More

    Himalaya Wellness : Joint Wellness dan Men’s Wellness, 2 Produk Lelaki 40-an Wajib Beli

    Sekarang baru Abam Hoq akui, rupanya benar kata orang-orang tua. Kita biasa dengar pesanan macam ni: “Kamu ni makan tak jaga. Tengok lah nanti bila umur dah 40 tahun, mesti sakit sana, sakit sini”.

    Benar selepas umur 40 tahun ni, badan kita menjadi semakin lemah. Antibodi untuk melawan penyakit juga berkurangan. Vitamin dah banyak hilang dan ianya perlu diganti untuk memulihkan kesihatan badan.

    Masalah utama bila Abam Hoq melepasi umur 40 ni ialah lutut Abam dah tak kuat macam dulu. Ia mudah letih dan terasa sengal. Mengikut kata doctor cairan dalam sendi lutut tu dah berkurangan menyebabkan tulang bergesel. Itulah yang menyebabkan rasa sengal pada sendi.

    Tambahan pula Abam pernah terlibat dalam satu kemalangan yang teruk 16 tahun dulu. Kereta Abam ‘total loss’ dan Abam terlantas di atas katil di rumah selama 3 bulan sebelum dapat berjalan kembali.

    Begitu juga dengan kudrat Abam. Lepas umur 40 ni terasa cepat letih. Kalau dulu kerja ke sana ke mari sehingga lewat petang, selamba jer. Sekarang bila petang dah terasa penatnya.

    Himalaya Wellness

    Himalaya Alamanda (kredit: Ben Ashaari

    Abam agak bertuah kerana diperkenalkan oleh seoarang rakan kepada makanan tambahan keluaran Himalaya. Himalaya ni jenama yang dipercayai terutama di Malaysia. Bahan-bahan produknya semuanya diambil daripada tumbuhan herba. Jadi tidak takut untuk menggunakannya.

    Sebelum ni pun Abam pernah menggunakan menggunakan produk Himalaya ni. Memang berkesan. Jadi kali ini Abam cuba supplimen khas untuk sendi dan untuk kekuatan tenaga.

    Himalaya Joint Wellness

    Supplimen ni boleh membantu mengelakkan sendi kita daripada mengalami kerosakan. Ia bertindak mengurangkan kesakitan artritis sekaligus meningkatkan fungsi sendi. Sendi Abam yang sebelum ni selalu sengal dah makin selesa.

    Himalaya Joint Wellness

    Lutut Abam ni tak boleh lipat lama-lama. Jadi nak duduk bersila tu agak azab sikitlah. Lepas amalkan ni sejak beberapa minggu yang lalu, terasa ada kemajuan walaupun masih terasa lagi sengal-sengal tu dan tak boleh bersila lama-lama lagi.

    Yang pasti ia ada kemajuan bilamasa sengal-sengal dalam lutut dah berkurangan. Duduk bersila masa mendengar tazkirah kat masjid juga dah tak macam dulu, asyik nak berlunjur jer. Sekarang boleh la bersila lama sikit. Kalau sakit berlunjur kejap. Lepas tu bersila semula.

    Jadi Abam amat positif, jika amalkan lagi secara berterusan, ia akan membantu mengurangkan masalah sengal lutut dengan lebih baik lagi.

    Ambil 1-2 tablet setiap hari. InsyaAllah korang akan terasa kesannya nanti.

    Lutut ni penting weyh nak kena jaga. Banyak kegunaannya, di outdoor maupun dalam ‘bilik tidur’. Hehehe. Performance sehebat mana pun kalau lutut tak tahan, tak guna. Malah ianya akan jadi sesuatu yang menyiksakan.

    Himalaya Mens Wellness

    Haaa sebut pasal performance dalam bilik tidur tadi, produk ni ada kaitannya. Juga dicadangkan oleh rakan Abam.

    Bila melepasi umur 40 tahun ni, performance agak sedikit berkurangan. Bukan apa.. Ia disebabkan badan yang keletihan. Ditambah pula kurang senaman, maka mood tu kadang-kadang kelaut.

    Ya Abam akui.. Tenaga Abam dah mula berkurangan. Jika dulu kerja ke sana ke mari jumpa klien daripada pagi sampai lewat petang, taka da hal. Kini petang jer dah rasa lemau. Letih. Balik rumah, mandi terus rasa mengantuk.

    Jadi produk ini setakat ni sangat sesuai. Tiada lagi masalah tak der mood. Prestasi dalam bilik tidur pun steady jer. Hehehe. Kena pulak lutut dah ok sikit lepas amalkan Joint Wellness, jadi apa lagi. Hidup riang ria lah Abam sekarang.

    Produk Himalaya Mens Wellness ni secara keseluruhannya memperbaiki ghairah seksual. Penat ke, letih ke, mood tu tetap ‘ada mari’.. Ini disebabkan ia meningkatkan paras testeron kaum lelaki.

    Di samping itu, produk ini meningkatkan prestasi zakar. Ini akan memberi lebih tenaga untuk prestasi yang lebih lama.. Hehehe.. Macam iklan minyak kenderaan pulak.

    Bukan.. Abam Hoq bukan cerita lucah pun ni. Benda bagus ni. Dan ianya perlu untuk hidup berkelamin. Perkara ni kena jaga. Sebab kalau tak der mood memanjang, jadi masalah lain nanti. Ia boleh memberi kesan terus kepada kebahagiaan rumahtangga.

    Jadi abam boleh kata beruntung jugalah boleh gunakan produk ni. Ambil 1-2 tablet setiap hari. Korang nanti akan terasa kesannya terutama sewaktu awal pagi. ‘Adik’ korang akan terjaga dulu daripada anggota badan yang lain di awal pagi. Hahaha.

    Kat mana nak dapatkan produk Himalaya?

    Kat mana nak dapatkan produk-produk Himalaya ni? Korang boleh dapatkan di cawangan-cawangan Watsons seluruh Malaysia. Pergi tengok sana dulu. Kalau ada boleh beli terus. Macam kat Shah Alam ni, produk Mens Wellness tu ada jerk at Watsons. Tapi produk Joint Wellness tu susah nak dapat.

    Abam terpaksa cari kat kedai Himalaya sendiri. Abam beli kat Himalaya Sunway Putra Mall. Ia terletak kat level LG. Kat Alamanda pun ada. Level bawah.

    Kalau korang malas keluar, boleh jer beli secara atas talian. Lazada dan shoppee ada dijual. Order, bayar dan tunggu. Lagi senang..!

    Latest articles

    Related articles

    9 Comments

    1. ai tertarik dengan ayat “Ini akan memberi lebih tenaga untuk prestasi yang lebih lama” …..tapi bagus apa dapat baca saranan jujur dan penuh dari abam kepada abam yang lain…isteri2 yang baca pun leh dapatkan untuk abam masing2…kan kan kan

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge