More

    3 Sebab Kenapa Aku Suka kad prabayar Shell easiGo American Express

    Selama ini, ada 2 stesen minyak yang aku suka untuk singgah dan isi minyak. Satu daripadanya adalah Stesen Minyak Shell.

    Tetapi selepas program Shell Fuelsave Challenge 2014 yang diadakan baru-baru ini, aku memang dah tak pandang stesen minyak yang lain dah. Terasa semacam serasi dengan Shell ni.

    Program tersebut memang banyak memberi info kepada aku tentang penjagaan kereta, pemilihan minyak enjin kereta dan lain-lain. Yang paling best ialah ia banyak berkongsi cara-cara untuk menjimatkan minyak kenderaan yang memang berkesan jika diamalkan.

    Baru-baru ini Shell sekali lagi tampil kehadapan dengan melancarkan kad prabayar Shell easiGo American Express. Kad ini dikeluarkan oleh Maybank dengan kerjasama American Express dan Shell sendiri.

    Tuan Haji Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd
    Tuan Haji Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd

    Aku yang hadir ke majlis pelancaran kad ini telah telah menerima sekeping kad tersebut untuk merasai pengalaman menggunakannya. Seronok sungguh apabila menjadi antara yang terawal memiliki kad tersebut. Memang sungguh teruja!

    debit card
    Inilah kad prabayar Shell easiGo American Express.

    kenapa aku suka kad Prabayar Shell easiGO American Express hasil kerjasama antara Shell, Maybank dan American Express ini adalah:

    1. Ianya lebih selamat

    Memang selamat la kan. Sebabnya tak perlu lagi bawa duit banyak-banyak dalam wallet. Sekarang ni macam-macam bahaya menanti. Peragut la, perompak la. Dengan kad ini, leretkan sahaja di mesin kad pam minyak, dan terus dapat mengisi minyak.

    Kad ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti kad debit dan kad kredit yang lain. Ini bermakna bukan senang penggodam dan penjenayah siber untuk melakukan aktiviti jahat mereka. Sudah tentu ia dilengkapi nombor keselamatan.

    2. Bijak serta mudah

    Menggunakan kad ini bagi aku adalah sesuatu langkah yang bijak. Sebagai seorang yang sukar untuk mengawal perbelanjaan, memiliki kad ini memang dapat membantu aku dapat merancang aliran wang tunai dengan baik.

    Di awal bulan apabila mendapat gaji, aku akan masukkan sejumlah wang ke dalam akaun kad ini. Jadi aku sudah tahu amaun yang aku peruntukkan untuk bulan itu. Jika perbelanjaan minyak bertambah pada bulan itu, aku akan tambahkan lagi duit setakat yang aku rasa cukup untuk kegunaan bagi bulan tersebut.

    Oleh kerana duit alokasi minyak sudah diketepikan, bolehlah aku merancang lebihan duit tadi untuk perkara-perkara yang lain.

    Penjimatan sehingga 10 peratus ke atas pembelian minyak pelincir Shell di kedai-kedai Shell Select juga diberi kepada pemegang kad ini.

    Memiliki kad ini memang menjadikan hidup lebih ringkas dan mudah. Tak perlu lagi aku parking kereta di pam minyak kemudian berjalan pergi ke kaunter untuk membayar minyak.

    Tak perlu lagi aku beratur panjang hanya untuk membayar harga minyak jika sekiranya waktu itu pelanggan ramai seperti di waktu puncak.

    Sekarang ini aku hanya perlu leretkan sahaja kad ini di mesin kad di pam minyak dan mula mengisi minyak. Setel! Memang mudah dan menjimatkan masa aku.

    3. Manfaat yang banyak

    Selain daripada kemudahan yang aku sebutkan di atas, kad ini juga menyediakan banyak manfaat kepada penggunanya.

    Antaranya, pemegang kad ini dapat menikmati sistem mata ganjaran berganda, iaitu Maybank Treatpoints, di mana 1 mata ganjaran diberi untuk setiap RM3 yang digunakan.

    Untuk mata ganjaran Bonus Link, pelanggan akan menikmati mata ganjaran di mana 1 mata ganjaran diberi untuk setiap liter minyak yang diisikan di Shell.

    Oh ya, pemegang kad ini juga akan dilindungi oleh Insurans Kemalangan Diri (Total Permanent Disability Personal Accident) dengan jumlah perlindungan sebanyak RM15,000 dalam tahun pertama. Ia terpakai untuk pemandu motosikal dan kereta.

    Selain itu, pelbagai promosi serta tawaran akan diadakan dari masa ke semasa untuk menggalakkan penggunaan Kad Prabayar Shell easiGO.

    Quotes dar Ammex, Shell dan Maybank

    “Pelancaran Kad Prabayar Shell easiGO merupakan satu pencapaian penting dalam strategi perkembangan American Express di Malaysia. Bersama rakan kerja kami, Shell dan Maybank, kami yakin Kad Prabayar Shell easiGO dapat memperkenalkan American Express kepada golongan pengguna baru serta menawarkan lebih banyak pilihan dan kesenangan bagi mereka.”
    ~ Encik Sanjiv Malhotra, Naib Presiden, Pemasaran Baru, Perkhidmatan Rangkaian, American Express

    wakil dari Shell, Maybank dan American Express
    wakil dari Shell, Maybank dan American Express

    Sasaran Shell Malaysia adalah untuk mencapai sekurang-kurangnya 80,000 langganan Kad ini masa enam bulan yang seterusnya. Ia yakin produk ini akan menarik minat pelbagai golongan pengguna terutama mereka yang menginginkan cara pembayaran alternatif yang melangkau perkhidmatan kredit dan debit.

    “Maybank dan American Express dipilih sebagai rakan kerja strategik oleh Shell Malaysia disebabkan kedua-dua bank tersebut merupakan institusi kewangan yang terkemuka. Kami yakin kerjasama ini akan menawarkan tawaran produk dan perkhidmatan yang lebih baik kepada lebih ramai pelanggan. Shell Malaysia sentiasa mempelopori kaedah baru yang inovatif untuk mempertingkatkan produk dan perkhidmatan.. Jalinan kerjasama ini mencerminkan matlamat kami untuk memberikan pengalaman yang bermutu tinggi kepada pelanggan di Shell Malaysia,”
    ~ Tuan Haji Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd.

    Kad ini merupakan usaha Maybank mencapai perkembangan dalam segmen baru.

    “Maybank merupakan peneraju pasaran dalam perniagaan kad dengan jumlah pelanggan melebihi 9.6 juta di seluruh negara kita dapat menjangkau semua segmen pelanggan dengan produk baru ini.”

    “Dengan memanfaatkan keteguhan perkhidmatan elektronik Maybank serta jaringan pengedaran Shell yang luas, kami yakin bahawa produk baru ini akan diterima baik oleh pelanggan”
    ~ Encik B. Ravintharan, Ketua Bahagian Kad, Kumpulan Perkhidmatan Kewangan Komuniti, Maybank

    Tambah Nilai

    Pemegang kad ini boleh membuat tambahan nilai Kad Prabayar Shell easiGO mereka di stesen Shell serta lebih 3,000 mesin ATM atau mesin deposit tunai Maybank di seluruh negara, pemindahan dalam talian melalui www.maybank.com.my dan perkhidmatan GIRO antara bank (IBG).

    pengeluaran tunai dan periksa baki kad

    Selain itu, pemegang kad juga dapat mengeluarkan tunai dengan Kad ini di mesin ATM tanpa caj tambahan dengan PIN yang sah, serta memeriksa baki mereka menerusi SMS, mesin ATM Maybank atau di www.maybank.com.my. Had tambahan nilai maksimum bagi kad ini ialah RM5,000 dan had tunai maksimum bagi setiap pengeluaran tunai ialah RM1,000.

    Pemegang kad perlu pergi ke mana-mana cawangan Maybank di seluruh negara untuk memohon nombor pin bagi urusan pengeluaran tunai.

    Promosi

    Sempena pelancaran Kad Prabayar Shell easiGO, para pemegang kad berpeluang memenangi hadiah-hadiah tunai berjumlah RM450,000 dengan pembelian minimum RM5 dengan Kad Prabayar Shell easiGO mereka. Ini akan diuruskan oleh Maybank bagi tiga bulan yang akan datang. Seramai 1,500 pemenang akan dipilih setiap bulan untuk memenangi hadiah tunai yang akan dimasukkan ke dalam Kad Prabayar Shell easiGO mereka.

    starter kit berharga RM15
    starter kit berharga RM15

    Info lain.

    • kad ini adalah kad prepaid yang mempunyai ciri-ciri keselamatan dan ianya boleh dimohon oleh individu yang berumur 18 tahun ke atas tanpa sebarang syarat dan tanpa perlu menunjukkan penyata pendapatan serta pemeriksaan kredit
    • Dokumen yang diperlukan untuk memohon kad ini hanyalah:
      • kad pengenalan yang sah jika anda penduduk Malaysia
      • Pasport bagi bukan penduduk Malaysia
    • Kad ini boleh digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan di semua stesen minyak Shell di Malaysia. Juga boleh digunakan di kedai-kedai yang menerima kad Ammex, sama seperti kad kredit dan debit yang lain.
    • kad ini (starter pack) berharga RM15 sahaja.
    • ada 2 jenis kad:
      • 1. untuk pengguna motorsikal
      • 2. untuk pengguna kereta
    •  sama seperti kad kredit dan debit yang lain amaun pra kebenaran akan dipegang ke atas baki yang ada di dalam kad anda dalam lingkungan RM200-RM250 apabila anda mmembayar di mesin pembayaran di pam minyak.
    • untuk kemudahan pengguna Shell merendahkan limit pra-kebenaran untuk kegunaan di mesin pembayaran luar kepada RM20 untuk penunggang motorsikal dan RM80 untuk pemandu kereta. Amaun yang tidak digunakan daripada amaun pra-kebenaran yang dipegang akan dikredit semula ke dalam baki kad dalam masa 2-4 hari berkerja
    •  Anda boleh membayar di kaunter dalam Shell Select untuk mengelakkan amaun pra-kebenaran ini dipegang.
    • had minima nilai tambahan (reload) adalah RM10 dan had maksima adalah RM5,000.
    • limit transaksi kad ini adalah RM5,000.
    • Kad ini boleh di dapati di stesen minyak Shell di seluruh negara. Anda boleh membeli starter pack di sana dan dikehendaki mengisi borang. Seterusnya anda perlu menyerahkan borang tersebut bersama dengan salinan kad pengenalan atau salinan passport kepada Maybank menerusi pos, faks ataupun emel. Kad ini akan diaktifkan oleh Maybank dalam 2 hari berkerja apabila dokumen selamat diterima.
    •  emel: prepaidcard@maybank.com.my
    • Fax No. : +603-2070 6868
    • Alamat : Pusat Kad Maybank 7th floor, Menara Maybank, 100, Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur
    • satu notifikasi memlaui sms akan anda terima melalui nombor telefon bimbit yang anda daftarkan di dalam borang menandakan kad sudah boleh digunakan.
    • pemegang kad ini boleh memeriksa baki kad ini melalui SMS secara percuma. Namun caj Telco tetap dikenakan.
    • pemegang kad ini boleh akses kepada penyata online di www.maybank2u.com. malah mereka boleh memohon untuk mendapatkan statement Hardcopy.

    Latest articles

    Related articles

    37 Comments

      • tak juga bro..

        1. had pegangan dia dia dah rendahkan. instead of rm200-rm250, dia dah turunkan ke RM80 bg pemandu kereta
        2. had pegangan baki ni terpakai kalau kita swipe kat mesin luar tu. kalau swipe kat dlm ok jer balance sikit pon

        harap maklum

    1. ada satu perkara tidak disebut (atau mungkin saya tak dengar dari pekerja Shell)

      ada 2 versi – Rider dan driver. Maximum transaksi minyak di pam minyak bagi versi Rider ialah RM 20 (dah kena) dan saya rasa bagi versi Driver adalah RM 80. Jadi, bagi penunggang motor2 besar, baik ambil versi driver la kut… hehehe

      • tu bukan maksimum transaksi bro. yg tu adalah amaun yg dipegang oleh shell. maknanya once kita guna duit tu rm20 (utk rider) terus dia potong/pegang (hold). meaning kad mesti ada baki lebih rm20 utk digunakan dalam bulan tu. nanti dia akan masukkan balik dlm akaun tu

        • Boleh Guna di mana2x yg sahaja di dunia Sama fungi macam master card.ada logo American ekxpres Boleh guna xde mslh sy pun Ada guna master card n shell easi go American ekxpres ni Mmg best Sbb x payah Bwk cash

    2. Salam bro,

      kalau pakai kad ni, kad bonuslink takpayah guna lagi ke? atau dia link ngn bonuslink? atau kene guna dua2 untuk dapatkan point yg berasingan?

      tq

      • tak perlu bro. dia dah link kan antara kad ni dan bonus link. maknanya kalau pakai kad ni kita akan dpt 2 jenis loyalty points:

        1. Maybank TREATS point – RM3 utk satu point
        2. Bonus link point

        harap menjawab soalan bro

    3. Salam,

      Minta maaf kalau apa yang sy nak cakapkan nie akan buat orang x akan nak beli kad easigo nie.

      1st: Kad pengaktifan yang gile lembap..sampai nak kena buat follow up setiap hari selepas 2 hari. Once dah activated, kena tunggu at least seminggu untuk kad nie link dalam maybank2u. siyes sakit hati..better pakai kad debit or kad kredit.

      2nd: Ramai orang x tanya pasal annual fee.. annual fee baik dia tukar kepada monthly fee, tetiap bulan dia akan tolak rm6..so maknanya untuk setahun rm72. baik pakai kad debit instead pakai kad nie.

      Kesimpulannya: better pakai kad debit sebab kad debit x kena pun annual fee just cuma dia akan deduct rm200 dan kena tunggu at least sehari untuk pihak shell update pada maybank. serius rugi rm15 aku sebab beli kad nie kononnya nak control kad debit n kredit kat atas minyak…

      • tak per… sy berterima kasih sebab sudi komen di blog ni. sekurang-kurangnya ada juga pandangan yg sebaliknya yang tak terjadi kpd saya..

        setiap sesuatu ada lebih dan kurangnya. so pilihlah yang terbaik mengikut citarasa kita.

        • oh ya.. sy dah cek dgn maybank.

          annual fee hanya RM6.00 setahun. 50 sen akan di caj kpd kad shell easigo setiap bulan. (0.50 X 12 = RM6)

          saudara mungkin menyangkakan RM6 sebulan kan? yg sebenarnya RM6 utk setahun. Jd lebih murah…

    4. Nak tanya, kalau kita ambil kad prabayar shell ini, kad debit kita masih aktif kan… ini tidak ada kena mengena dengan kad debit dan kad pra bayar ni… betul ke… saya takut nanti bila guna kad pra bayar ni, saya kena update semula kad debit debit saya. TQ

    5. salam bang,
      >kad ni tak leh request berapa ringgit kita nak isi ke?memang terus full tank je ek?
      >if kita pakai kad ni kat kaunter, even balance dalam kad ni contoh rm100 pon still boleh lagi ke?
      tq

      • wassalam…

        > paling banyak sekali isi RM80. dia dah setkan. Tp kalau nak isi bawah dr nilai tu just set kat pump jer la. or just control nozzle masa isi myk tu.

        > ya. if swipe kat kaunter, balance sikit pun still boleh guna as long as nilai pembelian tidak melebihi amaun yg ada dalam kad.

        tq 😉

    6. Saya nampak 1 je kebaikan – pre authorized amount serendah rm80.00. Sebab saya takkan simpan banyak-banyak duit dalam kad debit, maksimum rm200 je setiap masa untuk elak card fraud.

      Rewards – Nak kumpul point dgn maybank atau bonuslink nampak sangat makan masa. kecuali pakai kad kredit amex maybank; rm1 dapat 3 treats points maybank. Kalau dapat cashback sekurang-kurangnya 1% untuk mana-mana pembelian pada setiap ujung bulan lagi baik kot, macam kad debit alliance hybrid account.

      Annual fee – walaupun caj RM0.50 sebulan, tapi masih duit kita. kalau darab setahun rm6.00. lepas nasi sebungkus. darab unruk 10 tahun, RM60. RM60 tu, lepas kalau kita terdesak nak pakai duit bila kecemasan. Lagi baik kalau tiada caj tahunan macam kad debit Esso-Mobil dari public bank. Dapat pula cashback 0.5% untuk mana mana pembelian setiap bulan.

      Jenama American Express – tak banyak kaunter menerima AMEX di Malaysia

      Ni pendapat saya sahaja : ) Anyway, post ni bagus untuk memperkenalkan kad debit amex shell tersebut. Terima kasih.

      • ya.. pendapat anda sgt saya alu-alukan. mana-mana kad debit ada kelebihan dan kekurangannya yg tersendiri. terpulan kpd masing-msing untuk pilih. sy pilih kad yg ada related dgn shell sbb sy isi minyak kat shell. yang lain terpulang.. 😉

      • -ve tu maknanya ada duit la dlm kad tu. istilah bank ni dia terbalik. cthnya dia masukkan jumlah tertentu ke dalam akaun kita. istilah dia bank kreditkan duit ke dalam akaun kita.

        kalau istilah biasa kredit tu maknanya duit keluar.

    7. Salam bro
      Nax tye nie…
      1: sy ade card versi 1 yg pict motor limit rm20
      so dlm sehari bpe kali sy bley guna.
      2: macamana nax checx balance prepaid card nie melalui sms.
      tq in advance

      • wassalam.. guna brp kali pon boleh dlm sehari selagi ada kredit kat dlm tu. cuma utk setip kali isi tu ada limitnya.

        nak cek melalui sms sy tak pasti boleh ke tidak. tp kalau masukkan kad debit tu dlm atam machine maybank, boleh cek balance

    8. Assalamualaikum,

      Saya pengguna kad Easigo versi penunggang motorsikal, pertama kali saya guna diorang deduct RM20 dari kad saya, kenapa eh ?

      -Arif.

    9. Semua stesen shell buleh gunakan kad ni ke tuan? Sbb di kawasan sy pekerja tu cakap kad ini x boleh digunakan. Hanya visa dan mastercard je boleh guna. Kecewa juga Sbb x boleh gunakan kad easygo ni memandangkan kawasan sy hanya ad satu stesen shell.

    10. salam,

      maaf sy masih tak berapa faham pasal :-

      ( amaun yg dipegang oleh shell. maknanya once kita guna duit tu rm20 (utk rider) terus dia potong/pegang (hold). meaning kad mesti ada baki lebih rm20 utk digunakan dalam bulan tu. nanti dia akan masukkan balik dlm akaun tu)

      apa makna ye klu diorang pgg duit tu? knp mesti hold rm20 utk moto dan rm 80 utk kereta? masa kita isi minyak guna mesin luar. tq

      • ya betul..

        ada dua jenis card. satu utk motor yg hold rm20 tu. satu lagi utk kenderaan lbh besar.

        jika tak nak bg dia hold swipe kat dalam or prset kan dulu amaun yg nak dicaj kat mesin isi minyak tu

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge