More

    Surya S Great Grain, Bukan Saja Badan Sihat Tapi Boleh Turunkan Berat Badan Juga

    Alhamdulillah… Macam kejap jer sebulan berpuasa. Hari ni dah 6 Syawal. Tak terasa pun Syawal dah 6 hari mengatur Langkah meninggalkan kita. 

    Tak puas lagi ke beraya? Banyak ke jemputan ke rumah-rumah terbuka. Habis tu, bila nak mula berpuasa enam? Mesti persoalan ini seringkali menghiasi benak korang. Ya.. Itu normal. Aku pun selalu fikir macam tu.

    Tapi apa-apa pun, puasa enam ini pun sebenarnya kita kena rancang dengan teliti berserta dengan azam yang jitu untuk melaksanakannya. Jika tidak, korang takkan mula punya untuk berpuasa enam.

    Sahur dengan bijirin dan makanan sunnah Surya S Great Grain (SSGG)

    Rasanya masih belum terlambat untuk aku cerita tentang cara aku bersahur di bulan Ramadan tempohari. Untuk korang nak mencuba cara macam Aku bersahur, boleh amalkan untuk puasa enam ni.

    Bagus bersahur cara ni.. InsyaAllah badan korang akan susut kilogramnya disamping tak rasa lapar yang keterlaluan. Paling tidak pn badan akan terasa ringan.

    Sebenarnya tak der la istimewa sangat cara aku ni. Cuma minuman kesihatan yang aku ambil ni sangat istimewa..!  Ia adalah adunan 18 bijiran yang amat berkhasiat untuk badan kita. Jika nasi membekalkan karbohidrat yang membuatkan kita kenyang 3-4 jam, serat yang ada dalam bijirin ini mampu mengekang rasa lapar dengan lebih lama.

    Antara bijiran yang diadun sekali di dalam satu sachet ialah Beras Merah, Beras Perang, Beras Pulut, Jagung, Kacang Soya, Gandum, Sekoi, Kacang Merah, Kacang Hijau, Benih Coix, Biji Bunga Teratai, Biji Rami, Bijian Hitam, Kacang Walnut, Kernel Aprikot, Kacang dan Benih Chia. . 

    Yang lebih istimewanya ialah ia turut dicampurkan dengan campuran ekstrak buah Zaitun, buah Delima, buah Tin dan Habbatus Sauda’ dan juga madu. Buah-buahan ini memang terkenal dengan khasiatnya dan menjadi amalan nabi Muhammad s.a.w. Ia dikenali sebagai makanan sunnah. 

    Semuanya ini korang boleh dapatkan  dalam satu sachet Surya S Great Grain.

    Rasanya…

    Mesti korang tertanya-tanya dengan rasanya kan? Ok, sebenarnya rasanya tak pelik pun. Pada aku rasanya ok jer. Aku boleh minum macam tu jer. Cuma, minuman yang berwarna pink ni, rasanya macam “berpasir” sikit. Nak-nak kalau korang tak kacau betul-betul.

    Kalau korang Jenis yang tak berapa gemar rasa macam tu, korang boleh jer modify sikit dengan mencampurkan segelas SGG dengan milo ke, tambah susu sikit ke, ataupun letak pisang ke, strawberi ke.. Ikut la selera dan kreativiti korang.

    Cara penyediaan Surya S Great Grain

    1. Sediakan gelas yang sederhana besar
    2. Koyakkan sachet SGG dan tuang dalam gelas tersebut
    3. Tuang air panas ke dalam gelas tersebut. Pastikan air panas ya. Sebab jika air suam, campuran bijirin SSGG akan berketul didalam gelas.
    4. Biarkan ia sejuk atau suam dan hirup perlahan-lahan. 

    Mudah kan?

    Nutrisi dalam Surya S Great Grain

    Ok, untuk info korang SSGG ni bukanlah suppliment tau. Ia adalah minuman kesihatan yang mengandungi nutrien komprehensif yang mengandungi protein, vitamin dan kaya dengan serat. Ia juga bertindak sebagai antioksidan dan mampu mengimbangi paras glukosa dalam darah.

    Halal

    Untuk pengguna Muslim, Korang tak perlu risau. Sebabnya SSGG ni telah mendapat pengiktirafan HALAL dari JAKIM. So, sila minum tanpa was-was ya..!

    Nak tahu banyak lagi info berkenaan produk ni boleh layari Facebook Surya Malaysia dan Instagram @Surya.Malaysia

    Latest articles

    Related articles

    7 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge