Southville City Kediaman Mampu Milik Yang Patut Dipertimbangkan

papan tanda southville city

Dalam memilih syarikat pemaju perumahan, ada beberapa faktor yang harus diteliti. Salah satunya ialah kekuatan kewangan dan nama syarikat perumahan tersebut. Ini adalah untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku di kemudian hari seperti projek terbengkalai dan sebagainya. Tambahan pula jika syarikat pemaju perumahan yang sudah ada nama dan kukuh status kewangannya banyak kelebihan yang kita boleg dapat sebagai pembeli seperti bayaran guaman dan lain-lain bayaran pentadbiran yang percuma.

Mah Sing adalah salah sebuah syarikat pemaju perumahan yang berada di dalam kategori ini. Rekod setakat ini menunjukkan tiada masalah yang timbul dengan pembelian hartanah daripada syarikat ini. Syarikat pemaju perumahan ini ialah syarikat yang amat kukuh dan pernah memenangi pelbagai anugerah dalam kategori pemaju perumahan.

Baru-baru ini, pada 30 November 2013, aku dijemput untuk menghadiri majlis perasmian Southville City, sebuah kawasan kediaman moden yang sedang dimajukan oleh Mah Sing. Kawasan ini terletak di Bangi ataupun lebih tepatnya di jalan Bangi Lama.

acara potong riben

acara potong kek oleh pengurusan mah sing

penari tarian singa dengan pihak pengurusan tertinggi mah sing

Apa yang menariknya kawasan perumahan yang sudah bermula pembinaannya ini adalah kawasan perumahan mampu milik. Dengan kedudukannya dalam radius 25 KM daripada pusat bandar Kuala Lumpur, harga yang ditawarkan adalah berbaloi untuk pembelian. Dan memang target Mah Sing untuk projek ini ialah untuk pembeli-pembeli muda yang ingin membeli rumah pertama.

Pada pandangan aku, faktor utama yang akan membuatkan kawasan kediaman moden ini akan mendapat perhatian pembeli ialah akses yang senang daripada lebuhraya. Bermula daripada tahun hadapan, satu akses ataupun exit terus ke kawasan kediaman tersebut daripada Lebuh Raya Utara Selatan.

Akses terus ke Lebuhraya Utara Selatan daripada township Southville City

Akses terus ke Lebuhraya Utara Selatan daripada township Southville City

Faktor-faktor lain yang bakal membuatkan kawsan kediaman ini mendapat perhatian ramai ialah:

1. Perancangan Bandar yang teliti.

Southvile Dirancang dengan begitu teliti dari segi pembangunan bandar dan infrastrukturnya. Kawasan kediaman ini akan menjadi kawasan kediaman yang serba lengkap di masa akan datang. Ini adalah kerana kawasan kediaman ini akan dilengkapi dengan bangunan pejabat, hotel, tempat persidangan dan lain-lain kemudahan infrastruktur.

Kedudukannya yang strategik di tengah-tengah antara pusat bandaraya Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur akan menjadikan kawasan kediaman ini satu tarikan kepada orang ramai dan peniaga-peniaga.

2. Pelbagai jenis kediaman akan dibina

Pelbagai jenis kediaman akan dibina di kawasan kediaman moden ini. Bermula daripada apartment kos rendah hingga ke banglo ekslusif, semuanya akan terbina di situ.

3. Kemudahan unik di dalam kawasan kediaman

  1. Riverside Walk
    Persiaran tepi sungai yang akan dibina akan menjadikan kawasan kediaman ini mendamaikan. Ia adalah persiaran sejauh 6 ekar yang dikelilingi oleh taman lanskap dan tasik. Ia akan terasa seperti kita berada jauh daripada kesibukan kotaraya hutan batu.
  2. Nature’s Trail
    Denai Semulajdi ini akan turut menjadikan kawasan kediaman ini unik. Ia terasa seperti kita berada di kawasan semulajadi dengan 20 ekar hutan hijau yang sesaui untuk jungle trekking dan aktiviti lasak yang lain.
  3. Urban Park
    Taman lanskap komuniti ini seluas 10 ekar dan dilengkapi dengan taman permainan, taman skate, dan lain-lain kemudahan lagi.
  4. Bicycle Trail
    Trek basikal turut akan dibina sepanjang 13 km di sekeliling kawasan kediaman bandar ini. Trek ini akan membawa kita ke tempat-tempat utama di dalam township ini.
  5. Security
    Kawalan keselamatan di kawasan kediaman ini yang ketat akan membuatkan penghuninya terasa aman.

Projek yang sedang disiapkan sekarang dan dibuka untuk jualan ialah Service Apartment yang dinamakan Savanna Executives Suites. Ia berstatus pegangan bebas (freehold). Servis Apartment 3 bilik ini mempunyai keluasan daripada 956 kp sehingga 1,017 kp. Di tingkat-tingkat bawah terdapat ruangan kedai dan butik.

Southville city

savanna executive suites

kedai dan butik di tingkat bawah

kawasan rekreasi tingkat 5

Kemudahan lain yang ditawarkan oleh service Apartment ini sendiri ialah seperti kemudahan rekreasi daripada kolam renang, Aqua Gym, Jacuzzi, Kawasan permainan air, Taman Herba, Taman Reflexology, Taman Rintangan (maze), Tempat Yoga, Taman Permainan, Dewan Pelbagai Guna, dan kawasan BBQ. Semuanya ini disediakan di tingkat 5 bangunan tersebut.

Southville City ialah kawasan kediaman moden berkonsepkan kehidupan pinggir bandar. Ia adalah hartanah mampu milik yang boleh anda pertimbangkan berdasarkan konsep bandarnya, keistimewaan ciri-cirinya, kemudahan yang ditawarkan, kedudukan yang strategik dan hampir dengan pusat bandaraya dan lain-lain faktor lagi.

Anda boleh LIKE Fanpage Mah Sing untuk mendapat berita terkini

Anda boleh LIKE Fanpage Mah Sing untuk mendapat berita terkini

Untuk tempahan dan ketengan lanjut, anda boleh hubungi talian: 03-8938 2776 ataupun 03-8938 2781. Anda juga disyorkan untuk singgah di laman web Southville City: www.southville-city.com.

Moga kawasan kediaman moden pinggir bandaraya ini mampu memberikan ciri-ciri kediaman anda yang dicari-cari selama ini.

14 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: