More

    Logan – Seperti yang dijangkakan… Tidak menghampakan!

    Petang tadi, balik daripada event Digi Cyber Safe kat Petrosains KLCC aku sempat singgah TGV KLCC untuk layan cerita Logan. Filem yang memang aku tunggu daripada tahun lepas.

    Mantap…! Memang cerita-cerita adaptasi daripada komik Marvel ni jarang menghampakan aku, terutama yang berkaitan dengan X Men termasuk Wolverine.

    Logan ni pun cerita wolverine sebenarnya. Tapi wolverine masa tua. Ia diadaptasi daripada komik Old Man Logan.

    Plotnya berkisar khas pada kehidupan James Logan Howlett (a.k.a Wolverine) di masa tua. Berlatarbelakangkan tahun 2029, hanya segelintir sahaja mutant yang masih hidup. Di antaranya Wolverine, Prof X dan Caliban.

    Malah Wolverine pun dah makin uzur kerana dia pernah diracun mengakibatkan keupayaan istimewanya yang membolehkan sembuh dengan cepat semakin lemah.

    Sinopsis filem logan ni korang boleh rujuk pada entri aku yang sebelum ni.

    Dalam filem ini Wolverine lebih banyak bermain dengan emosi. Malah adegan masa Wolverine mati mampu menumpahkan air mata aku.

    Populasi mutant yang dah pupus tersambung dengan terciptanya kanak-kanak klon mutant yang hebat-hebat seperti X-23 (Laura) yang diklon daripada Wolverine. Mereka ini kalau ikut komik akan membesar dan menubuhkan pasukan mutant baru.

    Komen sohoque

    Aku tak tau lah komen orang lain. Tapi pada aku filem mantap! Aku bagi 4.5/5. Pada belum tengok tu boleh la tonton cerita ni. Berbaloi dengan harga tiket yang korang bayar.

    Latest articles

    Related articles

    17 Comments

    Leave a Reply to kauthar mohd Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge