nada alam register now

Seri Pajam Property Launch – Nada Alam

Pajam salah satu daerah di negeri Sembilan yang berjiran dengan daerah Nilai yang terkenal sebagai salah satu tempat untuk membeli belah yang utama di Malaysia. Ia menjadi tumpuan rakyat Malaysia dan juga pelancong.

nada alam register now

Nada Alam kini dibuka untuk jualan

Di daerah Pajam inilah terletaknya Nada Alam, sebuah kawasan kediaman yang lengkap dengan kemodenan namun masih terpelihara kehijauan alam sekitarnya. Dibina di atas kawasan kehijauan seluas 160 ekar oleh syarikat Pembinaan Seri Pajam Development Sdn Bhd, Nada Alam, kawasan kediaman berkonsepkan alam semula jadi yang moden ini pantas memikat hati yang berkunjung ke sini. Kedamaiannya jelas terasa.

Bayangkan suasana kediaman yang kedengaran decipan suara burung-burung dan gelak ketawa anak-anak tersayang. Rasa aman dan tenteram kerana kawasan selamat berpagar dan berpengawal. Tentunya keadaan ini akan memberikan kepuasan yang tak terhingga kepada penghuninya.

Antara keistimewaan kawasan kediaman Nada Alam ini yang sukar didapati di tempat kediaman yang lain ialah kawasan kehijauannya seluas 13 ekar, 5 taman konsep, 1 wetland mini, 7 km kawasan jogging, dan tahap keselamatan 3 peringkat.

Kesemua konsep kehijauan dan kedamaian ini sudah boleh dilihat sewaktu pelancaran dan perasmian rumah Nada Alam – Nada 1- jenis A dan Nada 1 – jenis B. Pelancaran perasmian dibuat pada 20 Oktober 2013 di galeri jualan yang baru iaitu Nada Alam Gallery, Nada Alam.

SAM_2306 (Small)

Antara bloggers yang hadir ke upacara perasmian Nada Alam

SAM_2305 (Small)

Galeri JualanNada Alam yang sentiasa menanti kunjungan pembeli

SAM_2314 (Small)

Orang ramai yang menyerbu sebaik sahaja galeri jualan dibuka

SAM_2315 (Small)

Galeri jualan Nada Alam oleh Seri Pajam Development

SAM_2317 (Small)

Juru jual Nada Alam yang sibuk melayan pembeli

SAM_2318 (Small)

pelan Nada Alam

SAM_2320 (Small)

Pelan rumah Nada Alam 1 – jenis B

SAM_2324 (Small)

pelan rumah Nada Alam

SAM_2327 (Small)

pelan rumah Nada Alam 1 – jenis A

SAM_2328 (Small)

pandangan bahagian atas model rumah

SAM_2330 (Small)

orang ramai yang berpusu-pusu di dalam galeri Nada Alam

SAM_2333 (Small)

pelan pembangunan kawasan kediaman penuh kehijauan dan moden

SAM_2336 (Small)

pentas majlis perasmian Nada Alam

Majlis yang bermula daripada pukul 10 pagi sehingga 5 petang tersebut dirasmikan oleh YB Dato’ Hasan Bin Malek, menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Di Majlis itu juga pra jemputan dibawa melawat ke rumah contoh yang telah siap dibina.

SAM_2338 (Small)

pihak pengurusan menunggu ketibaan dhif kehormat

SAM_2339 (Small)

Ketibaan YB Dato’ Hasan Bin Malek

 

 

SAM_2343 (Small)

Ucapan pengerusi Seri Pajam Development

SAM_2344 (Small)

Ucapan perasmian oleh YB Dato’ Hasan Bin Malek

SAM_2349 (Small)

Pihak pengurusan di upacara memotong reben

SAM_2352 (Small)

Majlis memotong reben merasmikan Nada Alam memang meriah

dato hasan bin malek sedang menandatangan

Dato’ Hasan bin Malek sedang menandatangani buku pelawat

tandatangan YB dato hasan bin malek

tandatangan YB Dato’ Hasan bin Malek

 

Banyak tempahan yang telah dibuat oleh pengunjung pada hari pembukaan tersebut. Nada 1 jenis A yang berukuran 20’ X 70’ dengan keluasan 2,412 kp – 2,545 kp telah habis terjual di majlis itu! Rumah ini berharga dar RM440,500.00.

SAM_2331 (Small)

Yang bertanda oren adalah unit yang sudah terjual

Unit yang masih tertinggal hanya Nada 1 jenis B sahaja. Itupun sudah banyak pelan yang bertanda dengan tanda bulat merah menandakan sudah ditempah. Jenis B ini mempunyai bukaan 22’ X 70’ dengan keluasan 2,366 kp – 2,543 kp. Harga yang ditawarkan untuk rumah jenis ini ialah dari RM472,400.00.

Jadi kepada yang ingin mengalami suasana kedamaian dan memilih untuk menjadi sebahagian penghuni Nada Alam, segeralah ke sana untuk membuat tempahan. Juru jual yang ramah dan murah dengan senyuman sentiasa bersedia menolong anda sehingga proses pembelian selesai.

Mengapa anda harus merebut peluang keemasan untuk membeli rumah Nada Alam ini:

  1. Konsep Nada Alam
    Berkonsepkan kehidupan di dalam kehijauan alam, Nada Alam telah membina 5 taman konsep untuk mewujudkan suasana kedamaian yang diidamkan. Antaranya ialah Tri Park, senses Park dan Symphony Park. Ketiga-tiga taman ini berkonsepkan alam semulajadi dengan pokok dan tamannya yang tersendiri. Anak-anak boleh bermain laying-layang di sini. Sambil berehat selepas jogging pengunjung boleh membuat refleksology kaki dengan berjalan di atas batuan kecil.nada green nada lawn tri park
  2. Lokasi
    Lokasi yang amat strategic menjadikan Nada Alam senang untuk di akses. Lebuhraya LEKAS dan Lebuhraya Utara Selatan hanya beberapa minit perjalanan sahaja daripada kawasan kediaman. Kawasan yang berjiran dengan tempat membeli belah terkenal Malaysia, Nilai ini juga dijangka akan menjadi tumpuan kerana sebab itu.
  3. Pengangkutan Awam
    Komuter KTM hanya beberapa kilometre sahaja daripada kawasan kediaman. Ia juga tidak jauh daripada pekan Pajam
  4. Kemudahan Premier
    Kemudahan yang eksklusif seperti bicycle bay, Family Street dan tempat tadahan hujan adalah beberapa kemudahan yang belum pernah ada di tempat kediaman yang lainfamily street mini wetland tadahan hujan3 tier security
  5. Sasaran Pasaran
    Nada Alam akan menjadi tumpuan kerana jika dilihat kepada harga yang ditawarkan ianya disasarkan untuk golongan pertengahan.
  6. Harga yang amat berpatutan dengan rekabentuk yang moden dan menarik
    halaman tepi rumah nada 1 20 X 70

    Halaman tepi rumah Nada Alam 1 – Jenis A

    rumah contoh nada 1

    Rumah Contoh Nada alam 1 – Jenis B

    Rumah contoh nada 1 22 x 70

    Pandangan hadapan rumah contoh Nada Alam 1 – Jenis B

    nada alam 1 22 X 70

    Rumah contoh Nada Alam 1 – jenis A

Jika anda memang sedang mencari rumah kediaman disekitar Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur, kediaman Nada Alam boleh dimasukkan ke dalam senarai carian anda. Datang ke galeri jualan untuk berjumpa dengan para juru jual Nada Alam. Anda pasti akan terpesona selepas anda melihat rumah contoh yang telah siap terbina dengan hiasan dalaman yang menarik.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melawat laman web Nada Alam:  www.nada-alam.com.my

17 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: