Raya Moments of Closeness with Samsung

Hari ini sudah hari ke 12 kita berpuasa. kejap je kan? Pejam celik pejam celik je. Di tengah kesibukan menunaikan ibadat puasa, aku juga sibuk menunaikan kewajipan sebagai blogger. Banyak undangan food review daripada restoren dan hotel yang diterima. Ada yang aku terima seperti jemputan daripada restoren ini dan hotel ini

Manakala hotel yang menjadi tempat berlangsungnya majlis pelancaran aplikasi android Chef Jo iaitu Cyberview Resort and Spa terpaksa aku tolak kerana memilih untuk berbuka puasa bersama keluarga.

Kini kita sudah berada di 2/3 Ramadhan. Kepada yang mempunyai target peribadi seperti sasaran untuk khatam Al Quran menggunakan formula INI, adakah anda berada di landasan perancangan anda. Jika anda berada di depan perancangan anda, tahniah! Anda sudah membuat yang terbaik. Jika anda di belakang, jangan putus asa. Ramadhan masih ada. Gandakan usaha dan aktiviti bacaan Al Quran anda. Anda pasti berjaya.

Selepas habis berpuasa nanti, tibalah hari kemenangan yang kita nanti-nantikan. Setiap orang mempunyai makna Hari Raya yang tersendiri.

Bagi aku hari raya ini selain daripada aku menyambut hari kemenangan kerana berjaya melalui bulan tarbiyah dengan penuh jaya, ianya adalah hari yang membawa saat-saat kemesraan aku bersama keluarga dekat dan jauh. Ia juga  membawa saat-saat kemesraan aku dengan kawan-kawan lama terutama kawan-kawan di alam persekolahan.

Disebabkan nilai kemesraan di sebalik sambutan hari raya inilah Samsung telah melancarkan kempen “Raya Moments of Closeness with Samsung” ataupun Saat-Saat Kemesraan Hari Raya Bersama Samsung.

Dimana saat-saat kemesraan Hari Raya aku?

Saat-saat kemesraan menjelang raya

Sudah menjadi tradisi kami akan balik kampung di Kuala Terengganu sehari atau dua hari sebelum hari raya. Kami biasanya memilih untuk balik dengan menaiki kereta yang dipandu oleh aku sendiri. Masa itulah kemeriahan mula terasa dengan lagu raya yang tidak putus-putus. Masa itulah biasanya akan berlaku kesesakan lalulintas. Walaupun ianya akan meletihkan namun disebaliknya ia adalah kenangan kemeriahan awal menjelang hari raya.

Dan di sebalik kesesakan lalulintas itu sebenarnya terbentang satu saat berharga untuk aku bersama dengan keluarga aku di dalam kereta.

Kami akan singgah di Kuantan dan akan bermalam di hotel sekitar Kuantan. Malam itu sempatlah aku berjumpa dengan konsultan di bawah seliaan aku. Sempat la bermaafan terlebih dahulu dengan mereka.

Saat-saat kemesraan di hari raya pertama

Di pagi raya kami sekeluarga daripada emak (mertua) dan anak-anak aku akan berkumpul dan akan menjamah sarapan secara ala kadar sebelum ke masjid untuk bersolat sunat hari raya bersama-sama. Balik daripada masjid kami akan bersalam salaman beramai-ramai, mengikhlaskan hati meminta ampun dan memaafkan segala kesalahan yang dilakukan sepanjang tahun tanpa sedar atau tidak.

Saat-Saat Keakraban Hari Raya Bersama Samsung

foto hari raya 2011

Di masa inilah saat-saat kemesraan akan terasa. Terasa hubungan kekeluarga kami sangat akrab. Terasa jua kesyahduan kerana mengenangkan ahli keluarga yang telah terlebih dahulu pergi menemui Pencipta..

kedua ayah dan emak aku sudah tiada. Jadi kami akan menziarahi kubur mereka di petang hari raya pertama. Di situ aku dapat mengajar nilai menghormati yang telah pergi kepada anak-anak aku.

Sambil menunggu kanak-kanak dan jiran tetangga datang beraya di rumah, kami akan melayan rancangan tv dan berbual-bual mesra bersama ahli keluarga. Biasanya di hari raya pertama aku hanya berada di rumah tanpa aktiviti ziarah.

Saat-saat kemesraan hari raya kedua

Di hari raya kedua barulah kami akan keluar menziarahi sanak keluarga dan kenalan. Biasanya kami adik beradik (sebelah isteri) seramai 9 orang akan konvoi dengan 3-4 buah kereta untuk menziarahi sanak keluarga di sekitar Kuala Terengganu.

Aktiviti ziarah ini amat penting supaya anak-anak kita mengenali keluarga mereka sendiri seperti makcik-makcik saudara, sepupu dan dua sepupu.

Saat-saat kemesraan hari raya ke tiga

Di hari raya ketiga ada satu lagi saat-saat kemesraan selain daripada menyambung aktiviti ziarah rakan taulan dan sanak saudara. Yang dimaksudkan adalah reunion bersama rakan-rakan sekolah menengah yang sama-sama menamatkan alam persekolahan pada tahun 92. kami namakan kumpulan kami sebagai “SHAMS 92”, mengambil singkatan nama sekolah kami dahulu.

Biasanya kami akan memilih satu restoren di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu. Kami akan melepak sehingga lewat malam. Macam-macam yang kami kongsikan daripada cerita santai kepada cerita bisnes. Saat-saat kemesraan inilah yang sentiasa di tunggu oleh kami.

Saat-saat kemesraan di hari raya keempat

Biasanya hari raya keempat aku sudah bersiap untuk kembali semula ke rumah di Shah Alam Selangor. Singgah sekali lagi di kuantan untuk menziarahi keluarga dan rakan di sana. Sempat la ziarah 3-4 rumah.

Itulah antara saat-saat kemesraan dan keriangan yang aku tunggu-tunggu di hari raya saban tahun.

Hari Raya 2013 ini saat-saat kemesraan dan keriangan tersebut akan menjadi lebih bermakna dengan Samsung. Aku merancang untuk membeli smartphone Samsung yang terbaru iaitu Samsung Galaxy S4 dalam masa terdekat. Tapi ia lebih manis jika Samsung sendiri yang menghadiahkan pada aku. Ini untuk menggantikan smartphone Samsung Galaxy Tab yang aku guna sekarang. Dengan kamera 13MP auto focusnya dapatlah aku mengabadikan saat-saat kemesraan tersebut di dalam foto yang bakal diambil nanti.

samsung-galaxy-s4.jpg

S4 – sasaran aku sebelum raya untuk aku dapatkannya

Pengajaran yang boleh aku ambil daripada hari raya yang lalu memaksa aku untuk lebih menghargai saat-saat kemesraan bersama keluarga dan rakan. Hari raya yang sebelum ini aku tidak banyak bergambar bersama. Sebab tu bila entri ini memerlukan aku upload banyak gambar kenangan hari raya, puas aku mencari di dalam simpanan aku. Yang ada hanya beberapa keping gambar bersama keluarga sahaja. Itu pun hanya beberapa keping foto sahaja aku aku “tergamak” kongsikan. Namun di hari raya tahun ini, insyaAllah ianya tidak akan berlaku lagi.

Disamping itu komunikasi antara keluarga dan rakan menjadi lebih efektif dengan Samsung Galaxy S4. Dengan 1.9 GHz Quad Core Processor, segala sosial media seperti facebook, twitter dan lain-lain, boleh diaktifkan dengan tiada masalah.

Foto-foto pula lebih senang utk dikongsikan melalui instagram dan facebook.

Video juga boleh dikongsikan tanpa masalah loading dengan keek dengan Samsung Galaxy S4.

Semoga kita semua dapat berhari raya dengan sempurna. Berhati-hati di jalan raya. Jangan jadikan kepulangan anda ke kampung halaman menjadi detik untuk ditangisi.

Yang penting, simpanlah saat-saat kemesraan anda di dalam apa jua bentuk samada foto, video dan sebagainya. Ianya akan menjadi sesuatu yang amat berharga untuk anda kenangkan di suatu hari nanti.

Oh ya kepada yang nak hadiah daripada Samsung Family Movie Treats, anda hanya perlu kongsikan gambar hari raya anda di sini

Untuk info lanjut, sila klik :

https://my.campaign.samsung.com/portraitsofraya/

SAMSUNG-POTRAITS-OF-RAYA

Anda juga dipelawa untuk menonton klip video hari raya daripada Samsung ini:

http://youtu.be/jEjz__eJAqA

Oh ya.. Jika anda baca entri ni dan anda suka, sila tekan button LIKE kat bawah tajuk tu ataupun button LIKE selepas entri ni. Errrr kalau tak suka pun klik LIKE juga boleh tak? hahahaha

 

44 comments

    • sohoque 22 July, 2013 at 15:24 Reply

      beres bro. tq ;).

      eh jgn like byk2. like sekali jer tau. sbbnya kalau like, pastu like lg sebenarnya dia jadi UNLIKE. so like sekali jer

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: