More

    Tips Untuk Orang Obesiti Ambil Takaful

    BMI yang ideal amat penting bukan sahaja untuk tanda aras kesihatan kita malah ia juga terpakai untuk satu-satu permohonan pelan takaful samada diluluskan atau tidak.

    Jika badan termasuk dalam kategori ‘obesiti’ biasanya pihak Takaful akan meminta kita buat medical check up. Biasanya sumbangan Takaful akan dinaikkan menjadi lebih tinggi berbanding orang yang punya berat badan normal.

    Jika kita setuju dengan sumbangan yang ditawarkan boleh lah ambil pelan takaful. Jika tidak, syarikat takaful akan menolak permohonan kita.

    Ini membantutkan hasrat ramai orang yang berkategori obess untuk mempunyai satu pelan Takaful sendiri. Tiadanya pelan Takaful, sedikit sebanyak akan menyusahkan pewaris yang tinggal jika berlaku kematian. Apatah lagi jika isteri tiada pendapatan sendiri.

    Lebih susah jika kita terlantar sakit/lumpuh. Pasti banyak perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk menyara kita yang sedang terlantar.

    Tips Untuk Orang Obesiti Ambil pelan Takaful

    Abam Hoq ada tips jika ini yang berlaku kepada kalian. Kepada yang punya masalah obessiti sebegini, kalian boleh cuba 3 perkara ni:

    1. Kalian boleh cuba untuk sertai Takaful Berkelompok.

    Biasanya takaful jenis ini tidak mengambil kira akan BMI secara terperinci macam ambil pelan individu. Cuma pelan Takafulnya tidaklah sekomprehensif seperti pelan individu. Dan biasanya pelan sebegini tiada nilai tunai dalam pelannya. Dengan erti kata lain, wang sumbangan hanyalah untuk perlindungan sahaja.

    Biasanya sumbangan takaful untuk pelan ini lebih rendah dan perlindungan hanyalah untuk kematian biasa/kemalangan dan lumpuh/cacat kekal. 

    Daripada kalian tiada langsung perlindungan takaful, ambil pelan ini pun dapat sedikit sebanyak menolong ringankan beban kewangan keluarga nanti.

    2. Kalian boleh melabur di dalam Unit Trust (UT) yang ada tawarkan skim perlindungan Takaful PERCUMA.

    Maknanya kalian hanya laburkan duit kalian dalam unit trust tersebut, dan kalian akan dilindungi takaful tanpa caj tambahan. 

    Kalian akan dapat menikmati potensi pulangan yang ‘hensem’ dengan pelaburan UT, dalam masa yang sama kalian di’cover’ oleh perlindungan takaful.

    Ini pun bagus juga sebab selain dapat perlindungan takaful, kalian dapat kembangkan duit kalian dengan pelaburan UT.

    Banyak kes obesiti yang tidak dapat sertai pelan Talaful Abam selesaikan dengan kaedah ini.

    3. Kalian boleh cari tawaran istimewa daripada syarikat-syarikat takaful untuk pelan khas yang istimewa.

    Biasanya pelan ini akan ditawarkan dalam masa-masa tertentu sahaja. Biasanya perlindungannya ok dan BMI check up ni dikecualikan.

    Jarang syarikat Takaful tawarkan pelan sebegini, namun ada..! Kalian kena sentiasa alert dan kalau ditawarkan kalian kena pantas bertindak.

    Jika kalian masih samar-samar akan hal ini, kalian boleh pantas klik link ini untuk pertanyaan lanjut:

    http://www.wasap.my/+601151044626/UnitTrust

    Latest articles

    Related articles

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge