More

    Honda HR-V, Memang Cun Luar dan Dalam

    Aku dan Honda

    Jenama Honda dengan aku sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing. Aku dah mula menggunakan kereta Honda Civic sejak 9 tahun yang lalu. Dan kereta kesayangan aku ni terus memberikan khidmatnya yang cemerlang sampai sekarang. Cuma bebaru ni jer pendingin hawanya dah sampai masa untuk di tukar.

    Terus terang aku cakap, membela kereta jenama Honda ni tak sakit kepala. Ramai orang ingat kos servisnya mahal. Tapi tidak! kos servis dia biasa jer. Kalau cecah ribu pun masa kena major servis. Sebab masa tu banyak barang nak kena tukar.

    Sebab tu aku memang takkan tolak kalau ada jemputan untuk aku review kereta jenama Honda ni. Sebelum ni aku ada review tentang CR-Z Hybrid. Lepas tu aku dijemput lagi untuk review Honda City. Dan sekarang aku seronok sebab telah dijemput lagi untuk memandu Honda HR-V ke Melaka.

    Trip Honda ke Melaka

    Seramai 12 orang bloggers mengikuti Trip The Scavenger Hunt Drive ke Melaka hari Rabu yang lalu. Kami dikehendaki memandu kereta-kereta pilihan Honda untuk merasai sendiri pengalaman yang sangat best bersama kereta-kereta tersebut.

    antara bloggers yang menyertai honda trip ke Melaka yang juga pemenang dalam aktivity yang dianjurkan
    antara bloggers yang menyertai honda trip ke Melaka yang juga pemenang dalam aktivity yang dianjurkan

    Untuk trip kali ni, 6 kereta Honda dalam kategori berlainan digunakan iaitu 2 buah Jazz, 2 buah City dan 2 buah HR-V. 2 orang bloggers untuk satu kereta. Alhamdulillah aku bersama blogger En ST dapat merasa memandu Honda HR-V walaupun selepas sampai Melaka kami bertukar-tukar kereta untuk merasa pengalaman memandu kesemua kereta tersebut.

    dari kiri: Jazz, City dan HR-V
    dari kiri: Jazz, City dan HR-V

    Pengalaman memandu HR-V

    Aku sebenarnya ada terfikir untuk bertukar kereta kepada kereta Honda model terbaru. Antara yang ada dalam senarai aku adalah HR-V ni la. Jadi hari tu memang aku dapat lenjan la kereta tu untuk test pick up, penggunaan minyak, fungsi-fungsi barunya dan lain-lain.

    Rupa

    First impression bila aku tengok Honda ni adalah ianya sporty dan sexy. Cantik dari pandangan luar.

    mungkinkah kereta ini menjadi nect car aku?
    mungkinkah kereta ini menjadi next car aku?

    Bila aku bukak pintu dan masuk, fuuuh dalamnya juga cantik dan luas. Pertama sekali yang aku tengok apabila masuk ke dalam sesuatu kereta adalah design dashboardnya. Ada kereta yang design luaran cantik, tapi dashboard tak cantik. Tak syiok…!

    Design dashboard untuk kebanyakan kereta Honda adalah terbaik. Termasuklah Honda HR-V ni. Memang jatuh hati la.

    interior-hr-v

    Kemudian aku mencari kelebihan-kelebihan lain yang ada dalam kereta ni.

    Paparan Audio

    paparan-audio-hr-v

    Memang best. Besar! Dan menggunakan skrin sesentuh (touch screen). Senang untuk aku pilih lagu untuk dan cari siaran radio. Nak tengok movie pun boleh.

    Eh kejap. Korang setakat nak naikkan volume, tukar-tukar lagu, semua ada kat Steering. So tak perlu nak cari kat paparan audio.

    audio switch
    audio switch

    Malah korang boleh jawab dan reject call telefon korang kat steering jer kalau korang sambungkan telefon korang dengan system audio HR-V ni. Nanti suara orang yang call korang tu berkumandang melalui speaker radio kereta ni.

    Paparan meter

    hr-v-paparan-meter

    Paparan meter juga menarik. Ada 3 warna pada meter kelajuan yang mengajar korang cara memandu dengan betul untuk jimatkan penggunaan minyak. Kalau korang boleh maintain memandu dengan indicator warna hijau pada meter kelajuan, korang akan dapati kereta ni sangat jimat penggunaan minyaknya berbanding dengan kereta lain di dalam kelas yang sama.

    Paparan pendingin hawa

    hr-v-paparan-air-cond

    Untuk pilihan fungsi pendingin hawa, korang boleh pilih pada skrin sesentuh pendingin hawa. Sangat mudah!

    Push start/stop button

    hr-v-push-stop-button

    Di sebelah paparan pendingin hawa ada satu butang berwarna merah. Itu adalah butang untuk hidupkan enjin kereta. Ya… kereta ni tanpa kunci. Korang hanya bawak “kunci pintar” bersama korang dan gunakan butang ini untuk hidupkan dan matikan enjin kereta ni.

    smart key
    smart key

    Selesa

    Kemudian aku cuba duduk di kerusinya. Hmmm empuk. selesa. Rekabentuknya mengikut keselesaan tulang belakang kita. So memang tak lenguh walaupun memandu dalam jarak yang jauh.

    Ruang tempat duduk penumpang juga luas. Walaupun korang jenis yang kaki panjang, korang tak perlu membengkokkan kaki sangat kalau duduk bahagian belakang ni.

    Boot

    Oleh kerana kereta ni termasuk dalam kategori compact SUV, boot ataupun bonetnya tak macam kereta sedan ataupun hatchback yang lain. Ia bersambung terus dengan tempat duduk belakang. Ini menjadikan kereta ini sangat fleksibel.

    Menambahkan lagi kefleksibelan kereta ni, kerusi bahagian belakang boleh dilipat mendatar. Ia menambahkan lagi keluasan kereta untuk memuatkan barang-barang yang lebih besar dan banyak.

    Semasa trip ke Melaka tu, kereta ni diberi tugasan untuk memuatkan barangan untuk travel. Bermacam-macam barang yang dipilih untuk dimuatkan ke dalam kereta ni. Aku pun tak percaya kesemua barang-barang tersebut boleh muat masuk.

    hr-v-luas

    hr-v-luas-2

    Siapa sangka meja picnic, 4 biji kerusi lipat, kotak luggage, kotak polisterine, Cooler box dan lain-lain tu boleh masuk sekali harung jer ke dalam kereta ni. Rupanya boleh! Kesemua tu boleh dimasukkan dengan melipatkan satu sahaja kerusi bahagian penumpang secara mendatar. Satu kerusi lagi dibiarkan seperti sediakala. Ini bermakna dengan muatan semua tu, 1 orang lagi penumpang boleh duduk di bahagian belakang kereta ni.

    Haaa.. besar bukan?!

    Pengecaj gajet

    hr-v-charger

    Untuk peminat gajet, korang tak perlu risau. Jika kereta lain korang boleh caj gajet korang satu gajet dalam satu masa, kereta ni ada 2 usb port dan satu charger port serta 1 HDMI port kat bahagian tengah depan, di sisi “deck console”. Banyak gajet boleh caj tu

    Cup holders

    hr-v-cup-holders

    Kereta ni ada 7 cup holders depan dan di bahagian penumpang. Tak der isu tertumpah air akibat gelas terlepas terlepas daripada tangan dah.

    Penghawa Dingin

    hr-v-paparan-air-cond

    Rekabentuknya yang memanjang dan serong menjadikan hembusan angin pendingin hawa keserata bahagian kereta ni hingga ke belakang.

    Sistem keselamatan

    Keselamatan pengguna sentiasa menjadi perkara paling utama Honda. Sebab itulah ketiga-tiga variant Honda HR-V ini telah mendapat pengiktirafan 5-Star ASEAN NCAP rating.

    Beg udara

    airbags

    Sistem keselamatan yang jelas dititik beratkan. Mana taknya… Ada 6 beg udara (airbags) kesemuanya. 2 beg udara depan, 2 beg udara sisi dan 2 beg udara langsir untuk keselamatan yang lebih terutama untuk elakkan kaca cermin yang pecah sewaktu berlaku kemalangan.

    Sistem brek tambahan

    Handbrake

    Jenuh aku cari handbrake masa aku parking kereta ni. Iangatkan tak der handbrake. Rupanya handbrake dia ada kat deck console. Pakai button jer.

    hr-v-handbrake

    Auto Brake Hold

    Biasanya kalau kat lampu insyarat kita memang akan tekan brek secara berterusan sehinggalah lampu isyarat bertukar hijau. Tapi dengan HFR-V ni, korang perlu tekan button Brake Hold je. Kaki tak perlu tekan brek lagi dah. Tapi kereta tetap dalam keadaan seperti korang tekan brek berterusan.

    Performance

    hr-v-i-vtec-engine

    Performancenya aku rasa lebih kurang sama dengan performance Civic aku. Sebabnya enjinnya 1.8L i-Vtec SOHC. Memang power berbanding dengan kereta yang sama di dalam kelasnya. Ditambah lagi dengan sistem Continous Variable Transmission (CVT) yang digunapakai, kereta ini memang lancar pemanduannya di samping menjimatkan jimat penggunaan minyaknya.

    Econ Mode

    hr-v-econ-button

    Ada satu button kat sebelah steering berwarna hijau tertulis “ECON”. Korang tekan button tu untuk pemanduan yang menjimatkan penggunaan minyak.

    Eco Assist

    hr-v-eco-assist

    Seperti yang aku terangkan kat atas tadi, untuk memaksimumkan penjimatan minyak, korang boleh memandu dengan bantuan Eco Assist ni. Ia adalah panduan memandu dengan melihat warna pada paparan meter kelajuan. Jika warna hijau yang keluar maknanya pemanduan korang lancar dan minyak secara automatik akan dapat dijimatkan.

    Cruise Control

    hr-v-cruise-control

    Pada steering di bahagian kanan, korang akan dapati ada satu button kecil untuk fungsi Cruise Control. Jika pemanduan yang jauh seperti di lebuh raya, korang boleh gunakan fungsi ni untuk pemanduan yang lebih lancar dan steady! Penggunaan minyak pun dapat dijimatkan dengan menggunakan Cruise Control ni.

    Spesifikasi Honda HR-V

    Untuk yang nak tau spec HR-V dengan detail boleh tengok gambar ni:

    spesifikasi

    Harga Honda HR-V

    Harga HR-V (on the road) termasuk kos insurans dan 6% GSTmengikut 3 versi berbeza:

    HR-V 1.8L S adalah RM102,200.00
    HR-V 1.8L E adalah RM111,800.00
    HR-V 1.8L V adalah RM122,606.00

    price-hr-v

    Komen Sohoque

    Kalau korang sedang mencari-cari kereta dalam kategori compact SUV, aku rasa Honda HR-V ni memang pilihan terbaik! Design cantik, Luas dan jimat minyak.

    Warna yang paling aku suka ialah Dark Ruby Red Pearl. Ini adalah warna yang terbaru dilancarkan berikutan sambutan menggalakkan warna yang untuk Jazz dan City.

    Yang lebih menariknya warna terbaru ini didatangkan sekali dengan rim 17″ yang baru yang menaikkan lagi rupa dinamik kereta ini.

    Semenjak pelancarannya pada bulan February 2015 yang lalu, kereta ni dah terjual sebanyak 28,500 buah setakat April 2016. Dan ia sekarang mendahului di dalam segmen kereta Compact SUV.

    Sasaran jualan untuk HR-V adalah 1,500 unit sebulan. Honda amat optimistik mencapai sasaran ini dengan pemintaan yang menggalakkan untuk warna Dark Ruby Ted Pearl dan keupayaannya mengekalkan tempoh menunggu di antara 1-2 bulan.

    Oh ya. Ada promosi untk bulan Oktober ni. setiap pembelian kereta Honda, korang akan dapat bonus berupa kad Touch n Go bernilai R1000 ataupun pilihan wang tunai…!

    prmotion-oktober

    Cepat sementara Oktober masih lagi berbaki…!

    Untuk sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi nombor Honda Toll Free: 1-800-88-2020.

    Ataupun korang bleh singgah di www.honda.com.my

    Latest articles

    Related articles

    29 Comments

    Leave a Reply to reezluv Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge