sejahtera…. Datang kemari ingin memberi sokongan agar ianya lebih hebat dan meriah lagi. Saya juga datang pada contest yang sama. Semoga berjaya…. Jom terjah entri saya :
    Blogger Top Star recently posted..Contest Seo EridyMy Profile

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: