More

    Penampilan Lebih Yakin Dengan Gillette Mach3 Turbo Baru

    Dah 3 minggu aku gunakan pencukur Gillette Mach3 sejak aku bawa balik daripada majlis perasmiannya tempohari. Tak sangka pulak dapat secara percuma. Bukan aku saja yang dapat pencukur ini secara percuma, malah 10 orang pembaca bertuah blog ini pun dapat apabila mereka menyertai mini Give Away yang aku buat di entri sebelum ini. Terima kasih Gillette!

    gillette-mac3-baru

    Seperti yang aku janjikan di entri terdahulu, aku akan kongsi pengalaman menggunakan pencukur ini. Yang belum pernah gunakannya mesti tertanya-tanya;

    “Best ke?”

    “Apa yang bestnya guna pencukur ini?”

    Haaa yang ni lah aku nak cerita. Memang best! Sangat best…! Masih teringat aku detik mula-mula aku masuk bilik air dengan pencukur ini.

    Aku sapukan sedikit krim pencukur yang aku dapat bersama pencukur ini di pipi. Lepas tu aku mula mencukur. Mak aih… Bestnya! Sukar aku nak gambarkan perasaan aku pada masa tu.

    Langsung aku tak rasa kasar cukurannya. Licin saja aku lalukan mata pencukur ini ke atas kulit pipi aku. Hampir tak terasa pun bulu jambang aku dicukur.

    me-and-gillette
    posting aku di Instagram tempohari

    Sekali lalu dah licin bulu jambang. Tak perlu aku ulang-ulang cukur pada tempat yang sama seperti sebelum ini. Ini memang betul menjimatkan tempoh mencukur aku. Yang paling penting selepas mencukur tak rasa langsung perit kerengsaan pada kulit kesan daripada cukuran tadi. Kesan merah pada kulit langsung tak kelihatan.

    Seperti biasa, aku akan gosok dengan telapak tangan di tempat cukuran aku untuk merasa ada tak akar bulu jambang yang tertinggal. Biasanya dengan pencukur pakai buang aku sebelum ini aku masih rasa tajam akar bulu jambang selepas aktiviti mencukur. Namun dengan pencukur ini, kulit pipi aku sangat licin tanpa ada rasa tajam. Seronok jer usap kulit pipi sendiri. Licin jer.

    Sebenarnya bukan itu saja perasaan kagum aku dengan pencukur ini. Ada banyak lagi keistimewaannya yang aku dapati dengan pencukur ini. Feeling sebenar tak dapat aku terangkan di sini. Korang akan rasa sendiri “feel” di kala korang cuba sendiri nanti.

    Yang aku faham masa majlis pelancaran bebaru ni, Gillette Mach3 baharu sekarang datang dengan bilah pencukur yang lebih tajam dan jalur pelincir yang dipertingkatkan untuk memberikan hasil cukuran dan kulit yang hebat berbanding pencukur pakai buang biasa, walaupun pada cukuran ke-10.

    Tapi aku masih nak belek-belek pencukur ini untuk mencari kenapa ianya boleh memberikan keistimewaan tersebut. Dan aku dapat merungkaikan 7 sebab kenapa pencukur ini memberikan rasa sensasi seperti yang aku rasakan setiap kali aku gunakannya.

    gillette-mach3-1

    7 sebab pisau cukur Gillette Mach3 Turbo (Mach3) memberikan rasa yang berbeza dengan pencukur lain:

    1. Menggunakan 3 bilah pencukur
      Biasanya pencukur berkualiti yang lain hanya ada 2 bilah mata cukur. Namun aku dapati pencukur ini ada 3 bilah mata cukur yang tajam! Patut la licin jer pipi aku. Sekali lalu ia memotong bersih dengan 3 kali potongan sehingga ke umbi bebulu jambang.
    2. Bilah yang disambung dengan spring
      Setiap bilah mata pencukur ini pula dipegang oleh pemegang spring setiap satunya. Bilah mata cukur ini akan bergerak ke atas dan ke bawah mengikut tekanan cukuran dan permukaan kulit muka. Hmmm.. canggih!
    3. Pelindung kulit
      Tidak seperti pencukur biasa, Mach3 ada pelindung kulit. Ia terdiri daripada microfin lembut dan fleksibel yang meregang kulit dengan lembut untuk menyediakan permukaan yang lebih licin kepada bilah pencukur. Patut la kulit muka terasa sangat selesa dan tak ada kerengsaan.
    4. Pangsi hadapan
      Pemegang Mach3 disambung dihadapan katrij. Kesannya, ia mengalihkan 50% daya dari tangan agar menjauhi bilah pencukur untuk meningkatkan keselesaan kulit dan memastikan katrij mengikut kontur wajah lelaki.
    5. Binaan terbuka
      Pangsi hadapan juga menghasilkan “binaan terbuka” yang membolehkan katrij dibilas dan dibersihkan dengan lebih mudah.
    6. Pemegang ergonomik
      pencukur ini direka dengan pemegang ergonomic dengan titik pegangan elastomer yang akan memberikan pegangan yang selamat dan kawalan yang bagus walaupun dalam keadaan yang basah. Designnya juga cantik.
    7. System cantuman tunggal
      system cantuman tunggal menyambung pemegang ke katrij bilah pencukur, berputar untuk menempatkan pencukur pada posisi yang terbaik di atas kulit.

    gillette-mach3-turbo-2

    Komen Sohoque

    Hurmmm… Patut la Mach3 ni lain dari yang lain. Ia dicipta bukan hanya sekadar untuk membersihkan bebulu jambang. Malah ia dikaji secara menyeluruh untuk memberikan rasa sensasi dan selesa kepada pengguna.

    gillette-mac3-model

    Sikap prihatin inilah yang Berjaya mencuri hati pengguna seperti aku. Sebabnya aku bukan hanya bercukur sekadar untuk membuang bebulu jambang. Malah aku inginkan kulit muka yang licin tanpa rasa kerengsaan dan tanpa kesan merah. Dan aku dapati Gillette Mach3 ini menepati kehendak aku.

    Aku rasa aku dah jumpa pencukur yang sesuai dengan aku. Dan aku rasa aku tak akan cari pencukur lain dah lepas ini kecuali ada lagi pencukur lain yang mampu menyaingi pencukur ini. Aku rasa korang pun akan sependapat dengan aku selepas korang cuba sendiri nanti.

    Syabas Gillette kerana memahami hati pengguna yang inginkan cukuran sempurna tanpa rasa tidak selesa. Yang pasti aku kini sangat yakin setiap kali selepas mencukur…!

    Latest articles

    Related articles

    8 Comments

    Leave a Reply to Farah Alina Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge