More

    Mitos Dalam Unit Trust – Unit Trust Berisiko Tinggi

    Golongan ini menanggap UT ni sama risikonya dengan melabur dalam pasaran saham. Jadi eloklah dijauhi.

    Kawan-kawan,

    Jika nak dibandingkan risiko antara Unit Trust dan Saham, memang UT lebih rendah risikonya. Begitu juga dengan potensi pulangan. Sudah tentu saham yang punya risiko lebih tinggi, ada potensi pulangan yang lebih tinggi. Itu adalah sifir asas pelaburan!

    Dana UT ini, terutama yang berkategori ekuiti, sebahagian besarnya akan dilaburkan di dalam pasaran saham di Bursa Malaysia. Sebahagiannya lagi diletakkan di dalam pelaburan yang berisiko rendah seperti Bond/Sukuk, dan Pasaran Wang (Money Market).

    Jadi, antara yang banyak ditanya ialah macamana jika syarikat (kaunter) di pasaran saham yang UT laburkan tu muflis..? Adakah semua duit kita akan lesap?

    Jawapannya.. Memang tak la..! Hehe.

    Pertama sekali sebab sebahagian duit kita masih ada dalam Bond/Sukuk dan Money Market yang tidak terkesan sangat dengan pasaran saham tu. Jadi tak semua duit akan lesap.

    Kedua, sebab UT tidak melabur dalam satu kaunter/saham syarikat sahaja. Biasanya UT akan laburkan dananya ke dalam 40 kaunter/saham syarikat yang berlainan. Jika kesemua syarikat tersebut muflis SERENTAK, barulah duit kita akan turut lesap. Dan ini memang agak tak logik berlaku.

    Jika perkara yang mungkin mengancam pasaran saham akan berlaku dalam masa sebulan dua akan datang, seperti negara diambang peperangan misalnya, UT ada Pemegang Amanah yang akan tampil menyelamatkan pelaburan kita. UT ini adalah ‘kontrak perkahwinan’ 3 serangkai iaitu pekabur, pengurus dana dan pemegang amanah.

    Jadi tak perlu risau pasal ni. Malah golongan pelabur yang takut-takut ini perlu risau akan simpanan mereka di Fixed Deposit dan akaun bank biasa tu. Sebabnya jika pulangan tahunan yang mereka dapat lebih kecil daripada kadar inflasi, maka sebenarnya nilai duit mereka lebih kecil di masa akan datang. Mereka ini bukannya menyimpan untuk menjadi lebih kaya, malah akan menjadi lebih miskin di masa akan datang.

    Ini contohhhh…! Bukannya tak bagi kalian menyimpan di akaun simpanan biasa. Itu perlu juga untuk perbelanjaan harian kalian. Tapi untuk simpanan jangka masa panjang, simpanan di akaun bank biasa tu kurang sesuai..!

    Begitulah..

    Latest articles

    Related articles

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge