Assalamualaikum, salam Jumaat untuk semua.
Jika sebelum ini aku ada berkongsi tentang waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa, kali ini aku kongsikan lagi satu waktu yang Allah anugerahkan kepada hambaNya yang dicintai. Waktu ini adalah waktu yang afdhal untuk meminta kepadaNya.

Waktu yang dimaksudkan adalah waktu selepas Asar.
Ada hadith yang membicarakan tentang ini:
Hadith 1
Dari Jabir bin Abdillah RA, Rasulullah SAW bersabda;
“Hari Jumaat (Siang) terdiri dari 12 waktu, di dalamnya terdapat suatu waktu yg tidaklah seorang muslim pada ketika itu memohon sesuatu daripada Allah, melainkan Dia akan mengabulkan permintaannya. Oleh kerana itu, carilah masa tersebut pada WAKTU AKHIR SETELAH ‘ASAR.”(HR An-Nasai, Abu Daud).
Hadith 2Juga berdasarkan hadis Anas bin Malik RA, Nabi SAW bersabda:“Carilah saat yang sangat diharapkan pada hari Jumaat, iaitu SETELAH ‘ASAR sampai tenggelamnya matahari.”(HR At-Tirmidzi : Sohih; al Albani : Hasan).
Pembayang bila masa mustajab doa telah pun diberitahu. Sekarang bergantung kepada kita sahaja untuk merebutnya. Waktu selepas ‘Asar sehingga menjelangnya waktu Maghrib tidak lama. Jadi gunakanlah masa tersebut sebaik mungkin.

Berdoalah apa sahaja kepada Allah untuk perkara-perkara harus. Mintalah apa sahaja. Jangan segan dengan Allah. Kadang-kadang kita merasakan bahawa kita tidak layak meminta itu dan ini kerana merasakan diri kita yang kurang amalan kebaikan. Kerana diri yang dirasakan banyak dosa.
Tapi sebenarnya siapa kita untuk membuat keputusan?. Allah maha mengetahui. Besar dosa kita, besar lagi keampunanNya. Jadi berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh keyakinan dan sikap positif dengan Allah.
Yakinlah dengan janji Allah di dalam Al-Quran bahawa Dia akan mengabulkan permintaan hambaNya. Sabda Allah:
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, Maka sesungguhkan Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia (benar-benar) berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” (QS. Al-Baqarah: 186).
“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan (doa) bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong diri dari beribadah (berdoa) kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina” (QS. Al-Mukmin/Ghaafir: 60).
Jom jadikan berdoa selepas waktu Asar ini amalan kita. Moga amalan kita itu mendapat keredhaan Allah.
Mudahan tak terlepas berdoa untuk hari ni dan hari jumaat yang seterusnya, insyaallah.
Denaihati recently posted..MSMW Awards banyak jasa kepada Blogger
InsyaAllah Aameen
jangan tertidur selepas Asar sudah la..
azlanvai recently posted..Cara Mengatasi SPAM pada Blog
Hahahaha. Tido lps asar x bagus
hehe bole jadi gila kot..
azlanvai recently posted..Kisah hari ini untuk anda renungkan
kalau menjadi amalan mungkin..
mudahan doaku di berkati Ilahi amin 🙂
Farid Laham recently posted..Rose2Rose Walk For Humanity
InsyaAllah. AAMEEN
sama-sama kita terus berdoa dan berdoa.. untuk kebaikan dan kesejahteraan
KiD recently posted..Pasangan Finalis Fear Factor Malaysia
berdoa itu satu ibadah.. Allah suka kpd hambaNya yang suka berdoa
Baru tau yang lepas asar hari Jumaat adalah waktu doa mustajab…
Info yang sangat menarik & berguna 😀
Firdaus Azizi recently posted..Muslim Niaga | Platform Bisnes Dropship Islamik
sy pun baru tau tahun lps seepas mentor unit trust sy share psl ni…
[…] juga aku dah kongsikan tentang tips dan petua berdoa supaya cepat makbul. Antaranya ialah entri Kelebihan berdoa selepas waktu asar di hari Jumaat dan bagaimana selawat menjadikan kita seorang yang hebat. Anda juga boleh mencari banyak lagi entri […]
semoga Allah memakbulkan doa kita semua..
Ameen. Yang penting kita jangan putus asa dlm berdoa dan berusaha
Hanya paraMu Ya Allah aku berserah. Aamiin
Thank u for sharing this bam hoq. I selalu terlupa bila sibuk kat opis huhu
Moga sama2 mndpt manfaat dan keredhaanNya
[…] Selamat menunaikan solat Jumaat. Jangan lupa banyakkan selawat. Jangan lupa baca surah Al-Kahfi. Jangan lupa banyakkan doa selepas Asar nanti. […]