More

    Doa-doa COVID-19 (Tolak Bala) Yang Disebut Dalam Hadith Sahih

    COVID-19 makin serius. Dah ada negeri-negeri selain Selangor dan KL turut dijangkiti.. Allahu..! .

    Salah satu usaha kita juga adalah banyakkan berdoa supaya negara kita dan seluruh dunia pulih dari wabak pandemic ini. Doa itu senjata untuk orang-orang Islam.

    Antara doa-doa yang terdapat dalam hadith (untuk tolak bala) ada seperti di bawah:

    1. Daripada Uthman bin Affan berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

      مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ، فِي الْأَرْضِ، وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ، حَتَّى يُصْبِحَ، وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ

    Maksudnya: “Sesiapa yang membaca:

    بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

    (Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh. Dan barangsiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).”
    [Riwayat Abu Daud (5088)] [Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’outh hadith ini adalah hasan]  

    2. Daripada Abu Hurairah RA berkata:

      جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ مَا لَقِيتُ مِنْ عَقْرَبٍ لَدَغَتْنِي الْبَارِحَةَ، قَالَ: أَمَا لَوْ قُلْتَ، حِينَ أَمْسَيْتَ: أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ، لَمْ تَضُرَّكَ  

    Maksudnya: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, ketika aku sedang tidur, ada seekor kala jengking datang menyengatku. Maka Nabi SAW bersabda: Jika kamu membaca ketika waktu petang (malam) itu:   أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ   (Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta)” nescaya tidak akan berlaku perkara yang memudharatkan kamu.” [Riwayat Muslim (2709)]  

    3. Daripada Ibn Umar RA, bahawa aku mendengar Nabi SAW bersabda:

      لَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَعُ هَؤُلَاءِ الدَّعَوَاتِ، حِينَ يُمْسِي، وَحِينَ يُصْبِحُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ   Maksudnya: “Nabi SAW tidak pernah meninggalkan doa tersebut ketika petang dan pagi iaitu:     “اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ   (Ya Allah aku memohon kepada-Mu keselamatan di dunia dan akhirat”. [Riwayat Abu Daud (5074)] [Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’outh sanad hadith ini adalah sahih]   Menurut Syeikh Abu al-Hasan al-Mubarakfuri maksud keselamatan (العافية) di dalam tersebut adalah keselamatan daripada perkara-perkara merosakkan agama serta kesusahan dunia. Dikatakan juga, keselamatan daripada penyakit-penyakit dan bala-bala. [Lihat: Mir’ah al-Mafatih, 139/8]    

    4. Daripada Anas bin Malik RA berkata:

      كَانَ يَقُولُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ  

    Maksudnya: Adapun Rasulullah berdoa:     اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ   (Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak[1], gila, kusta[2] dan penyakit-penyakit yang buruk)”.”

    [Riwayat Abu Daud (1554)] [Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’outh sanad hadith ini adalah sahih]

    sentiasa memakai topeng muka dan mencuci tangan dengan hand sanitizer adalah langkah penting yang kita boleh amalkan untuk elakkan jangkitan

    Walaubagaimanapun kita boleh sahaja berdoa dalam bahasa percakapan kita sendiri dengan seeloknya mengikut adab-adab berdoa seperti berikut:

    1. memulakan doa dengan pujian terhadap Allah SWT
    2. berselawat kepada Rasulullah SAW.
    3. Selain itu ketika berdoa, seseorang itu hendaklah memilih waktu, yang diistilahkan sebagai waktu mustajab, seperti pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut ada satu ketika, apabila bertepatan masanya, Allah SWT akan memperkenankan doa tersebut.
    4. Begitu juga dengan berdoa pada waktu malam, iaitu pada dua per tiga daripada malam.

    Kawan-kawan.. Hari ni hari Jumaat. Hari yang dimuliakan berbanding hari-hari yang lain. Ada satu waktu dalam sepanjang hari ini amat mustajab untuk berdoa. Pendapat paling kuat mengatakan waktu tersebut adalah selepas asar dan sebelum masuknya waktu maghrib pada hari Jumaat ini.

    Sayugia, marilah kita bersama-sama ingat memperingati rakan-rakan supaya memperuntukkan sedikit masa pada waktu tersebut untuk berdoa dengan seikhlas dan serendah hati supaya COVID-19 beransur pulih.

    Jom..! bersama-samalah kita..!

    Latest articles

    Related articles

    1 Comment

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge