More

    Cuka Epal Madu Surya (Apple Cider Vinegar) Berjaya Ubah Persepsi Aku Terhadap Cuka

    Makanan sunnah di Ramadhan 2017

    Ramadhan sudah semakin menghampiri penghujungnya.. Sedih? Gembira? Perasaan tu berbeza bergantung kepada maisng-masing. Yang tak betul-betul memahami hakikat Ramadhan dan puasa mungkin gembira kerana hari raya dah semakin hampir. Lepas ni tak perlu dah lapar-lapar. Boleh makan sesuka hati.

    Namun bagi yang benar mengerti erti Ramadhan dan ‘madrasah’ di dalamnya pasti ianya memberi kesan kepada diri mereka.

    Ramadhan 2017 memberi aku peluang merasa satu lagi minuman sunnah iaitu ‘Khal’. Khal ialah cuka buah-buahan dalam bahasa arab. Dalam bahasa Inggeris ia disebut Vinegar.

    Minuman cuka buah ni sebenarnya dah diamalkan sejak beratus tahun dahulu. Sebelum zaman nabi Muhammad lagi…

    Kajian kepada kitab-kitab perubatan Islam juga ada menyatakan KHAL telah diamalkan sejak dari nabi-nabi dahulu sebelum Nabi Muhammad (saw) lagi. Masyarakat Babylon (sekitar 500 BC) juga telah menukar wain kepada KHAL dengan menggunakan buah anggur, kurma dan tin (fig).

    Hippocrates juga telah mengggunakan KHAL sebagai antibiotik dan tonik. KHAL juga digunakan oleh pejuang-pejuang silam bagi meningkatkan kekuatan badan. Selain orang Arab, KHAL telah dipraktikkan semenjak berabad oleh kebanyakan penduduk Eropah, Jepun, Cina dan India.

    ~ Sumber

    Ada beberapa hadith yang menyebut secara langsung tentang cuka buahan ini. Salah satunya ialah hadith ini:

    Dari Ummu Said RA dari Nabi SAW, baginda bersabda :

    “Sebaik-baik hidangan ialah khal (cuka). Ya Allah berkatilah pada khal (cuka). Sesungguhnya ia adalah makanan para nabi sebelum aku. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada khal (cuka)”. (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)

    Pada aku senang jer. Kalau dah nabi amalkan makanan tu ia semestinya sesuatu yang istimewa. Sebab segala sesuatu yang nabi buat ia diilhamkan oleh Allah.

    Jadi apabila aku mendapat peluang untuk mencuba cuka buahan ini memang aku tak lepaskan peluang ni. Dan baru aku sedar yang ternyata cuka buahan ini sangat banyak manfaatnya kepada tubuh badan kita.

    Surya Apple Cider Vinegar (ACV) dengan Madu Asli

    Cuka buahan yang aku telah cuba sejak 2 minggu yang lalu adalah Surya Apple Cider Vinegar (ACV) dengan Madu Asli keluaran Surya Malaysia.

    Terus terang cakap aku sebenarnya tak berapa gemar bau cuka ni. Bau masamnya tu lain macam. Masa dapat ACV ni memang aku berharap sangat supaya baunya tak macam cuka biasa.

    Tapi bila aku bukak tutup botol, bau cuka semerbak menerpa hidung aku yang tak berapa mancung ni. Cuma baunya tak sekuat bau cuka biasa tu. Aku sedikit kecewa.

    Tapi aku tak terus menghukum acv ni hanya kerana bau. Sebabnya dah banyak aku baca review yang bagus-bagus daripada rakan blogger pasal ACV ni.

    Aku tuang ACV ke dalam gelas. Tumpah!!! Alamak.. banyak juga tumpah atas meja makan ni. Panik kejap aku. Terus rasa nak kondem ACV ni… Hurmmm…

    Yang dah masuk ke dalam gelas tu aku campurkan dengan air sejuk seraya aku kacau secukupnya.

    Seusai azan Maghrib, setelah menikmati 3 biji tamar, aku lantas meneguk perlahan ACV. Alhamdullillah. Terpancar kegembiraan pada muka aku. Sebabnya rasanya sedap. Tak ada langsung rasa cuka.

    Pertama kali cuba aku dah suka dengan rasanya. Ini sudah bagus! Rasa macam kordial jer. Tak ada pun rasa-rasa yang pelik yang aku risaukan. hahaha.

    Bermula daripada hari tu, minuman ni dah jadi minuman wajb aku sewaktu bebrbuka puasa dan bersahur. Alhamdulillah.. Sekurang-kurangnya aku dah amalkan sunnah nabi.

    teknik menuang ACV supaya tak tumpah ni aku tau daripada saidila.com

    Oh ya pasal cuka tumpah masa aku tuang tadi tu sebenarnya sebab aku tak tau teknik. Rupanya ada teknik untuk tuang ACV ni supaya tak tumpah macam aku tadi. Ternyata lepas aku tau teknik tu memang tak tumpah lagi dah.

    Kebaikan Cuka Epal Apple Cider Vinegar dengan Madu Asli keluaran Surya

    Cuka epal telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan pelbagai manfaat. Diperbuat daripada buah epal segar, cuka epal mengandungi vitamin, pectin, potassium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus, dan zat besi.

    Ia juga mempunyai sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta-carotene yang mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya yang boleh melemahkan sistem imunisasi.

    Cuka epal dapat membantu merendahkan paras glukosa darah, melambatkan pengosongan gastrik dan membantu merendahkan glukosa darah dan tahap insulin untuk kehidupan yang lebih sihat. Dengan bahan utamanya iaitu asid asetik, cuka juga mampu membunuh bakteria dan digunakan sebagai bahan pengawet semula jadi.

    Sementara itu, pemanis semula jadi yang terkandung dalam madu berasal dari fruktosa dan glukosa, dan juga gula kompleks yang lain. Dikenali sebagai antioksidan dan antiseptik dengan ciri-ciri pembersihan, ia juga mempunyai sejumlah kecil vitamin dan mineral.

    Jadi cuka epal (ACV) ni elok benar diambil semasa bulan Ramadhan ni untuk meningkatkan tenaga setelah seharian menahan lapar dan dahaga. Lagi satu dengan mengamalkan ACV ni kita sebenarnya boleh menggantikan kordial biasa tu dengan sesuatu yang lebih berguna untuk kesihatan tubuh badan.

    Mengikut testimoni pengguna, mengamalkan ACV ni boleh melancarkan sistem pembuangan air besar. Bagus untuk orang-orang yang tak lawas buang air besar.

    Ia juga boleh melegakan sakit tekak dan batuk dengan campuran madu asli di dalam cuka epal tu.

    Ada jugak yang amalkan minuman ni untuk kuruskan badan. Haaa.. eloj sangat ni. Boleh kurus sikit aku nanti. Hehehe.

    untuk memaksimakan penggunaannya, ACV ni juga boleh dicampurkan ke dalam masakan. Pakar masakan, Chef Wan sendiri turut mengesyorkan supaya menggantikan asam jawa dan gula dengan ACV ni ke dalam resipi ayam amasak merah dan acar.

    Kat mana nak dapatkan ACV?

    Cuka epal Surya dengan madu asli ini boleh didapati di seluruh cawangan Watsons & farmasi terpilih.

    minuman ini yang bersaiz 450ml boleh didapati di laman e-commerce Lazada & Shopee.

    Lazada – http://bit.ly/2rTseiZ

    Shopee –

    Untuk mengukuti perkembangan terkini korang boleh follow media sosiall ACV ni:

    Facebook: https://www.facebook.com/Surya.Malaysia/
    Instagram: https://www.instagram.com/surya.malaysia/

    Komen Sohoque

    Setelah 2 minggu aku amalkan minuman ni, aku memang puas hati. Antara fakta penting yang aku rasa kenapa korang juga harus amalkan Cuka Epal dengan Madu Asli Surya ni ialah:

    1. Rasanya sedap. Tak ada rasa cuka langsung.Boleh gunakan sebagai pengganti kepada kordial yang manis tu.

    2. Tiada bahan pengawet. Ia adalah cuka asli yang diperbuat daripada buah epal. Ia diperkayakan lagi dengan madu asli untuk lebih kahsiat.

    3. Mampu milik. Ia tidak mahal dan mampu dimiliki oleh setiap keluarga di Malaysia. Sila lihat harga yang ditawarkan di Lzada dan Shopee (sekitar RM19.80 – RM34.90)

    4. Menyihatkan. Minuman ni adalah minuman kesihatan yang mana ia membantu melawaskan pembuangan air besar dan melegakan sakit tekak dan batuk.

    5. Halal. ACV ada sijil pengesahan HALAL oleh JAKIM

    6. Minuman Sunnah. InsyaAllah banyak keberkatan jika kita mengikut sunnah nabi.

    Haaa so tunggu apa lagi.. Pergilah dapatkan sebotol dengan segera…!!!

    Latest articles

    Related articles

    15 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge