More

    Jom Terjah Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam

    Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam - pintu masuk ballroom

    Aku dijemput lagi untuk buka puasa food review. Kalau sebelum ni terpilih untuk buka puasa review di restoren INI, kali ni aku dijemput untuk buat review di hotel pulak. Hotel yang dimaksudkan adalah Hotel De Palma Shah Alam.

    Mula-mula sampai tu aku tengok biasa je buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam ni. Sama macam hotel-hotel yang pernah aku lawati untuk event berbuka puasa je.

    Tetapi sangkaan aku meleset apabila Resident Manager, Puan Hanidah Shahril datang dan membawa para blogger semua melawat ke sudut menu-menu yang sedang disediakan pada masa itu.

    Sungguh banyak pilihan menu untuk buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam ini. Ada 130 lebih menu untuk dicuba. Dan pastinya anda takkan habis mencuba menu-menu di situ walau sebesar mana pun perut anda.

    Pakej Lengkap Video Bun, Pau Dan Pizza Style Hotel

    Buffet Ramadhan di sini di buat di grand ballroomnya. Dengan bilik yang mampu menempatkan sekurang-kurangnya 1250 pengunjung ini, pihak hotel mampu menyediakan banyak meja-meja untuk tempahan buffet Ramadhan. Ballroom itu juga ditempatkan satu pentas dengan 3 bahagian iaitu untuk persembahan nasyid dan qasidah, sudut bacaan Al Quran dan sudut tazkirah Ramadhan.

    Grand Ballroom yang boleh memuatkan seramai 1250 pengunjung

    Yang paling menarik ialah kelainan yang dibuat oleh De Palma Hotel Shah Alam ini. Apa yang aku maksudkan dengan kelainan ialah pengunjung buffet Ramadhan De Palma Hotel ini disajikan dengan alunan qasidah sementara menunggu waktu berbuka. Selepas sahaja azan yang dikumandangkan di situ, pengunjung sibuk dengan berbuka puasa. Pada masa ini pengunjung disajikan pula dengan bacaan Al Quran.

    Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam - qasidah
    Pelajar maahad tahfiz senang mengalunkan qasidah
    Qari dari luar negara sedang memperdengarkan bacaan ayat suci Al Quran

    Kemudian bila dah kesibukan menjamu selera dah semakin kurang, di kala pengunjung beralih kepada menu makanan yang lebih ringan, pengunjung dapat pula mendengar tazkirah ramadhan yang diadakan secara langsung di situ oleh ustaz yang dijemput khas. Mendengar tazkirah semasa menikmati juadah ini sebenarnya memberi ruang untuk ilmu melekat terus di kepala. Antara sebabnya pada masa ini pengunjung sudah mula tenang dan suasana pembelajaran menjadi lebih santai. Ini pertama kali aku mendapat pengalaman berbuka puasa sambil disajikan dengan alunan qasidah, bacaan Al Quran dan tazkirah. Aku rasa anda semua pun belum pernah melalui pengalaman begini. Betul tak?

    Tazkirah di Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam

    Ok, kita pergi kepada menu buffet Ramadhannya pula. Dengan lebih 130 jenis menu agak mustahil aku nak ingat semuanya. Tapi kalau anda tanya apa yang paling best kat sana, aku dengan pantas akan menjawab: “kambing bakar!”. Sebenarnya aku memang gemar makan kambing dan aku tau benar masakan apa yang best untuk kambing ni. Memang kambing bakar di buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam ini best! Rasanya yang secukup rasa amat memikat hati aku. Natijahnya aku telah menghabiskan dua piring daging kambing bakar pada malam itu. Rugi lah blogger INI sebab dia tak boleh makan kambing. Darah tinggi katanya. Hilang satu nikmat dunia. hehehehe.

    Satu lagi yang aku suka ialah ikan keli berlada. Rasanya yang sedap satu hal. Satu lagi ianya dimasak secara “live” oleh chef. Kita boleh tengok sendiri chef menggoreng ikan keli sambil memerhatikan ikan keli yang masih hidup berenang-renang di dalam akuarium.

    Menu masakan kebanyakannya bercirikan kemelayuan. Ia bertepatan dengan konsep “Juadah Resipi Ibunda” yang cuba diterapkan oleh pihak hotel.

    Satu lagi yang unik ialah di sini disediakan sekumpulan masakan yang dipanggil “Hidangan Raja Sehari”. Menu masakan di sudut ini terdiri daripada masakan-masakan yang biasa kita dapati di kenduri kahwin. Ada gulai daging, gulai kambing, masak lemak udang dan lain-lain.

    Untuk acara “basuh mulut” (desert) terdapat pelbagai kuih muih dan buah-buahan untuk kita pilih.

    Aku menutup upacara buffet Ramadhan tersebut dengan semangkuk ABC. Yang ni pun terbaik rasanya. Bahan-bahannya banyak masukkan di dalam semangkuk ABC tu.

    Kewajipan perlu ditunaikan. Kepada yang nak bersolat maghrib, boleh terus ke surau yang disediakan di Ground Floor bersebelahan dengan swimming pool. Suraunya agak selesa dan turut digunakan untuk solat sunat terawih selepas itu.

    Secara keseluruhannya aku agak kagum dengan hotel ini terutamanya dalam menitikkan beratkan soal agama Islam dengan mewujudkan aktiviti yang berbentuk keagaaman di dalam buffet Ramadhannya. Ini amat bersesuaian dengan slogan hotel itu sendiri, “leading syariah compliant” yang tertera pada business card Resident Managernya.

    Jadi kepada sesiapa yang nak mencuba masakan bertema “juadah resipi ibunda” boleh lah bertandang ke De Palma Hotel Shah Alam ni.

    Harga bagi Buffet Ramadhan ini ialah RM 75 nett / Dewasa dan RM 35 nett bagi kanak-kanak 6-12 tahun.

    Untuk urusan tempahan dan pertanyaan lanjut anda bolehlah menghubungi:

    Tel: 03-5542 8080
    Address: De Palma Hotel Shah Alam,
    Jalan Nelayan 19/15, Seksyen 19,
    P.O Box 7511,
    40718 Shah Alam,
    Selangor D.E

    Kepada yang tidak biasa dengan kawasan seksyen 19 ini boleh rujuk peta di bawah:

    Foto-foto lain yang sempat diambil sekitar majlis buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam:

    Latest articles

    Related articles

    18 Comments

      • sememangnya byk bikin artikel spt ini. kerna ini ialah artikel food review. kami dijamu secara percuma dan kami dikehendaki menulis review tentang buffet tersebut

    1. […] Hari ini sudah hari ke 13 kita berpuasa. kejap je kan? Pejam celik pejam celik je. Di tengah kesibukan menunaikan ibadat puasa, aku juga sibuk menunaikan kewajipan sebagai blogger. Banyak undangan food review daripada restoren dan hotel yang diterima. Ada yang aku terima seperti jemputan daripada restoren ini dan hotel ini […]

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge