Blogger Tak Amanah? Tak Der Integriti?

Luahan seorang penganjur contest SEO

Luahan hati penganjur contest SEO di FB

Anjur contest buat artikel di blog. Penganjur bagi sampel percuma supaya blogger dapat menulis selepas cuba sendiri dan penganjur mengharapkan penulisan itu lebih bermakna sebab digunakan sendiri oleh blogger.Tempoh masa agak lama sebab prosesnya panjang. Dengan sabar penganjur menguruskan sampel untuk kesemua peserta yang bernilai RM60+ tak termasuk pos siap dengan surat khas dan pamplet bagai.

Bila tarikh tutup, didapati ada segelintir yang senyap tak menyertai contest walaupun dah terima sampel. Ada yang siap mengaku dah buka dan cuba. Ada yang diam terus. Perbuatan seperti ini merosakkan etika seorang blogger.

Kalau penganjur itu anda, apa tindakan yang anda akan buat? Yang nak bagi jawapan sabar harap tak perlu komen sebab mengucapkan sabar itu memang mudah, ni bukan soal sabar atau tak, tapi soal etika dan attitude yang tidak bagus. Entah-entah dah ramai dia buat macam tu.

Apa pun sambutan sangat menggalakkan dan penganjur akan umumkan pemenang sebelum 7hb. 90% peserta berjaya menghantar penyertaan sebelum tarikh tutup. Menang atau kalah tetap dapat saguhati dari kami nanti sebagai tanda penghargaan.

Oh ye, nak bagi saguhati apa ye pada yang dapat sampel tapi buat senyap je?

Ada tu lagi best alasan dia “mengikut kajian saya produk pihak anda tidak original” – kajian tu tak tahan.Tengok alamat USM.Kubu kuat pemfitnah tu.Dengar cerita peserta ni memang ramai yang kena kacau,sebab tu hanya yang kuat dan cerdik je yang berjaya.

Amanah… Walaupun kecil ia tetap amanah

Hurmmmm… Semuanya tentang amanah. Ya.. sebesar manapun amanah itu selagi ia bernama amanah kita kena tunaikan.

Keluhan yang aku blockquotekan kat atas adalah keluhan tuan punya syarikat Minyak Herba Mujarab Sdn Bhd. Kalau korang baca entri Minyak Asmak aku, korang tau la yang bebaru ni syarikat ni anjurkan contest review produk dan contest SEO untuk naikkan brandingnya di ranking teratas enjin carian Google.

Macam yang aku cakap dalam entri aku Cara Paling Berkesan Nak Naikkan Nama Produk Kita Di Halaman Pertama Google bebaru ni, cara ini adalah antara cara paling berkesan untuk mendapat hasil yang cepat. Dan yang paling bestnya, result tersebut akan kekal di halaman Google untuk jangka masa yang lama.

Cuma sedikit benda yang telah berlaku menjadi kurang enak untuk dihadam. Pada aku syarikat ni memang tak kedekut. Sebabnya ia bagi sampel kepada semua blogger yang hubungi pihat syarikat untuk masuk contest ni. Tujuannya baik. Pihak syarikat nak semua yang buat review tu dapat merasai sendiri produk yang diorang review. Barulah betul..! Barulah review itu ikhlas, ada jiwa…!

minyak herba asmak

Boleh jer syarikat ni bagi brochure jer atau bagi point jer untuk blogger tulis. Lagi jimat kos diorang. Tapi itu menipu namanya (kalau cara penulisan tak kena gaya). Syarikat menipu, blogger pun menipu. Nak review pun tak ada feel

Hadiah untuk pemenang contest juga agak lumayan untuk kategori review terbaik dan SEO. Siap ada hadiah saguhati lagi. Nak masuk contest pun semangat kalau gini.

Mengikut sumber yang boleh dipercayai, ada lebih 100 orang blogger yang telah menghubungi syarikat ni untuk mendapatkan produk untuk direview. Cuma agak malang, tidak semua yang buat tugasan yang diberi sebagai syarat contest dalam masa yang ditetapkan. Mengikut luahan di FB tu hanya 90% yang buat review dalam masa yang ditetapkan.

Tak pasti pulak aku jumlah yang menghantar entri review tu. Tunggu jer lah pengumuman dalam masa terdekat.

So, kalau korang yang jadi owner syarikat ni agak-agak korang rasa macamana…? Kalau aku terus terang aku cakap, aku frust…! Sebab aku dah keluarkan modal untuk brandingkan produk dan jenama aku dan aku harapkan hasil yang lebih berbaloi…

Sebagai blogger juga aku terkilan sikit la. Sebabnya benda ni macam menjatuhkan sikit imej blogger. Pada aku kalau dah setuju nak sertai review, kena la ikut syarat yang telah ditetapkan. Kalau tak mampu tak perlulah bagi nama untuk sertai.

Pada aku itu adalah amanah yang perlu dilaksanakan. Walaupun mungkin value produk tu tidak tinggi mana pada pendapat sesetengah blogger yang mampu meraih bayaran yang lebih tinggi daripada nilai produk tu. Oleh kerana blogger dan setuju dengan syarat, tak kira apa nilai sekali pun korang perlulah tunaikan.

Produk tak original

Ini isu lain. Aku ada jugak terbaca kisah dalaman yang berlaku mengenai minyak herba asmak ni. Tapi serius aku cakap, aku tak kesah langsung dengan isu ni. Aku mula-mula kenal produk ni pun dengan syarikat ni. Syarikat yang adakan contest ni.

Aku cuba kedua-dua produk iaitu penawar asma pada bayi (minyak asmak) dan bedak asmak. Kedua-duanya memberi kesan positif pada aku dan keluarga. Malah aku terus order lagi untuk produk Bedak Asmak sebab bedak tu serasi dengan anak aku yang mengidap eczema.

bedak asmak ni serasi untuk anak aku yang mengidap eczema

Sepatutnya yang menjadikan alasan ini sebagai asbab untuk tidak menerbitkan entri review perlu siasat terlebih dahulu sebelum setuju menyertai contest. Bukan selepas setuju menyertai.

Rileks… Yang terjadi dah pun terjadi

Yup… benda dah pun berlaku. Jadikan ini sebagai pengajaran. Aku pun tak salahkan 100% kepada bloggers. Mungkin ada yang tak sempat sebab kekangan masa dan sebagainya. Mungkin juga ada yang dah buat review tapi tak hantar link entri kepada syarikat ni seperti dalam syarat contest.

kadang-kadang dek kerana job yang banyak sangat, blogger pun kesuntukan masa…

Cuma untuk benda tidak menjadi isu yang berpanjangan ada 2 perkara yang harus bloggers buat:

1. Minta maaf dengan owner syarikat ni dan buat entri review. Biarlah waktu contest dah tutup pun. Buat jer. Anggaplah produk yang telah bloggers dapat tu sebagai bayaran untuk penulisan korang.

Murah? Bukan itu yang menjadi persoalan sekarang. Persoalan sekarang adalah amanah dan intergriti.

2. Minta maaf dengan owner syarikat ni dan pulangkan semula produk. Tak perlu buat review. Bagitau korang tak sempat nak buat review. InsyaAllah pihak syarikat ni akan paham.

Aku pun bukannya baik sangat

Haaa macamana? Itu cadangan aku jer. Kalau bloggers ada cadangan yang lebih baik silakan proceed dengan yang lebih baik tu. Janji isu ni selesai.

Hurmmm… Aku baca balik entri ni. Terfikir gak apa bloggers akan cakap. Macam aku ni baik sangat. Ya aku bukannya baik sangat. Aku ada jer terlepas buat review dalam masa yang sepatutnya. Tapi sekurang-kurangnya aku buat jugak…!

So terpulang apa persepsi bloggers lepas baca artikel ni. Aku tulis pendapat aku jer. Entri pun bukan sekadar nak angkat isu ni jer. Ada beberapa objektif lain yang menyebabkan terbitnya entri ni.

Apa-apa pun sorry kalau ada yang terasa. Sekadar teguran dan luahan pendapat. Bye…!

18 comments

  1. Mama Kembar 3 7 January, 2017 at 09:53 Reply

    Terkejut juga bila tengok status penganjur tu. Tak patut bloggers tu buat camtu, boleh rosakkan reputasi bloggers lain juga. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga! Tak best lah.

    Tapi kan…minyak herba asmak tu memang berkesan lah, kalau tak menang contest pun I puas hati sangat sebab dah jumpa produk yang serasi, Alhamdulillah 🙂
    Mama Kembar 3 recently posted..Tak Kan Sebab Asmak Herbs?My Profile

  2. titan 10 January, 2017 at 00:05 Reply

    bergantung.

    benda ni contest.

    samada diorang buat atau tidak, TAK BOLEH nak salahkan peserta walaupun depa dah daftar, dah dapat sample ke hape.

    Benda ni takde paksaan.

    Syarat nak join contest, kena tulis artikel.

    sama ada diorang guna atau tidak minyak tu..itu belakang punya cerita.

    so..kalau diorang tak buat..atau tak buat ikut masa..bukan salah pada peserta. tak buat, depa kalah la. peluang orang lain lebih tinggi nak menang.

    sebab syarat utamanya kena tulis artikel review dan ikut rules yang ditetapkan..

    baru ada potensi nak menang.

    itu sahaja.

    kalau tak tulis, tak join contest. tak menang. simple.

    penganjur tak boleh nak salahkan peserta jika yang contest yang dia buat tu..tak ramai yang sertai.

    itu salah.

    kami ada hak untuk join contest atau tidak.

    walaupun penganjur terpaksa bagi produk secara percuma untuk dicuba.

    kalau tak boleh sabar, jangan buat contest.

    kalau tak faham cara nak buat contest, kasi faham dulu.

    normal kalau buat contest..walaupun hadiah lumayan gila tapi yang join tak sampai 20 orang.

    kekadang nak lebih dapat lebih 50 orang tulis artikel review untuk pertandingan pun gila susah. aku tahu sebab aku dah lama anjur dan tolong orang run contest.

    so..jangan aspek blogger ni hidup untuk ikut telunjuk orang lain.

    lain kali, minta aku run contest.

    tapi kena bayaq la. haha..

    sekali lagi..benda tu contest. ada hak untuk tak masuk walaupun dah dapat sample.

    lain kalau depa bayaq kita.

    memang laju gila la blogger-blogger ni buat kerja.

    sebab dah dibayar. Ofkos diorang ada “tanggungjawab” nak buat kerja.

    Satu lagi, nak orang ramai join contest kita..kena RAJIN buat promosi dan kena selalu follow up.

    Bukan dok mengharap aje.

    Berapa kali diorang wasap atau email peserta untuk ingatkan peserta agar hantar artikel diorang?
    titan recently posted..Brainwash – Part 2My Profile

  3. sabree hussin 13 January, 2017 at 08:38 Reply

    Ada isu macam ni juga rupanya. Hmm… kalau dah dapat sample tu, buat je la review. Review tak semestinya kena yang bagus-bagus sahaja. Agak-agak tak berapa suka produk tu, hentam je la. Kalau memang berasas, mungkin satu masa nanti akan ada versi produk yang lebih bagus dengan formula yang lebih advance.

    Eh nampak macam isu makin panjang dan dipanjang-panjangkan pula 🙁

    Berlapang dada sajalah. Jadikan ni pengajaran. Lepas ni dah tak perlu buat contest macam ni lagi. Just pilih dalam 5 – 10 blogger yang diyakini boleh buat kerja dan bayar je mereka tu untuk tugasan advertorial. Saya berpendapat itu lebih menguntungkan dan kurang sakit kepala dan sakit hati.

    Setuju dengan Titan. Pening sikit buat contest2 ni. Nak mengharapkan blogger lain submit entry penyertaan bukannya mudah, sebab mereka pun belum tentu dapat bayaran atau menang pertandingan.
    sabree hussin recently posted..Strategi buat JUALAN menerusi blog. Bagaimana anda juga boleh lakukannya?My Profile

    • sohoque 13 January, 2017 at 08:43 Reply

      Nak buat contest ni kena engage ngan blogger yang dah lama yang tau pasal seo dan ada ramai followers. Suh sekali blogger buat promotion. Bayar la blogger tu

  4. Elih Japahar 28 February, 2017 at 10:38 Reply

    Sejak terima barangan utk di review ni, ada seseorang yang memperingatkan sy ‘bila nak buat review?’ Isteri sy sendiri mengingkatkan sy, sebab ini isu jujur dan amanah. Orang bagi barang dgn ikhlas dan harapan yg tinggi kita bagi feedback mengenai produk mereka. Laksanakan amanah anda sebagai blogger. Btw, sy mmg faham kekangan masa terutamanya blogger part-time, memang ada masalah untuk menyiapkan review ikut masa. Pandangan sy, buat kerja dgn ikhlas dan amanah, niat utk mencari rezeki yg halal. Elakkan menyakitkan hati orang lain. Kita jaga kredibiliti blogger Malaysia ditahap yang terbaik. 🙂
    Elih Japahar recently posted..Contoh Soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan 2017My Profile

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: