More

    Law Of Attraction Konsep Yang Diciplak Daripada Hadith

    Siapa dah baca buku “Law of Attraction“? Kepada orang berkerjaya yang melibatkan sales dan potensi pendapatannya “sky is the limit”, buku ataupun konsep Law of Attraction ini biasa didengarnya. Dan kepada sesiapa yang mengikut dan mengamalkan konsep ini ia pastinya sudah sebati di dalam diri mereka.

    Saya sebelum menyertai bidang perancangan kewangan sebagai Unit Trust dan Takaful Consultant ini, tidak pernah mendengar dan tahu konsep Law of Attraction ini. Namun setelah menyertai bidang ini dan berpeluang bergaul dengan orang-orang yang sudah berjaya di dalam industry ini saya mula mengetahui tentang konsep ini. Rata-rata consultant yang berjaya yang pendapatan bulanannya mencecah puluhan ribu ringgit dan ada yang berjaya diantara mereka berpendapatan ratusan ribu riggit sebulan mengamalkan konsep ini. Dan mereka menggalakkan dan mengajar anak didik (bisnes partner) mereka mengguna pakai konsep ini.

    Apa konsep Law of Attraction ni sebenarnya? Ia adalah satu konsep di mana kita menggunakan “kuasa fikir” kita untuk mencapai sesuatu yang kita mahukan. Kuasa fikir ini boleh diibaratkan seperti satu magnet yang besar dan kuat. Ia berupaya menarik apa sahaja kepadanya. Berbeza dengan magnet biasa yang hanya boleh menarik logam, magnet kuasa fikir ini berupaya menarik apa sahaja yang kita fikir seperti manusia, benda, situasi dan keadaan yang kita fikirkan.

    Kuasa fikir ini akan merangsang otak untuk visualize (membayangkan) lalu menghasilkan vibration (getaran). Vibration ini ada peringkat kuat dan perlahannya. Ia bergantung kepada berapa kuat kita fikirkan tentang sesuatu itu. Contohnya jika kita terlalu mahukan sebuah kereta yang kita suka, maka vibration otak kita akan menjadi kuat dan menarik unsur-unsur yang boleh membawa kereta yang kita suka itu kepada kita.

    Oleh kerana kuasa fikir kita ini boleh menjadi magnet yang sangat berkuasa menarik apa sahaja yang kita fikirkan, maka ia ada kelemahannya. Kekurangannya ialah ia turut menarik benda yang tidak baik ataupun ataupun benda-benda negatif jika kita berfikir tentang benda-benda negatif.

    Jadi bagaimanakah caranya untuk mengelakkan perkara negatif ini tertarik kepada kita. Jawapannya ialah kita jangan berfikir tentang perkara negatif dan kita kena kuatkan visualize benda-benda positif yang kita mahukan. Yang ini perlukan latihan yang berterusan. Persekitaran kita juga banyak membantu kita supaya sentiasa bersikap positif. Jadi dengan siapa kita bergaul juga akan mempengaruhi tentang cara kita berfikir. Sebab itu kita amat disarankan supaya berkawan dengan orang yang positif.

    Dapat bergaul dengan orang positif ini jugalah menjadikan kerjaya saya ini satu kerjaya yang hebat yang saya amat sukai. Dulu sebelum menyertai bidang ini saya terkadang akan berfikir negatif tentang hidup dan lain-lain. Tetapi bila bercampur dengan consultant-consultant yang berjaya ini hampir tiada ruang lagi untuk saya berfikir perkara yang negatif. Alhamdulillah…

    Malah mereka yang berjaya ini mempunyai satu kebolehan visualize apa yang mereka kehendaki. Contohnya, jika mereka sasarkan untuk mencapai sasaran pergi melancong secara PERCUMA ke Amsterdam yang akan diberi oleh pihak syarikat jika mereka berjaya mencapai sasaran jualan tertentu. Mereka ini sudah terbayang yang mereka sudah berada di Amsterdam walaupun masa itu kempen jualan baru sahaja diumumkan. Begitu hebat kuasa fikir dan visualize mereka.

    Namun konsep yang hebat ini, yang dipopularkan oleh barat sebenarnya sudah 1400 tahun diajar oleh agama Islam untuk kita amalkan. Cuma kita sahaja yang tidak menyedari lalu menyanjung barat yang mempopularkan konsep ini. Cuba renungi sabda Rasulullah SAW ini:

    Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda:
    “Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan
    sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah,” (s.a.w.)

    Sebenarnya ilmu kehidupan di dunia dan akhirat telah lengkap di dalam Al-Quran dan hadith. Cuma ummat Islam sekarang sahaja yang tidak mengkaji dan mengamalkan dua pusaka abadi yang ditinggalkan Rasulullah itu.

    Hadith Qudsi, Allah berfirman:

    “Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku tentang Aku, dan Aku bersama-nya ketika ia menyebut Aku. Bila ia menyebut Aku dalam dirinya, Aku menyebut dia dalam Diri-Ku. Bila ia menyebut Aku dalam khalayak, Aku menyebut dia dalam khalayak yang lebih baik dari itu. Bila ia mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadanya satu hasta. Bila ia mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadanya satu depa. Bila ia datang kepada-Ku berjalan kaki, Aku datang kepadanya berlari-lari”.
    (HR. Al-Bukhari, Muslim, Ibn Majah, At-Tirmidzi, Ibn Hanbal)

    Inilah sebenarnya ilmu dan konsep Law of Attraction yang telah 1400 tahun diajarkan oleh Allah melalui lidah nabiNya kepada ummat Islam. Hadith di atas jelas menerangkan tentang Allah mengikut apa yang kita fikirkan. Jika kita fikir negatif negatiflah yang Allah bagi. Namun jika kita berdoa dengan positif kepada Allah, Allah akan mengurniakan seperti apa yang kita fikirkan. Malah di dalam hadith tersebut Allah menambah lagi bahawa Dia akan mengingati kita lebih daripada kita mengingatiNya.

    Jadi konsep Law of Attraction ini boleh kita amalkan tetapi dengan sedikit ammendment iaitu kita gunakan kuasa fikir, visualize apa yang kita idamkan itu dan ditambah dengan mengingati Allah dengan doa dan tawakkal.

    Selamat menempa kejayaan dengan konsep Islamic Law of Attraction. Moga hidup kita berjaya di dunia dan akhirat. Ameen.

    Wallahua’lam.

    Latest articles

    Related articles

    17 Comments

      • Kita kalau master ttg hadith dan quran x perlu dah ikut law of attraction ke, law of substitution ke, atau bermacam2 law lg. Semuanya terkandung dlm kedua2 pusaka abadi yv ditinggalkan nabi kita

      • “80% of what is written in the Quran is scientifically proven. another 20% is no right or wrong. Science still can’t find the answer…” ~ Dr Zakir Naik

    1. Mula tak paham konsep law of attraction. Sekarang dah mula paham, dan tambah sekali dengan law of vibration dalam kehidupan. Alhamdulillah, papepun zamam nabi memang dah apply. Cuma kita je yg tak menghayati konsep ni. Tak yakin dengan kuasa allah.

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge