Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah. Petang ni dapat berbuka puasa percuma lagi. Kalau sebelum ni dapat rasa Asam Pedas Pak Zul di SINI dan dapat pekena kambing bakar special kat SINI, hari ni dapat pulak merasai buffet Ramadhan di hotel singgahsana PJ.
cuma jika dua jemputan sebelum ini adalah jemputan pihak restoren dan hotel untuk blogger buat food review, jemputan kali lebih istimewa dan bermakna. buffet ramadhan di hotel singgahsana hari ini ditaja sepenuhnya oleh insan yang sangat suka memberi iaitu saudara mohd ilham tuan punya blog terkenal tanahair, denaihati.com.
lebih istimewa lagi kali ini boleh bawa keluarga sekali. lantas dengan pantas aku bawa isteri dan dua 3 orang anak-anak ku. kalau jemputan food review tak boleh bawa family. masa buka puasa tu teringat je keluarga kat rumah. ya la, kat hotel menu ada seratus lebih. kat rumah tu apa la yang anak bini makan. 😥
aku sebenarnya baru je sampai ni. nak cari-cari rakan blogger dan survey menu makanan serta tangkap gambar dulu. walaupun jemputan kali bukan untuk food review apa salahnya aku buat review secara percuma untuk buffet ramadhan hotel singgahsana pj ni. untung-untung PR dia baca entri aku, mana la tau tahun depan diorang ajak aku review sekali lagi. hahahaha
aku tiada masalah untuk cari hotel singgahsana ni. sebabnya aku pernah sampai di sini masa event ini dulu. hotel ini amat sinonim dengan denaihati kerana banyak aktiviti blogging anjurannya dibuat disini.
tapi kat sini pengunjung agak ramai. nak ambil kambing bakar pun kena beratur panjang. agak bersesak-sesak la jugak.
ok la. ini live blogging. entri seterusnya akan menyusul.
semoga denaihati dilimpahkan rezeki oleh Allah kerana sifatnya yang suka memberi ini. lagilah di bulan ramadhan ni. mesti pahala berlipat ganda. teringat aku satu hadith tentang pahala memberi makan (berbuka) kepada orang-orang yang berpuasa ini. hadith riwayat at tirmizi kalau tak silap. lebih kurang bunyinya:
barangsiapa yang memberi makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka pahalanya sama seprti pahala orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun.
moga kita semua dapat mencontohi sifat pemurah denaihati ini. ameen
wah banyak makan free..
semoga rezeki denaihati lebih bertambah lepas nie..
adarain recently posted..Animasi Tempatan Dulu Dan Kini
insyaAllah. tuhan dah janji siapa yg pemurah akan dimurahkan lg rezekinya
seriously,, kalau dekat mmg nak sangat join :'(
muja recently posted..Iftar Dengan Family Di Restoran Terapung, BB Joran
x per, nnti kita mintak denaihati buat kat KB ok? 😉
Bestnya dpt mkn free.. kambing bakar pun ada yer…
Azuan recently posted..Melayu Boleh
kambing bakar feberet aku tu
Subhanallah. Moga tuan Ilham terus dilimpahi rezeki yg diberkati Allah jua.
Tak dapat jumpa rakan blogger. Moga ada kesempatan lain. Thanks boh kongsi. Ambe tunggu menyusul gambar2 pulok. =)
hafizmd recently posted..“Abang, Sayang nak buat Wall MakeOver by Na….”
ameen…
antara yang terawal up story pasal ni..laju pantas betul.
azwan recently posted..Ganjaran Besar Bersedekah Di Jalan Allah S.W.T
boring beratur pjg punya psl. heheheh
untung la… rasa org last makan kot..hahhaa
nizam ijam recently posted..Jin Pun Ada Twitter
hehehe
hahahahhahaa
nizam ijam recently posted..IFTAR – Bersama Denai Hati Di Hotel Singgahsana Petaling Jaya
Moga tuan Denaihati terus dimurahkan rezeki.
Affan recently posted..Puasa dan Cuaca Yang Sangat Panas
ameen
makanan kat Hotel Singgahsana memang terbaik. surau sementara juga besar.
ingatkan guna surau yg asal..risau gak.
Ladfe Amir recently posted..Buffet Ramadan Cyberview Lodge Resort & Spa
tp ok la. sbb pihak hotel sanggup sediakan surau yg agak besar.
live blogging mana sempat nak letak gambo bagai kan? kita pun tak sempat borak..
lya lorrr 😉
Semua blog ada kambing seksi dok tergolek…..
seronok kan dapat bawa family…tak adalah nak telan makanan sedap² tu terasa tersangkut je kat tekak
Kujie recently posted..5 Cara Mendapatkan Pembaca Setia Blog
sy tak perasan bro kat sana, ada masalah cam muka muka orang sebab mosty tengok gambar kat laman social je..huhu
Zuan recently posted..Raya Moments of Closeness with Samsung
la.. bro ada gak ker? aku pon x perasan. sibuk ngan anak bini yer jugak. x der masa sgt nak kesana kemari..
wah best ar..makan sesama blogger…syok tu dpt tambah2 ilmu sambil makan…hihi..:D
fizizaidi recently posted..Hargailah Pemberian Ibu Bapa Kita
yup.. mmang best!!! 😉
Kambing golek tu paling popular semua blog ada hahaha
AkmaOmar recently posted..Adam Berbuka Puasa Bersama Denaihati Network
hahahahah… nak buat mcmana.. dah dia yang paling seksi.. hahaha